Sebelum ini tular anak sulung Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid dikejarkan ke hospital dan menerima beberapa jahitan pada dagu akibat jatuh tersembam ketika bermain skuter.
Berikutan kejadian itu, Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil Tokti terpaksa membatalkan persembahannya dan meminta maaf pada klien atas kemalangan yang berlaku.
Baru-baru ini, menerusi live di laman Instagram miliknya, Tokti mendedahkan dia telah dimarahi suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.
“Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar.” katanya dalam live yang dimuat naik di Instagramnya.
Tokti menjelaskan skuter itu sudah lama dibeli malah ini bukan kali pertama dinasihati oleh suaminya untuk tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan skuter itu namun dia tidak menghiraukan.
Ads
Sehinggalah pada hari kejadian, pelantun lagu Purnama Merindu terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri acara. Tidak menunggu lama, Tokti bergegas turun untuk melihat anaknya itu.
“Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah.” tambahnya.
Ads
Datuk K yang turut berada di situ terus menegurnya kerana dia sudah melarang namun tidak diambil tindakan. Kata Tokti, dia hanya mendiamkan diri kerana sedar dengan kesilapan tersebut.
Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.
Ada sesetengah orang, tak kisah nak beli baju kat mana pun walaupun di pasar malam tapi selesa dipakai, memang itu la yang menjadi sasaran untuk di borong!
Bukan itu sahaja, banyak lagi pilihan lain seperti tudung, kasut, malah sarung bantal tu menjadi perhatian orang setiap kali ke pasar malam atau pasar pagi. Memang ‘syurga’ dan tempat ‘me time’ untuk wanita lah boleh beli macam-macam!
Tidak ketinggalan, Datin Shahida juga berkongsi ‘hobi’ seperti mak-mak yang lain dengan membeli pakaian untuk anak-anaknya di pasar.
Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram , kelihatan Datin rambang mata memilih baju untuk anak-anak kesayangan dengan kapsyen hati ibu kan.. pergi mana pun tetap ingat anak.. anak gembira ibu akan bahagia, kasih sayang ibu pada anak tidak ternilai….
“Hati mak2 mcm ni kan…pergi pasar nak beli ikan pun masih sibuk ingat anak… siapa mcm saya ?”, katanya.
Perkongsian itu meraih pujian dari pengikutnya yang menyatakan bahawa Datin Shahida tidak memandang nilai dalam membeli, malah riak wajahnya juga gembira dapat belikan untuk anak-anaknya. Bukan itu sahaja, anak-anaknya juga turut gembira dapat baju baru siap ucapkan terima kasih kepada mama mereka.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketua keluarga iaitu seorang suami tanggungjawabnya bukan kepada isteri dan anak-anak tetapi ibu bapanya. Jika suami merasakan rezeki makin menyempit iaitu sentiasa tak cukup tentu ada yang tak kena dalam kehidupan.
Perkongsian ustaz Ebit Lew sungguh menyentuh hati untuk kita renung-renungkan diri. Moga kisah ini dijadikan ikhtibar untuk muhasabah diri.
Semasa cuci kereta tadi jumpa seorang abang muka serabut dan masam. Saya salam dengannya dan kata apa khabar? Selalu cuci kereta di sini ke? Yer selalu cuci di sini sebab bersih.
Begitulah iman cara nak bersihkan dan gilapkannya dengan puji Allah. Cakap kalimah. Dialah Allah. Dialah tuhan yang buat segalanya. Allah maha kaya. Allah Sayang kita banyak nikmat dia beri. Hanya Allah yang berkuasa. Semua makhluk langsung tiada kuasa.
Terus dia mencelah. Saya sedih sebab ada masalah hutang yang terlalu banyak. Saya ada buat beberapa personal loan. Dua-dua dah kena bayar. Dah lebih tarikh. Macam -macam saya kena nanti. Mak ayah dan isteri saya dah marah dan kami asyik bergaduh.
Tak tahu nak buat macam mana. Ada nasihat ke ustaz?
Jika abang jumpa saya awal mungkin saya akan nasihatkan jangan buat personal loan dengan sesiapa pun termasuk bank. Saya ada 3 soalan jer untuk abang. Jika abang jawab 3 ini insyaAllah segalanya akan jadi mudah dan Allah mudahkan segala urusan hutang tu.
Pertama abang solat awal waktu tak? Allah jika sebab tu. Saya memang jarang sangat solat. Kadang-kadang jer solat. Tapi sebenarnya dah lama juga tak solat. Jika abang jaga solat Allah akan jaga abang.
Kedua bagaimana layanan abang pada orang tua dan isteri ? Mak ayah ada. Tapi jarang ziarah.. Isteri pun selalu kena marah dan kena tengking. Kami selalu bergaduh. Sebenarnya jika abang jaga ibubapa dan isteri dengan baik. Allah akan berkatkan rezeki kita. Sentiasa niat bekerja untuk bahagiakan hati mereka. Sikit pun tak nak susahkan mereka. Jaga isteri dengan baik. Rezeki bertambah. Pengalaman semua kawan saya, jika mereka setia dan baik dengan isteri rezeki bertambah. Jika mereka sakiti hati ibubapa atau isteri. Rezeki yang dah ditangan pun hilang. Dah nak masuk mulut pun keluar semula.
Ketiga suka beri duit pada mak ayah dan isteri. Beri mereka duit belanja. Walau sedikit. Saya pernah ada hutang 20ribu. Tak tahu nak bayar macam mana. Saya ada sedikit duit 2 ribu jer saya selesaikan semua hutang isteri dulu. Minggu depan Allah hantar jalan selesaikan hutang saya rm20k. Sebenarnya saya tak sangka secepat itu Allah buka jalan.
Pernah juga saya terlalu sempit dan anak-anak sakit yang buat saya betul-betul menangis. Saya ada duit sikit. Saya cepat-cepat pergi rumah mak ayah bagi duit sikit dan kata mak ayah tolong doakan. Mereka tolak duit saya. Ebit lagi perlukan duit ni. Kata saya mak…ayah…tolong terima sebab bila mak ayah terima dengan gembira. Allah sayang ebit. Bila Allah sayang tak ada lagi perkara perlu risau. Lepas tu Allah selesaikan masalah dan sakit. Lagi kita pemurah pada ahli keluarga. Lagi murah rezeki kita. Jika pada isteri dan ibubapa kedekut bagaimana rezeki nak datang lagi. Kita diberi rezeki mengikut ramainya tanggungan kita. Nampak besar beban tapi sebenarnya Allah nak bagi rezeki lebih. Payah nak faham. Tapi itulah iman. Itulah hakikat yang sedang terjadi dan sentiasa terjadi.
Dia terus sebak. Dan kata saya dah lama tak buat semua tu. Saya keras hati. Ya Allah.
Cubalah abang buat 7hari baki Ramadhan ni. Bila dia datangkan masalah yang buat kita hilang cerdik dan rasa betul-betul bodoh. Begitulah bila dia selesaikan kita sampai terlupa kita pernah ada masalah. Mintalah pada dia. Dia cuma sayang kita dan nak betulkan hidup kita. Supaya kita tak hanyut. Dialah Allah yang sedang menyaksikan kita semua. Lailatulqadar lebih baik dari seribu bulan. Semua doa dimakbulkan. Buatlah 3 perkara tadi. Pasti Allah mudahkan buat abang-ebit lew
Dalam kehidupan moden pada masa ini, kita sentiasa berada dalam keadaan stress. Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini menganggu kita. Inilah yang dikatakan sebagai stress yang kronik.
STRESS ZAMAN DULU
Pada zaman silam, orang-orang zaman dulu juga mengalami stress tetapi dalam jangka masalah yang pendek. Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stress. Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan). Keadaan stress ini akan menyelamatkan mereka. Keadaan stress ini akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.
STRESS ZAMAN SEKARANG
Pada masa sekarang di zaman moden ini kita sentiasa mengalami stress. Kita mengalami pelbagai masalah yang menyebabkan stress dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stress.
7 RUTIN HARIAN PENCETUS STRESS
1.Kerisuan pekerjaan dan anak
Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 am ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita).
2. Kesesakan Jalan raya
Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah. Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.
Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stress tanpa kita sedari.
3. Parking tak ada
Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tiada lagi pakir kereta untuk kita. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stress kita semakin meningkat.
4. Terkejar-terkejar ambil anak lepas waktu kerja
Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalanraya. Kita menjadi stress bila ada pemandu yang meng’hon’ di belakang kita.
5. Pinggan mangkuk bertimbun
Sampai di rumah kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stress sebelum stress kita yang tadi menurun.
6. Hidang makan malam, anak-anak bergaduh
Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi. Anak kecil pula bergaduh dengan abang/kakaknya. Kita marah dan stress lagi.
7. Baru teringat tinggal barang dalam kereta lewat malam
Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju, Jam telah menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam. Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
SETIAP HARI STRESS CETUS PENYAKIT
Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stress yang kronik.
Stress yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi. Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.
Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stress. Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan “adrenal fatigue”.
Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbandingan dengan orang-orang yang terdahulu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.