Kalau beli kuih kat luar sana, ada yang menepati citarasa, tapi kadang ada yang tak ikut selera. Daripada rasa kecewa makan, baik tambah rajin dalam diri buat sendiri. Bukan je sedap, kualiti pun terjamin nak bagi anak beranak makan. Ye dak?

Misalnya kuih karipap! Biasa makan karipap mesti isi sardin, kari ayam dan daging kan? Apa kata, kita cuba sedikit kelainan iaitu buat karipap kurma daging seperti yang dikongsikan oleh Shida di laman Facebook.

Karipap Kurma Daging Anti Isi Oksigen, Buat Sendiri Letak Inti Banyak Baru Puas Hati!

RESEPI KARIPAP KURMA DAGING

Bahan-bahannya:-

500 gm daging direbus empuk
1 kg kentang
100 gm serbuk kurma
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Serbuk kayu manis
Stock rebusan daging
Garam & gula secukup rasa
1 kiub daging

Cara-caranya:-

1. Potong daging berbentuk dadu dan rebus sehingga lembut dan ketepikan.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.

IKLAN

3. Masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.

4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.

5. Masukkan kentang dan stock rebusan daging secukupnya utk bg kentang empuk.

6. Tunggu sampai kentang empuk dan masukkan daun sup.

Karipap Kurma Daging Anti Isi Oksigen, Buat Sendiri Letak Inti Banyak Baru Puas Hati!

Cara penyediaan kulit karipap:

IKLAN

3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
2 sudu besar marjerin

1. Gaul semua bahan sampai jadi macam serbuk roti.

2. Panaskan 1/3 cawan minyak.

3. Bila dah panas tuangkan dekat tepung dan marjerin tadi.

4. Gaul dengan sudu. Kemudian, masukkan air sejuk dalam peti anggaran 1 cawan dan uli sehingga tak melekat di tangan.

5. Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.

IKLAN

6. Cukup selama 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh start gelekkan sedikit demi sedikit doh.

Karipap Kurma Daging Anti Isi Oksigen, Buat Sendiri Letak Inti Banyak Baru Puas Hati!

7. Boleh bentuk dalam acuan serta masukkan inti karipap pilihan sendiri.

8. Sedia untuk digoreng.

Makan waktu petang bersama teh panas, memang sedap!

Karipap Kurma Daging Anti Isi Oksigen, Buat Sendiri Letak Inti Banyak Baru Puas Hati!

Sumber: Facebook Shida Razak KC

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI