Sesungguhnya bukan calang-calang ibu bapa yang terpilih untuk menghadapi situasi yang mencabar dalam membesarkan anak. Baru-baru ini, melalui instagram adamsautismfamily, ayah Adam, Iman Wan, melahirkan ucapan bersyukur mempunyai seorang isteri yang sanggup menguruskan anak tanpa lelah dan jemu. Juga dibantu ibu angkat adam, mama rai.
Melalui paparan video ini jelas mengambarkan kasih sayang yang tiada berbelah bahagi agar adam dalam menjalani kehidupan dengan sempurna sejak disahkan mengalami austisme sejak usia tiga tahun lagi.
Seorang ayah, selalu berselindung mengenai keraguaan, selalu merahsiakan penderitaan, selalu sentiasa ingin membahagiakan dan memenuhi keinginan isteri dan anak-anaknya.
Penderitaan seorang insan bergelar ayah ini, sukar dimengertikan namun hanya seorang isteri yang dapat mengetahui segala yang terbuku dihatinya. Hanya isteri yang dapat mentafsirkan kemurungan dan keresahan wajahnya.
Itulah yang dinamakan kasih sehingga hujung nyawa.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok oleh Isyahcake yang memaparkan kisah ibunya yang setia di samping suami sewaktu ayahnya menderita kanser.
Eratan tangan dan pelukkan yang ditunjukkan benar-benar meruntun hati pada netizen apabila ibunya dilihat membelai ayahnya yang terlantar di atas katil.
Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Isyah, video tersebut dirakam untuk dijadikan sebagai kenangan ketika arwah bapanya, Ali Limat, 79, terlantar sakit akibat menderita kanser paru-paru tahap 5.
“Arwah abah jatuh sakit tiga bulan sebelum dia meninggal dunia pada 3 November lalu. Kanser paru-paru stage 5. Bermula dari sakit kaki saja.
“Selepas buat check-up di hospital besar, lambat dapat result, kami bercadang bawa abah ke swasta, sebab masa tu kakinya dah terlalu sakit.
“Selepas dibawa ke hospital swasta, doktor bagitahu yang abah ada kanser paru-paru dan dah merebak ke prostat sehingga menghempap saraf kaki.
“Tak ada rawatan yang boleh dilakukan sebab faktor umur… waktu tu 79 tahun. Setiap hari abah meraung sakit, makan ubat pun tak boleh membantu, cuma minta mak peluk saja macam dalam gambar. Dah tak mampu nak bantu apa-apa,” ceritanya.
Cerita wanita berusia 36 tahun ini, sepanjang terlantar sakit, dia dan tujuh adik-beradik yang lain bergilir-gilir dengan ibu, Zabedah Bujang, 67, untuk menjaga arwah bapa mereka di hospital dan di rumah.
“Abah memang nak mak ada selalu. Mak dan abah dah hidup bersama 51 tahun. Mereka tak biasa tidur asing. Bila abah dah tidur dekat katil mudah alih tu, dua-dua tak boleh tidur.
“Kadang-kadang waktu malam bila terjaga, boleh tengok mereka tidur sambil pegang tangan sebab mak akan bentang tilam tidur sebelah katil abah,” cerita ibu kepada dua cahaya mata ini.
Berkongsi kisah keakraban hubungan ibu dan bapanya, Isyah mendedahkan arwah merupakan seorang ‘family man’ dan sering membawa ibunya ke mana sahaja.
“Kalau pergi minum dekat kedai, mesti ingat anak-anak dan isteri dekat rumah, mesti bawa balik untuk kami. Setiap kali ada rezeki lebih, abah akan ajak semua anak-anak pergi makan. “Walau anak-anak dah kahwin, beranak, bercucu, dia tetap nak belanja dengan hasil titik peluh dia,” ujarnya yang mengusahakan kedai kek di Jasin, Melaka.
Sehari sebelum abah meninggal lagi keadaan emosi mak tak stabil, tak nak makan dan tak nak minum tengok keadaan abah yang kritikal. Isyah menambah, ibunya adalah insan yang paling terkesan dengan pemergian bapanya, memandangkan mereka tidak pernah berpisah sepanjang 51 tahun hidup bersama.
“Sehari sebelum abah meninggal lagi keadaan emosi mak tak stabil, tak nak makan dan tak nak minum tengok keadaan abah yang kritikal.
“Sehingga ke hari ini, mak masih tengok video-video yang kami simpan waktu abah sakit sebab sepanjang umur abah, abah tak penah jatuh sakit dan tak pernah masuk hospital,” ujarnya lagi.
Tidak menyangka perkongsian videonya meraih sehingga melebihi 289,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Isyah melahirkan rasa terharu dengan komen netizen yang mendoakan arwah bapanya.
“Alhamdulillah, rupanya ramai yang dah lalui saat ni, sedangkan kami kali pertama melalui saat kehilangan orang terdekat kami. “Hargailah ibu bapa kita, pasangan kita selagi ada hayat, sebab kita tak tahu bila Allah akan ambil mereka,” ujarnya lagi.
Kelahiran anak kedua yang begitu dinantikan pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilitar membuatkan ramai yang ternanti-nanti kemunculan wajah anak kedua mereka.
Selepas selamat melahirkan bayi keduanya pada tanggal 11 November lalu, pasangan sama cantik ini tampil berkongsi nama dan wajah buat hati terbaru mereka.
Aurel dan Atta sepakat memilih nama Azura Humaira Nur Atta buat anak kedua mereka yang sungguh comel, persis kakaknya, Ameena Hanna Nur Atta.
“Azura Humaira Nur Atta. Welcome @azuraatta.
AZURA = Langit Biru (semoga jadi penyejuk di keluarga kecil kami) dan juga nama anak nabi adam dan istri nabi syit yang melahirkan banyak keturunan Nabi.
HUMAIRA = Kemerah merahan seperti warna kulitnya dan panggilan istri idol saya Nabi Muhammad S.A.W.
NUR = Cahaya dan nama ibunya
ATTA = Yang artinya terpuji dan suci dan juga nama papanya.
“Semoga bisa selalu jadi penghibur papata ya nak,” tulis Atta menerusi Instagramnya.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya wajah comel Azura yang begitu redup namun sama seperti kakaknya Ameena yang memiliki kulit putih gebu dan kemerah-merahan.
Beberapa keping gambar Azura Humaira turut dikongsikan Atta menerusi sesi fotografi anak comel itu. Memang comel.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kehadiran zuriat dalam rumah tangga adalah anugerah yang tak ternilai kurniaan dari Yang Maha Esa. Ada yang diberikan rezeki menimang cahaya mata awal, tak kurang yang terpaksa melalui pelbagai ujian dan dugaan.
Bagi yang menempuhi perjalanan IVF untuk mendapatkan cahaya mata bukan lah semudah yang disangkakan. Kesakitan, emosi dan pelbagai lagi ujian terpaksa dilalui namun semuanya ditempuhi dengan sabar demi untuk bergelar ibu.
Demikian juga dengan pelakon dan hos, Siti Elizad yang sebelum ini berkongsi pengalamannya dalam menjalani rawatan IVF. Terbaru, dalam laman instagramnya, Elizad meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut penyampai radio ini, Tunku Azizah berkenan membaca kisahnya yang didakwa mempunyai masalah gangguan kesuburan dan menghubunginya untuk memberikan kata semangat selain berkongsi pengalamannya sepanjang 17 kali menjalani IVF.
Would love to share this special moment . Hari ni hari yg sgt menggembirakan hati saya . Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah . ❤️ Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya “ Mandul “ tempoh hari . It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu , terkejut , semua ada . Macam mimpi , dapat berckp dgn Tuanku Permaisuri yg saya sendiri jadikan idola dlm cerita perjalanan ivf saya . Sungguhnya , Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dgn kisah saya yg bukanlah siapa2 . 🙏🏻
Akui Elizad, tiada kata yang mampu digambarkan atas keprihatinan Tuanku Permaisuri yang sudi berkongsi pengalamannya sebelum ini.
Tuanku berikan kata2 semangat , bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17kali tempuh perjalanan ivf . Memang menyakitkan . Hanya yg mengalami sahaja yg merasai . Tiada kata yg mampu saya gambarkan , terlalu gembira dapat berbual2 dgn Permaisuri yg disayangi semua . Sungguh2 keibuan .
Ujar Elizad lagi, apa yang dikongsikan adalah untuk pengetahuan bersama selain menaikkan semangat wanita lain yang senasib dengannya supaya tidak patah semangat atau malu dalam situasi tersebut.
Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi ? “ . ❤️ Allahuakhbar . Terima Kasih byk Tuanku Permaisuri . 🙏🏻 Really made my day .
To all ttc squad , we are fighters. People can say whatever they wish . Hanya kita sesama kita yg melalui nya . For those yg kecam & ckp “ nak buat anak pun nak bising2 “ .
Utk pengetahuan semua , my intention sharing my ivf journey is only for those ttc squad to get more information . Not to be afraid or malu berjumpa dgn pakar . Nak semua #ttcsquad come forward .
Dalam masa yg sama , saya bekerjasama dgn pihak Sophea Fertility . Jadi apa yg berkaitan dgn ivf , of course saya kongsikan dgn mereka yg senasib dgn saya . Harap this one clear . ❤️
Jelas Elizad lagi, apa yang dimuat naik menerusi laman instagramnya adalah perjalanan dia menempuhi rawatan IVF untuk pengetahuan serta berkongsi pengalaman dengan mereka yang senasib dengannya.
Tiada paksaan pun utk ikuti kisah saya . Terpulang pada followers . I just share my journey here . Sama juga mcm para ibu yg lain . Berkongsi tentang kecomelan anak2 mereka di media sosial .
Jadi x salah kiranya saya berkongsi perjalanan ivf saya & pengalaman bersama mereka yg senasib dgn saya . Spread love semua . Not hate . Terima kasih . ❤️
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul wareseen 🤲🏻
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.