Sewaktu orang lain lena di ulit mimpi, sebuah keluarga di Pulau Pinang berdepan dengan dugaan yang cukup besar apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian pada pukul 11.19 malam tadi.
Lebih memilukan, dalam kebakaran tersebut seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun telah ditemui rentung dipercayai telah menyembunyikan diri di belakang katil rumahnya ketika api sedang marak dalam kebakaran tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mayat mangsa, G. Sri Laavanya dijumpai dalam keadaan terbaring di belakang katil di bilik bapanya.
Faktor api yang marak terlalu cepat dipercayai menjadi punca mangsa yang juga anak tunggal maut dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah sewa.
“Mangsa dipercayai cuba bersembunyi di belakang katil dan ketika kejadian, bapanya tiada di rumah dan mangsa berada di rumah bersama datuk dan nenek.
“Api marak cepat, nenek dan datuk mangsa telah lari keluar dan tidak sempat mencarinya ketika kebakaran itu. Ini kerana, mangsa sebelum ini tidur sendiri di biliknya, namun semalam mangsa tidur di bilik bapanya.”
Ads
Nenek mangsa yang melecur pada tangan kanan telah diberikan rawatan awal di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Rumah yang dihuni mangsa bersama ahli keluarganya ini adalah sebuah unit yang mengandungi tiga bilik dan mereka menyewa unit tersebut dengan harga RM100 sebulan.
“Dua lagi unit turut disewa dengan tiga penghuni di setiap unit dan unit ini turut terbakar. Api berpunca dari unit yang dihuni keluarga mangsa,” katanya.
Ads
Sementara itu, di unit forensik HPP, ahli keluarga mangsa enggan ditemu bual kerana masih bersedih dengan kejadian menimpa anak yatim yang baru kematian ibunya tahun lalu.
Tragedi pemandu van sekolah langgar kanak-kanak perempuan 5 tahun, ibu mangsa harap rakaman CCTV dapat bantu siasatan. Setiap kali berlakunya tragedi murid dilanggar van atau bas sekolah, pemandu akan memberi alasan tidak menyedari murid sudah melintas jalan.
Karmin Kahil, ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut dirempuh van sekolah Rabu lalu, mendakwa pemandu kenderaan itu memberi kenyataan tidak betul mengenai kejadian yang menimpa anak bongsunya itu.
Karmin, 39, mendakwa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran, anak lelakinya, Muhammad Afieq Miqhael Nuljin, 6, didapati berjalan di hadapan van menuju ke kediaman bukan seperti dakwaan pemandu van.
“PEMANDU MENDAKWA NURHAFIZAH MENGEKORI ABANGNYA DAN MEREKA BERJALAN DI BELAKANG VAN TAPI RAKAMAN CCTV MENUNJUKKAN PERGERAKAN MUHAMMAD AFIEQ MIQHAEL DI HADAPAN KENDERAAN ITU DAN DIIKUTI ARWAH,” KATANYA.
Karmin berkata, dia berharap rakaman itu membantu siasatan polis serta memperjelas beberapa kekeliruan dalam kejadian menimpa Nurhafizah, 5.
“KAMI SEKELUARGA BERSYUKUR KERANA SEKURANG-KURANGNYA JIRAN BERKONGSI RAKAMAN CCTV BAGI MERUNGKAI KEJADIAN MENIMPA NURHAFIZAH,” KATANYA.
Dia berkata, kebiasaannya waktu kepulangan kedua-dua anaknya ke rumah berbeza menyebabkan dia tidak menunggu mereka di hadapan pagar.
“APA PUN ALASAN YANG DIBERIKAN PEMANDU ITU, IA TETAP BERPUNCA DARIPADA KECUAIANNYA,” KATANYA. DALAM KEJADIAN RABU LALU, MANGSA MAUT DIREMPUH VAN SEKOLAH DI HADAPAN KEDIAMANNYA DI JALAN SURIA, BANDAR SERI ALAM DI SINI.
Kejadian berlaku jam 11.35 pagi ketika pemandu van menurunkan mangsa dan abangnya yang juga murid prasekolah di hadapan rumah.
Akibat kejadian, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Cuaca panas yang sedang melanda negara kini sangat membimbangkan. Malah dijangka keadaan cuaca ini akan berterusan sehingga bulan September nanti.
Malah ada yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seprti strok haba.
Pihak kerajaan juga turut menasihatkan agar masyarakat kerap minum air agar mencukupi setiap hari.
Ada juga diantara masyarakat yang meningkatkan penggunaan penghawa dingin bagi mengatasi keadaan cuaca panas ini namun ada juga yang mempertikaikan mengenai bil yang akan dibayar nanti.
Sebenarnya ada cara untuk kita menggunakan penghawa dingin. tidak semestinya penggunaan yang kerap akan membuatkan bil melambung
Berikut 6 bijak untuk anda menggunakannya tanpa menaikkan bil yang banyak.
1. Tutup suis utama
Anda disarankan agar menutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan sehingga 10 peratus jumlah penggunaan elektrik di rumah.
2. Guna timer
Sebaiknya tetapkan penggunaan aircond menggunakan timer bagi membolehkan ia ditutup pada waktu-waktu tertentu secara automatik.
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang selesa. Jika ditetapkan pada suhu 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.
5. Servis secara berkala
Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Selain aircond, kipas juga berfungsi untuk menyejukkan ruang dan suasana. Jadi, apa kata gunakan kedua-dua alatan elektrik itu secara alternatif, jadi aircond tidak perlu dihidupkan dalam tempoh yang lama.
Baru-baru ini tular mengenai pelakon terkenal Maya Karin yang diserang anxiety sewaktu berada di pentas FFM32.
Mungkin ramai di kalangan masyarakat yang kurang peka terhadap penyakit ini. Malah ada yang memandang remeh mengenainya.
Jangan pandang ringan perkara ini kerana penyakit berkaitan mental seperti kemurungan, anxiety, serangan panik, bipolar dan sebagainya boleh membawa bahaya dalam kehidupan pengidapnya.
Malah ada di antara artis-artis yang pernah atau sedang mengalami anxiety mengakui mengenai masalah yang dihadapi mereka sehingga ada yang sampai ke tahap mahu membunuh diri.
Antara artis-artis yang pernah atau sedang mengalami anxiety adalah :
1. Maya Karin
Berita mengenai Maya Karin menghidap anxiety sangat mengejutkan ramai kerana selama ini pelakon ini dilihat sangat kental dan lasak.
Maya diserang anxiety yang teruk sehingga menjejaskan kariernya, termasuk terlepas peluang membintangi filem terkenal Crazy Rich Asians bersama Henry Golding.
“Tangan saya akan mula menggigil apabila mula mendapat serangan anxiety, kalau saya tak dapat mengawalnya, saya tidak mampu untuk pegang gelas kerana tangan saya menggigil teruk,” ujarnya yang sedang menjalani rawatan pakar bagi mengatasi penyakit itu.
2. Janna Nick
Janna Nick pernah membuat pengakuan bahawa dirinya menghidap bipolar disorder. Janna mendedahkan bahawa dia pernah dua kali cuba bunuh diri.
“Selama ini, saya fikir otak saya bekerja secara normal sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka.
“Saya ingat itu normal apabila ada suara dalaman bercakap antara satu sama lain seperti perbincangan berkumpulan.
“Sehinggalah saya mula mengambil ubat dan mula menyedari tentang apa yang orang normal berfikir dalam otak mereka,” katanya.
“Zaman kanak-kanak saya tak sama seperti rakan saya yang lain. Sepak terajang memang makanan saya dari dulu lagi.
“Sewaktu berusia 14 tahun, saya pernah cuba membunuh diri dengan menelan segenggam panadol yang dicampur dengan ubat lain.
3. Ardell Aryana
Ingat lagi video pernikahan Ardell yang pernah viral suatu ketika dulu,
rupanya ketika itu Ardell telah diserang anxiety.
Kata Ardell, dia mempunya masalah kebimbangan melampau serta kemurungan yang teruk pada ketika itu.
4. Diana Danielle
Diana Danielle pernah berkongsi detik mencemaskan ketika diserang anxiety di laman sosial.
“Anxiety attack’ sangat real danmenyakitkan.” Tulisnya di caption.
5. Remy Ishak
Siapa sangka pelakon lelaki pujaan ramai ini turut mengalami masalah depresi sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari rumah.
Remy memberitahu, keadaan ketika itu sangat merumitkan dan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya.
Dalam masa yang sama, Remy mengakui mengalami mood swing. rasa sedih yang melampau, berfikiran negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah kerana takut naik angin dan fikiran bercelaru.
Artikel Berkaitan
6. Elizabeth Tan
Ingat tak lagi penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan pernah mendedahkan bahawa dia hampir membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa.
Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy berkata, semasa itu dia tidak dapat berfikir panjang hingga menyebabkan hilang kewarasan akal.
Walaubagaimanapun, Lizzy bersyukur kerana tersedar lebih awal dan tidak meneruskan niat tersebut.
7. Iqram Dinzly
Boleh dikatakan pelakon Iqram Dinzly sering memuat naik sikap peliknya di laman sosial Instagram hingga mengundang tanda tanya kepada netizen.
Malah sikapnya itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad yang memberi saranan agar pelakon itu menjalani pemeriksaan mental.
8. Haqiem Rusli
Masalah kemurungan penyanyi, Haqiem Rusli turut mendapat perhatian orang ramai hingga menjadi bualan warga net sehingga menyangkakan kemurungan itu hanyalah gimik semata-mata daripada penyanyi tersebut.
Pun begitu, Haqiem telah menjalani pemeriksaan kesihatan dengan doktor pakar psikiatri bagi mengesahkan kemurungan yang dialami.
9. Fathia Latiff
Nama Fathia Latiff memang tidak asing lagi kepada peminat drama melayu. Namun kini Fathia tidak lagi seperti yang dahulu kerana dia terlibat dengan banyak kisah-kisah kontroversi.
Malah, dia pernah mendedahkan mengalami kemurungan teruk kerana dikecam dan dicaci oleh warga netizen.
Meskipun itu, Fathia berharap dirinya diberi peluang untuk bangkit secara perlahan-lahan dari tekanan yang dialami itu.
10. Aina Abdul
Nama penyanyi Aina Abdul makin mendapat tempat di hati peminat seni tanah air kerana muncul buat pertama kali di pentas akhir, Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dengan lagunya yang berjudul Sumpah.
Namun begitu, Aina pernah mengalami kemurungan kerana karier seninya tidak begitu menyerlah seperti artis baru yang lain selepas habis pertandingan Mentor Legend lima tahun yang lalu.
Akui Aina, dia hilang keyakinan diri, rasa tertekan dan terlalu banyak berfikir sehingga membuatkan dirinya bercelaru.
11. Tasha Shilla
Pelakon cantik ini pernah mendedahkan yang dirinya mengalami kemurungan ringan (mild depression) dan sedang menjalani rawatan.
Tasha turut mengakui pernah berasa tidak bersemangat dan sehingga ada yang menuduhnya gila.
Inilah antara selebriti yang mengalami tanda kemurungan yang teruk hingga memberi kesan pada kehidupan mereka seharian.
Justeru, kami berharap semua daripada artis popular ini dapat mengawal masalah kemurungan dan tekanan perasaan ini dengan lebih baik serta menjalani kehidupan dengan aman seperti mana orang lain.