Aktiviti menanam kunyit adalah sangat praktikal dilakukan. Memandangkan kita boleh berjimat daripada membeli daun kunyit untuk tujuan memasak. Bahkan jika kunyit yang ditanam telah matang, kita juga boleh menuai isinya.
Menariknya lagi menurut perkongsian info dari Shariful Fadzli, setelah 2 minggu kunyit ditanam sudah mengeluarkan daun. Jadi bolehlah digunakan sedikit untuk memasak menu gulai, rendang atau sebagainya.
Untuk itu, jom ketahui cara menanam kunyit untuk manfaat bersama.
Ha, 2 minggu lebih tumbuh dah daun kunyit ni. Boleh la masak rendang untuk Iftar nanti. Fuh jimat duit. Mahal tau orang jual daun kunyit ni!
Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan.
Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah!
Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide . Cikgu Sho telan je. Hehe
Ok, step nak tanam kunyit, kena sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adab ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.
Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi. Baca ye.
Ads
Step 1:
Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana korang nak tanam. Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying plak
Step 2
Cari tempat teduh sikit, gali lubang jangan dalam sangat.
Sebutlah apa sahaja menu utama yang dimasak setiap hari, pasti kita akan menggunakan bawang sebagai antara bahan utama di dalam ramuannya. Tanpa bawang seakan hilanglah rasa ‘manis’ dan aroma masakan tersebut.
Jadi untuk memastikan stok bawang sentiasa ada, selain perlu membelinya di pasar atau kedai-kedai runcit, ada baiknya kita mencuba untuk menanam bawang sendiri di laman rumah.
Ini sebagai mana menurut Azlina Mat Lazim, bawang sesuai di tanam di tanah lapang dengan keadaan cuaca panas dan tanaman bawang ini tidak suka dengan air.
Tambahnya lagi, biasanya untuk menanam bawang perkara utama kena lihat tujuan ia ditanam. Sama ada ditanam untuk isinya atau menanam bawang untuk diambil daunnya sahaja. Tujuan yang berbeza ini akan menentukan cara tanaman yang perlu dibuat. Ini sebagaimana yang dijelaskan detail oleh Azlina. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba!
Mudahnya Tanam Bawang
Tanam untuk tujuan dapatkan ubi bawang caranya potong akar dan kepala bawang seperti gambar di bawah.
2. Jika tanam untuk tuaian daun, hanya potong kepala bawang seperti gambar di bawah.
Tujuan potong kepala bawang untuk percepatkan proses pengeluaran daun bawang. Manakala bawang yang dipotong akar tidak boleh diambil daunnya, nanti mati pokok bawang berebut neutren
3. Bawang perlu medium 2:1.. Pasir dan tanah. Tanam hanya 3/4 sahaja dalam tanah.
bila dah kuar daun tinggi sejengkal..baru timbus bawang tersebut
Ekstra tip :
-Bawang tidak perlu racun serangga sebab serangga takut dengan bau bawang yang kuat.
-Baja masa mula-mula tanam sahaja.
-Ingat bawang macam Kambing, tak suka air. Jangan rajin mandi bawang.
Tahun lalu, negara dikejutkan dengan berita Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikatakan menghidap kanser hidung peringkat awal. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu dikatakan mendapatkan rawatan di Taiwan kerana masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata ini awalnya mengaku hatinya remuk apabila diberitahu menghidap kanser hidung, beberapa bulan lalu.
Terbaru menerusi laman twitternya, Datuk LCW mendedahkan keperitan yang dilalui sepanjang tempoh melawan penyakit kanser membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik untuk tiga edisi masing-masing pada 2016, 2012 dan 2008 itu berkongsi pengalaman menghidap penyakit itu dalam sebuah temubual eksklusif bersama Yuna Tan yang disiarkan menerusi YouTube.
Legenda badminton negara yang berusia 36 tahun ini tampil bercerita buat pertama kali selepas disahkan mengidap kanser hidung peringkat awal September lalu.
Beliau menjalani rawatan lanjut di Taiwan selama dua bulan tahun lalu.
“Kanser telah membuka mata saya untuk lebih mengutamakan kehidupan. Saya berlatih dan bermain bersungguh-sungguh sepanjang hidup saya.
“Menentang Peter Gade (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia), Lin Dan (China), Bao Chun Lai (China), Lee Hyun-il (Korea Selatan) dan lain-lain. Tiada seorang pun yang kental seperti mana saya melawan kanser,” ujar Chong Wei di status lamanTwitter miliknya.
Chong Wei berhasrat untuk kembali ke gelanggang menjalani latihan awal tahun ini bagi mempertahankan gelaran juara Terbuka Malaysia yang dimenangi sebanyak 12 kali, namun hasratnya itu terpaksa ditunda atas nasihat doktor.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu terpaksa berehat daripada menyertai sebarang kejohanan selama lapan bulan selepas menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan.
Dala pada itu, para peminatnya memberikan kata-kata semangat untuk wira negara ini kembali bangkit dan kuat semangat melawan penyakit tersebut.
Kehidupan sebuah rumah tangga bagaikan sebuah percaturan dalam kehidupan. Memang benar setiap pasangan yang berkahwin inginkan sebuah keluarga yang bahagia dan hubungan harmoni sehingga akhir hayat.
Namun kadang kala, cabaran hidup itu membuatkan perkahwinan itu goyah. Malah tidak dinafikan salah satu punca perceraian adalah akibat faktor ekonomi yang tidak mantap.
Akibatnya isteri ditinggalkan suami. Lebih menyedihkan isteri tidak mempunyai punca pendapatan.
Sedari akan hal ini, wanita ini menetapkan syarat kepada bakal suaminya sebelum berkahwin agar masa depannya terjamin.
Bukan pentingkan diri, baginya ia adalah syarat untuk ‘membantu’ dirinya selepas bergelar isteri.
Ikuti kisah wanita ini yang boleh dijadikan inspirasi.
Letak syarat pada bakal suami
Masa dilamar belasan tahun lepas, akak bagitau satu syarat : “Saya ni workaholic. Saya orang yang gila bekerja. Saya punya visi hidup. Saya nak jadi wanita berharta. Kitapun dah kenal lama.
Nak jadi suami saya? Boleh. Hanya satu syarat. Saya boleh menjadi isteri yang taat selagi awak tidak menghalang urusan kerjaya saya. Mak Abah sekolahkan saya hingga university. Saya tak nak sesiapapun halang visi, kerjaya dan perniagaan saya.”
“Sanggup?” Akak tanya dengan straight forward. “Saya fikir dulu”. Itu yang boyfriend akak cakap. Akak senyum aja. Waktu tu muda dan cantik. Boyfriend ini tak sanggup, tak pe. Akak boleh move on. Sentiasa ada arjuna lain nak jadi boyfriend kan? #apeni?
“Ambiklah masa. Fikir masak-masak. Sebab saya bukan perempuan cam dalam drama petang-petang yang akan diam dan pasrah. Jika saya tak bahagia, saya akan berterus terang. Jika awak tak mampu settle isu hingga menyakiti saya, awak akan ditinggalkan pada bila-bila masa” Akak beritahu lagi. Terus terang. Mudah.
Beberapa hari kemudian, dia ajak beli cincin. White diamond. Bulan yang sama bertunang dan tahun yang sama bernikah. Fast foward, hari ini anak sepasang. Cincin pertama itu masih ada. Simpanlah logam emas, perak dan permata gais! Bertahan lama. Kami bermula dengan sama-sama bergaji kecik. Ya… Akak workaholic. Bekerja siang malam. Suami ini menunaikan janji, tidak merungut dan tidak pernah menghalang urusan kerjaya dan perniagaan akak.
Akak biasa jam 2 pagi ke airport urusan kerja. Biasa ke luar negara berkali-kali sambil bawak segala alat breastfeeding. Anak masih merah? Suami balik kerja, dia uruskan semua. Bila lihat akak workaholic, suami pun semakin bersemangat dan rajin bekerja. Berjaga malam? Boleh dikira dengan jari. Selebihnya suami bangun uruskan anak. Akak? Kebanyakan masa akak di tempat kerja. Siang malam, kepala akak sentiasa hanya fikir, what’s next? Kerja lagi. Dan lagi.
Sebagai engineer, suami juga sibuk. Tapi dia menunaikan janji untuk tidak campurtangan urusan kerjaya dan perniagaan akak.
Akak mungkin bukan isteri yang baik. Tapi akak isteri yang boleh memberikan idea tentang visi. Bersama suami, akak sentiasa bercakap tentang next project dan idea masa depan. Akak mungkin isteri yang tidak sempurna. Tetapi akak adalah life partner mampu membawa keluarga ke arah strategic planning. Hingga tahap yang nak capai tahap miskin kembali tu susah la…
Hargai suami dengan pemberian hadiah kereta impian
Hari ini, Alhamdulillah akak pulangkan segala kebaikan suami dengan belikan dia kereta impian. Bawak sekeluarga travel bila-bila masa. Apa sahaja yang dia mahu, akak akan tunaikan sebagai penghargaan dia yang konsisten menunaikan nafkah dan menjaga keluarga. Sekarang dah tua… Akak pun ambik keputusan tahun ke-18 ini untuk bersara makan gaji.
Dengan persediaan lengkap persaraan selesa. Sekarang masa untuk akak lepak di rumah, slow down kerjaya dan kerap menikmati hidangan makan bersama dia. Bila akak dengar kisah isteri korbankan kerjaya dan end up suami tinggalkan? AKAK RASA SEDIH. Tak berbaloi girls!
Anda korbankan semua end up, suami tongsampah kan pengorbanan anda. Jika sumbangan anda sebagai surirumah dihargai – berbaloi. Jika tidak dihargai, sia-sialah penat lelah anda mengurus keluarga. Suami tak nampak pun penat lelah anda. Buat ibu bapa di luar sana, beritahu anak gadis masing-masing. Elak berkorban kepada suami hingga terabai masa depan diri. Semua wanita sepatutnya tidak buta dalam bercinta. Sia-sia nanti terluka.
Ya, akak selfish mungkin. Akak amat utamakan visi hidup akak. Bagi akak, jika akak bahagia, barulah akak dapat bahagiakan orang-orang yang akak sayang. Bagaimana seseorang yang tidak bahagia mampu memberikan kebahagiaan?
Cinta itu bukan sekadar memberi. Tapi cinta itu adalah hubungan dua hala yang sama-sama memberi, sama-sama menerima dan sama-sama bahagia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.