Tidak mahu badan terhidrasi akibat kurangnya pengambilan air pada bulan puasa ini, ada baiknya kita dengar penjelasan dorktor ini dengan lebih detail cara bagaimana sepatutnya kita lakukan. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
5 TIPS MINUM AIR DI BULAN PUASA
Air kosong bukan sahaja penting untuk fungsi tubuh yang optimum dan segar sewaktu berpuasa. Minum air yang cukup mencegah dehidrasi punca badan stres, rasa nak pitam dan badan rasa lemah lesu.
Suka saya nak kongsikan amalan saya, 5 tips minum air sewaktu bulan ramadhan:
1) PASTIKAN PENGAMBILAN AIR YANG MENCUKUPI
Periksa warna air kencing..pastikan minum sampai warna jernih dengan mungkin sedikit kekuningan. Kencing lebih 10 kali sehari warna putih jernih mungkin menandakan terlebih minum air. Air kencing warna “coke” menandakan kita perlu kerapkan lagi minum air. Kerapkan pengambilan secawan setiap sejam lepas berbuka lebih baik daripada minum 3-4 gelas sekaligus. Perlukah 8-12 gelas sehari?
Periksa saja warna air kencing. Tapi jangan pula tunggu sampai dahaga teruk baru nak minum ya.
2) PASTIKAN TIMING PENGAMBILAN AIR YANG SESUAI
Ads
Minum maksimum setengah gelas sahaja sejurus sebelum makan dan satu gelas selepas makan. Kita tidak mahu mencairkan jus pencernaan yang membantu penghadaman. Saya kebiasaannya mengesyorkan minum 1-2 gelas air setiap jam bulan puasa.
Minum 2 gelas air sebelum tidur dan 1.5 gelas air sewaktu bersahur. Jika anda bersahur ringan seperti kurma sahaja mungkin boleh upkan jadi 3 gelas air.
3) MINUMAN MANIS: ELAKKAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN
Tiada masalah minum manis walaupun tiada hadith soheh yang jelas menyarankannya. Waktu paling sesuai minum air manis ialah sudah tentu sewaktu berbuka puasa.
Saya kebiasaannya mengelakkan minum manis sepanjang bulan puasa kerana “ketagihan manis” ini bisa menyebabkan badan jadi stres dan sangap waktu siang. Maksudnya, waktu paling saya elak minum manis ialah waktu bersahur.
Ads
Bagi yang ada penyakit kencing manis tanpa ambil ubat, eloklah guna peluang ini pantang terus air manis. Bagi yang gula selalunya terlampau tinggi, bila puasa siang boleh alami
simtom relative hypoglycemia. Dapatkan nasihat doktor sewaktu bulan puasa ini ya.
4) MINUMAN BERKAFEIN
Mereka yang ada masalah sistem pencernaan serta stres yang tinggi eloklah elakkan kafein. Kafein ini walaupun memberi tenaga tetapi buat sementara sahaja dan badan akan merasai kepenatan.
Malah kafein juga “menarik keluar” air dari diserap badan (kesan diuretik).
Sesetengah orang mungkin mengalami rasa berdebar kuat, menggigil, migrain dengan pengambilan kopi kerana kafein ini umpama topup kepada stres awal berpuasa.
Ads
Kafein yang diminum waktu malam juga mungkin mengganggu keseimbangan keseluruhan sistem hormon badan..terutamanya perembesan hormon tidur (Melatonin).
Bagi yang tiada masalah kesihatan, minuman berkafein bukanlah kepantangan utama pada bulan puasa. Saya kebiasaannya minum pada waktu paling mesra hormon iaitu sewaktu bersahur.
5) MINUMAN PROSES
Minuman proses ini biasanya tinggi gula terutamanya jus kotak berperisa buah, susu berperisa dan juga minuman berkarbonat.
Ada yang kata, takpe lah minum diet soda berkarbonat yang “lebih sihat”. Bulan puasa ni, badan kita kerja keras tau nak detox bahan bahaya dalam sel lemak kita yang rosakkan kesihatan kita selama ni. Maka janganlah kita topup lagi dengan bahan kimia seperti pemanis tiruan dan pengawet seperti aspartam, maltodekstrin dan HFCS yang merosakkan.
Bagi lah chann badan rehat sikit bulan puasa ni ye. Banyakkan minum jus buah ori dan air kosong semata. Bila badan dah adaptasi dengan stres berpuasa, apa salahnya mengopi mengeteh sekali sekala kan?
Sama-sama kita hayati keberkatan bulan ini dan semoga kita semua mendapat manfaat darinya..ameen.
Andai kena gayanya, tiba-tiba sahaja mood rajin membakar kek dikalangan ibu-ibu ini boleh datang tanpa disangka-sangka. Apatah lagi, bila ada kemahuan hendak mencuba resipi bagi menguji keenakan rasa kek yang dimasak dari air tangan sendiri.
Jadi apa kata, kali ini anda mencuba menyediakan kek cawan yang cukup ringkas ini yang dikongsikan oleh Puan Jamiah Tulisman. Menurutnya lagi menu kek cawan ini sering disediakan untuk tujuan bisnesnya.
Nyata, melihat gambarnya pun nampak cukup menyelerakan dan boleh dicuba untuk dijadikan antara menu istimewa ketika minum petang bersama keluarga. Jom semak.
RESEPI KEK CAWAN MUDAH
Resepi kek cawan ni sangat mudah dan sangat sedap dan gebu. Kebetulan anak nak makan kek cawan, jadi saya share resipi di sini. Boleh la cuba nanti.
Biasa saya buat jualan untuk goodies atau dessert table. Memang tak muak kalau makan. Selamat mencuba. Saya sertakan video supaya nampak lebih jelas.
Bahan-bahan:(dapat 30-33 biji)
300gm mentega@marjerin (Saya guna marjerin Latifolia)
280gm gula perang
300gm tepung naik sendiri
5biji telur A
60gm coklat chip *jika suka
Cara: 1. Putar gula perang dan mentega hingga lembut dan kembang gebu 2. Masuk telur sebiji-biji 3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan masuk coklat chip ..kaup balik rata
4. Tuang 3/4 penuh ke dalam cawan kek.Tabur coklat chip jika suka 5.Bakar suhu 160-170c selama 30 minit atau hingga masak
*boleh tabur parutan chese,kekacang dan lain-lain
*boleh letak perisa disukai (esen vanila,esen pandan atau lain-lain)
Saya tak letak sebab macam tu jek pun dah sedap sangat
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri agar bahagia selamanya selain kita suami isteri perlu bertolak ansur, perkara paling penting ialah tidak lupa memohon doa kepada Allah seperti dianjurkan dalam al-Quran dan disebut dalam hadis agar kita sentiasa mendapat pertolongan, perlindungan dan kekuatan rohani daripadaNya.
Apa yang pasti, semua kita mahukan sebuah kehidupan dalam berumahtangga yang mawaddah, rahmah dan sakinah. Moga-moga Allah SWT menganugerahkannya kepada kita semua. Amin!
Menurut perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ada menyebut hidup bersuami isteri ni kata Al-Quran mesti ada 2 rasa [Surah Ar-Rum, ayat 21] :
Mawaddah – rasa cinta.
Dengan rasa cinta akan saling menyayangi.
Dengan rasa cinta kita tak sanggup untuk berpisah.
Dengan rasa cinta kita akan merindu bila berjauhan.
2. Rahmah – rasa belas kasihan.
Dengan rasa belas kasihan kita akan memahami.
Dengan rasa belas kasihan kita akan bertolak ansur.
Dengan rasa belas kasihan kita akan saling memaafkan.
Pelakon Balkisyh Semundur Khan berkongsi berita gembira kini sedang hamil anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Mohd Nazri Zakaria.
Kandungannya yang kini memasuki trimester ketiga, pelakon Lockdown ini mengakui mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.“Saya memang mempunyai asma, jadi bila tiba-tiba rasa kurang sihat, saya ke klinik untuk buat pemeriksaan.
“Jadi bila doktor sudah beritahu status kesihatan apa semua… waktu nak balik tu doktor ucap tahniah, kandungan sudah cecah sebulan. Macam-macam perasaan yang timbul sejurus dapat tahu. Alhamdulillah, doakan moga semua dipermudahkan,” katanya.Menurutnya lagi, suami adalah insan paling teruja apabila mengetahui Balkisyh sedang hamil.
“Selepas bernikah kami jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh. Dia bertugas di Johor sementara saya pula di Kuala Lumpur.
“Suami yang paling gembira. Begitu juga dengan ahli keluarganya sebab bakal sambut cucu pertama.
“Apa pun saya bersyukur kerana ahli keluarganya turut menerima saya seadanya meski saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.
“Malah mertua pun layan kami dengan baik. Itulah namanya rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” katanya lagi.
Dia dalam pada itu mengakui kerinduan pada suami semakin bertambah sepanjang tempoh kehamilan.
“Kalau boleh mahu dia sentiasa ada dengan saya. Rindu bau dia dan sekarang makin suka tatap wajahnya. Setiap bulan suami akan pulang jengok kami dan selebihnya kerap lakukan panggilan video.
“Kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan memerlukan dia untuk beri komitmen yang penuh.
“Syukur, dia berjaya imbangkan soal kerja dan keluarga. Suami menjalankan tanggungjawab sebagai keluarga dengan baik,” katanya lagi.Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.