“Kanda Nak beli Almari Baju Untuk Dinda Tak Mampu, Tapi Kanda Mampu Buat…”- Isteri Tak Minta Betis, Dapat Peha!

Share

Kerja harian sebagai seorang ibu memang tak pernah habis, lagi-lagi kalau bab mengerjakan pakaian seisi sekeluarga, memang meletihkan! Daripada basuh, sidai, angkat pakaian, sampailah mengemas pakaian yang tak pernah habis.

semakin bertambah ahli keluarga, semakin bertambahlah ruang penyimpanan pakaian yang diperlukan. Seorang suami ini tidak mampu untuk membelikan almari untuk isterinya, namun apa yang mengejutkan, suami tersebut terus buatkan almari yang ‘grand’ terus untuk keluarganya.

Dipetik dari perkongsian Facebook Ezuan Bin Che Ibrahim yang merupakan sueorang suami dan ayah yang membuat posting proses pembuatana almari pakaian. Reka bentuk almari moden yang berkonsepkan ‘Hidden wardrobe’ ini sangat menarik dan begitu function. 

Tonton kami di YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk

Almari seperti ini menjadi antara almari idaman setiap wanita tau! kerana mempunyai  ruang yang cukup besar, dan sangat menjimatkan ruang di rumah anda. Dalam satu ruang saja mampu memuatkan pakaian dan barangan seisi keluarga anda. Kalau malas nak lipat pun, boleh terus gantung saja. kemas pun kemas.

Seperti sedia maklum, harga untuk membuat almari seperti ini bukanlah murah, namun ia menjadi satu bonus untuk Encik Ezuan kerana ada kepakaran untuk menukang sendiri, malah dapat design sendiri mengikut citarasa dan keperluan sendiri. Dengan membuat sendiri, dapat banyak penjimatan daripada mengupah orang. kita pun puas hati!

Meninjau diruangan komen, ramai para isteri turut ‘cemburu’  mengidamkan almari sebegini dan ramai juga tag nama suami masing-masing untuk memeberikan hint termasuklah admin sendiri!

perkongsian beliau turut mendapat pujian dan menjadi sumber idea kepada orang ramai.

 

sumber : Ezuan Bin Che Ibrahim

 

IKLAN