Rasa karipap yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya semata-mata malah dipadukan dengan kulit karipap yang bila digigit terasa rangup. Itulah baru sempurna rasa karipap yang dimakan.
Untuk yang masih tercari resipi karipap yang sedemikian hasilnya, apa kata mencuba resipi yang dikongsikan oleh Wahida Alya ini.
Ini perkongsiannya.
Petang² takde nak buat.. sis main masak² kat dapur..buat karipap sardin roll ke apa orang panggil..sis ambik kat youtube je..
Kulit karipapnya memang ranggup tauu..inti pulak ngam² dengan kulitnya..ada sape yang baru belajar nak buat dengan kuantiti sikit boleh ambik resepi kat sini.
RESEPI KARIPAP SARDIN ROLL SEMPOI
INTI KARIPAP
👉Sardin tin sedang
👉Bawang besar separuh(potong dadu
👉Bawang putih 3 ulas(potong dadu)
Ads
Cara²nya..
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu,lepas tu masukkan Sardin (kuahnya masukkan je)hancur-hancurkan dia.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa) masak sardin sehingga agak-agak kering ye..biarkan kat tepi
Cara-cara buat
1. Campurkan semua tepung gandum,tepung beras,tepung jagung
2. Panaskan majerin dengan minyak,tuangkan dalam tepung tadi..gaul dulu semua guna senduk ye..(hancur-hancurkan) dah sejuk guna tangan pun boleh)
3. Masukkan air sikit demi sikit smpai jadi doh (tak melekat kat tangan)
4. Lepas tu boleh canai macam dalam gambar kat bawah tu ye..
Mengalami kulit wajah bermasalah membuatkan sedikit sebanyak keyakinan diri merudum, begitu juga dengan Nana Mahazan yang menghadapi masalah kulit wajah. Bagaimanapun dia beruntung kerana suaminya, Mohammad Raqeem Brian ini masih sentiasa memberi nasihat dan tip agar tidak berasa sedih.
Kulit wajah teruk breakout
Bekas pelajar rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim pertama ini mengambil masa setahun lebih untuk bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
Suami penyokong & terima kekurangan diri
“Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dia penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” ujar Nana membuka cerita.
Tertutup pintu rezeki pasti ada punca lain
Bertitik tolak daripada itu, dia mendapat idea memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka,” ungkap Nana yang kini memiliki produk jenama sendiri yang diberi nama Mahazan Beauty.
Dia dalam pada itu percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya.
“Saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pintu rezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa. Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan kini,” jelas ibu kepada sepasang cahaya mata yang mengambil keputusan untuk berhijab sejak tahun lalu.
16 tahun di persada seni, Fasha Sandha tetap percaya disiplin dan komitmen menjadi kunci kepada segala – galanya termasuk rahsia survival bertahan.
Kisah disiplinnya termasuk menghormati waktu dengan tiba lebih awal ke lokasi tertentu atau set penggambaran juga bukan perkara asing.
Menjadi ‘morning person’ turut menyumbang kepada punca rezeki ibu kepada tiga cahaya mata ini untuk terus murah .
Bukan bermaksud berlagak baik, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini berkata rutin hidupnya bermula sesudah solat Subuh.
“Sejak 16 tahun lalu saya memang jenis senang bangun pagi untuk memulakan rutin sebagai ibu, isteri dan anak seni.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang 16 tahun dalam kerjaya. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.
“Pada umur 18 tahun tu, saya sudah mula kerja jam 4,5 pagi. Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi.
“Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan cuba bangun awal,” ujarnya yang mengakui ‘mengunci’ jam pada tiga handphone supaya tidak terbabas untuk bangun pagi.
Justeru, sebagai senior dalam bidang seni, ibu kepada tiga cahaya mata ini sering berkongsi pengalaman dan nasihat kepada pelakon baru.
“Saya selalu cakap dekat artis baru, yang lama kelamaan kita akan jadi ‘lama’. Itu putaran hidup. Cuma kalau tak bagus tak apa, berusaha memperbaiki kelemahan dan jaga benda yang boleh dijaga contohnya disiplin dan komitmen kerja.
“Dua hal itu saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah ada jalan dan rezekinya. Pada masa sama kita terus gilap bakat dan sentiasa belajar. Tahap sekarang pun populariti yang saya fikir. Kalau ada… bonus,” kata Fasha pada majlis memperkenalkannya sebagai duta atau pengguna setia produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute.
Malah hingga kini biar berganti wajah pelapis dunia seni, Isteri kepada Aidil Aziz dan ibu kepada Putra Rayfal, Putri Raysha Jemyma serta Aisha Amaira tetap berada di liganya tersendiri.
Malah selepas kali pertama membintangi drama Scammer Mei tahun lalu di Astro Ria terbitan Radius One Sdn Bhd, jodohnya terus melekat dengan produksi berkenaan.
Ia diikuti dengan drama Khilaf Asmara bergandingan dengan Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose dan Fattah Amin. Seterusnya diikuti drama 80 episod yang masih melunaskan baki penggambaran iaitu Dendam Seorang Isteri buat kali pertama bergandingan dengan Nad Zainal. Hingga bertebaran kisah kononnya dia anak emas produksi terbabit.
“Tak ada istilah macam anak emas itu pun. Cuma saya pertaruhkan cara bekerja dan disiplin. Mungkin itu juga buat produksi berkenaan senang dan terus tawar peluang kerja.
“Nak kata saya jauh dan hebat tidaklah sama sekali. Ramai bakat baru yang cantik dan bergetah. Namun rezeki itu takkan salah alamat. Ikutkan akan ada kesinambungan drama Scammer 2. Tapi saya terikat dengan komitmen lain,” katanya.
Tidak hanya ‘laku keras’ dengan tawaran seni, kakak kepada Elisya Sandha ini juga terus diintai diberi kepercayaan sebagai duta produk.
Malah jika mengikuti perkembangannya di Instagram, tag line ulasan produk atau makanan dipanggil ‘tak sedap kami tak kongsi’ juga mencuri perhatian.
Dalam erti kata lain, Fasha tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima kerja ulasan produk. Sejak dulu lebih 15 produk sudah memilihnya menjadi duta.
“Rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya,” katanya.
Kata Fasha, dia tersentuh hati melihat kesusahan dan pergelutan dilalui pengasas produk berkenaan hingga mahu membantu golongan ibu, suri rumah dan bekerjaya untuk sama sama menjana pendapatan sebagai agen.
“Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja.
“Alhamdulillah setakat ini Saya bersyukur kerana tidak terjejas sumber pencarian sepanjang PKP kerana Sejak awal lagi saya memang praktikkan sikap berjimat cermat selain memastikan ada simpanan untuk digunakan apabila kecemasan.
Setiap antara kita mesti ada cara tertentu untuk menyimpan bahan basah untuk pastikan kekal elok untuk digunakan.
Pun begitu, melalui satu perkongsian daripada Naeamah Balqis ini agak luar biasa menariknya tentang cara yang diamalkan untuk memastikan stok bahan basah kekal segar dan yang penting cukup memudahkan kerja.
Jom baca perkongsian penuh daripada ya.
Selesai stok lauk untuk bulan 3 / 2018. 2018. Alhamdulillah stok lauk untuk bulan Mac lak…bajet untuk 3 minggu juga..cukup2 3 minggu yang bulan 2……settle semua….senang….nak masak apa amik jer..memang penat awalnya…akhirnya senang sangat….takder alasan….pengalaman sendiri kalau dah malas memang banyak alasan…tak ckp orang hokey….ckp diri sendiri…
Langkah perlu buat :
Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna TIPUWARE…jangan duk cakap saya iklan tupperware hokey) untuk sekali masak…masukkan air sampai menutupi lauk tadi…simpan kat tempat BEKU..
Letak air untuk apa?
Untuk KEKALKAN KESEGARAN lauk td…anggap lah mcm ikan2 kat kutub sana…dilitupi air batu…bila ais cair…ikan tu tetap segar kan…hahaha…orang sains jangan kecam lak…saya buat contoh jer…senang nak fhm..untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air…simpan lama..terpulang…kita raikan pendapat berlainan….pandangan masing2..tp bagi saya…saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan…
*Lauk yang saya LETAK AIR – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih
** Daging + tulang – simpan mcm biasa…JANGAN LETAK AIR
Bila nak masak
Keluarkan…alirkan bawah air paip…kalau udang + sotong sekejap jer cair…kalau ayam amik masa sikit…kalau ikut saya..memang bila nak masak baru bawak keluar…kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa…bangun pagi baru pikir nak masak apa…mcm gak balik keje…sampai rumah…buka peti baru pikir nak masak apa… hahaha takder masalah nak cairkan ais tu…uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller…ramai orang buat mcm tu kan…
Cara simpan sayur
– Halia + lengkuas + serai letak dalam bekas dan MASUKKAN AIR sampai menutupi sayuran tersebut
– cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….LETAK TISU kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi…
Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu…
** bajet bergantung kepada keperluan 6 individu…saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak…dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm say
Ekstra info :
** bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal2 …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok…
** kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana….
** bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga…
** dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post…
** mintak maaf kalau komen tak sempat saya balas…dan terlepas pandang…
** Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima
** semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya…
Sumber : Naeamah Balqis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.