kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi, apatah lagi insan tersebut sudah berada di sisi bertahun-tahun lamanya. Segala suka duka dan jerit perih dalam rumahtangga dilalui bersama. Namun kini semuanya tinggal kenangan.
Demikian lah situasi yang dialami seorang warga emas ini yang kehilangan isteri buat selama-lamanya akibat sakit tua.
Selepas 70 tahun melayari alam rumah tangga bersama, kini tinggal dia keseorang, sepi tanpa ada lagi kedengaran gelak tawa dan rajuk manja isteri tersayang.
Perkongsian video yang dimuat naik Inneke Santoso di tiktok menjentik emosi ramai bila mana melihat kesedihan pada wajah datuknya itu yang banyak menghabiskan masa dengan termenung.
Mungkin kerana mengenangkan arwah isterinya.Bahkan Inneke turut memberitahu, itulah pertama kali dia melihat datuknya menangis hiba.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang rata-rata melahirkan rasa sayu dan sedih dengan situasi yang berlaku pada warga emas tersebut. Apatah lagi, warga emas itu dilihat enggan meninggalkan pusara isteri kesayangannya itu.
Makin banyak orang makin banyak ragamnya, begitulah apa yang terjadi di sekolah. Anak-anak kita punya ceritanya yang tersendiri dan cikgu jualah yang sabar dan tahan melayan kerenah anak-anak didiknya dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang.
Umumnya anak-anak ini akan membiasakan apa yang lazim dilakukan di rumah, contohnya situasinya sebagaimana yang dikongsikan oleh guru ini. Melihat gambar yang dikongsikan ada yang terasa lucu dan tidak kurang juga tersenyum sendiri mengimbau kenangan dulu-dulu di zaman sekolah rendah. Ada sahaja cerita lawaknya dan tidak kurang juga merasakan ibarat satu ‘tragedi’.
Begitulah kita melalui fasa-fasa dalam kehidupan. Jadi tugas kita kali ini pula, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket sebagai memori peribadi.
Untuk itu, jom baca perkongsian daripada Cikgu Asmadi Abdul Samad ini.
Tenang semua. Ini bukan gambar kes jenayah ya.
Ini hanyalah salah satu gelagat anak-anak tahun 1 yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah.
Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri. Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas.
Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan berak di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah.
Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi.
Pengalaman saya ada dikalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.
Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab sebab dalam tandas dah dia bukak. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar.
Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.
Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibubapa kebenaran.
Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri.
Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka. Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih.
Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk.
Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan. Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan.
Wahai Ibubapa kiriman tuhan, teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala.
Ibu bapa mana yang tak inginkan anak-anaknya yang ditatang bagai minyak yang penuh menempa kejayaan.
Kerana itulah, ada yang sanggup berhabisan menghantar anak ke kelas tambahan, mengupah guru personal dan sebagainya.
Tak kurang juga yang merisik dan meminta ibu bapa lain yang mana anak-anak mereka berjaya untuk berkongsi rahsia petua atau tip bagaimana mendidik anak-anak.
Di Laman media sosial sebelum ini tular perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Pengiran M. Nizam Rahmanboleh dijadikan tips berguna untuk ibu bapa.
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki ini memberitahu petua mudah itu diperoleh dari kakaknya sendiri yang terbukti mempunyai anak-anak yang bijak. Bukan sahaja berjaya dalam akademik tapi juga sering menerima anugerah di sekolah.
Ternyata, kakak beliau hanya mengamalkan satu petua ini sahaja kepada semua anak-anak setiap hari. Tinggal rajin atau tidak je ibu-bapa nak amalkannya.
Jom kita ikuti tips yang dikongsikan seperti di bawah ini. Mana tahu, anak-anak kita juga akan bijak dan berjaya. Tak salah kalau usaha. Moga bermanfaat untuk ibu-bapa di luar sana.
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakan tekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak akhir-akhir ni topik mengenai faraid mengenai perbualan hangat. Ia menjadi impak kepada pasangan suami isteri bahawa pentingnya mengetahui tentang ilmu faraid.
Bukan hanya semata tamak harta si mati tetapi cakna tentang prosedur faraid bagi memudahkan proses pengurusan harta selepas kematian pasangan.
Baru-baru ini perkongsian seorang peguam, Ahmad Termizi Bin Abdullah mengenai sebuah fail faraid peribadi telah mendapat perhatian ramai. Ramai yang tidak terfikir mengenainya. Ikuti perkongsian yang sungguh bermanfaat ini.
FAIL FARAID PERIBADI
Dalam banyak-banyak fail tu, sila sediakan terus satu fail faraid peribadi. Ini contoh fail saya.
Contoh kandungan fail ini ialah seperti berikut:
– salinan kad pengenalan isteri ibu bapa & anak-anak
– salinan surat nikah isteri-isteri
– salinan sijil lahir anak-anak
– salinan sijil mati ibu ayah
– salinan sijil mati mertua (senang nak proses kalau isteri anda meninggal lebih awal dari anda)
– polisi asal takaful
– maklumat tentang akaun bank, tabung haji, KWSP, ASB, Unit trust, saham dll
– maklumat ttg e-wallet
– maklumat ttg wang crypto
– wang kertas lama
– geran kereta
– geran rumah
– sijil pemberitahuan hak cipta
– maklumat tentang hutang
Satu aje yang belum ada iaitu SIJIL MATI SAYA.
Fail ini saya hukumkan sebagai wajib bagi seluruh penduduk Wakanda.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.