Seorang ayah, selalu berselindung mengenai keraguaan, selalu merahsiakan penderitaan, selalu sentiasa ingin membahagiakan dan memenuhi keinginan isteri dan anak-anaknya.

Penderitaan seorang insan bergelar ayah ini, sukar dimengertikan namun hanya seorang isteri yang dapat mengetahui segala yang terbuku dihatinya. Hanya isteri yang dapat mentafsirkan kemurungan dan keresahan wajahnya.

Itulah yang dinamakan kasih sehingga hujung nyawa.

@isyahcakes_ Moga kite pon dpt bersama suami isteri sehingga ke tua macam mak abah.. Bile sakit, abah nak mak peluk 😔 #syurgakami ♬ suara asli – Penyair Emosian

Tip / Petua

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok oleh Isyahcake yang memaparkan kisah ibunya yang setia di samping suami sewaktu ayahnya menderita kanser.

Eratan tangan dan pelukkan yang ditunjukkan benar-benar meruntun hati pada netizen apabila ibunya dilihat membelai ayahnya yang terlantar di atas katil.

IKLAN

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Isyah, video tersebut dirakam untuk dijadikan sebagai kenangan ketika arwah bapanya, Ali Limat, 79, terlantar sakit akibat menderita kanser paru-paru tahap 5.

“Arwah abah jatuh sakit tiga bulan sebelum dia meninggal dunia pada 3 November lalu. Kanser paru-paru stage 5. Bermula dari sakit kaki saja.

“Selepas buat check-up di hospital besar, lambat dapat result, kami bercadang bawa abah ke swasta, sebab masa tu kakinya dah terlalu sakit.

“Selepas dibawa ke hospital swasta, doktor bagitahu yang abah ada kanser paru-paru dan dah merebak ke prostat sehingga menghempap saraf kaki.

“Tak ada rawatan yang boleh dilakukan sebab faktor umur… waktu tu 79 tahun. Setiap hari abah meraung sakit, makan ubat pun tak boleh membantu, cuma minta mak peluk saja macam dalam gambar. Dah tak mampu nak bantu apa-apa,” ceritanya.

Cerita wanita berusia 36 tahun ini, sepanjang terlantar sakit, dia dan tujuh adik-beradik yang lain bergilir-gilir dengan ibu, Zabedah Bujang, 67, untuk menjaga arwah bapa mereka di hospital dan di rumah.

IKLAN

“Abah memang nak mak ada selalu. Mak dan abah dah hidup bersama 51 tahun. Mereka tak biasa tidur asing. Bila abah dah tidur dekat katil mudah alih tu, dua-dua tak boleh tidur.

“Kadang-kadang waktu malam bila terjaga, boleh tengok mereka tidur sambil pegang tangan sebab mak akan bentang tilam tidur sebelah katil abah,” cerita ibu kepada dua cahaya mata ini.

‘Bila Sakit, Abah Nak Mak Peluk.’ Tidur Pegang Tangan Sebelum Suami Pergi Untuk Selamanya

Berkongsi kisah keakraban hubungan ibu dan bapanya, Isyah mendedahkan arwah merupakan seorang ‘family man’ dan sering membawa ibunya ke mana sahaja.

“Kalau pergi minum dekat kedai, mesti ingat anak-anak dan isteri dekat rumah, mesti bawa balik untuk kami. Setiap kali ada rezeki lebih, abah akan ajak semua anak-anak pergi makan. “Walau anak-anak dah kahwin, beranak, bercucu, dia tetap nak belanja dengan hasil titik peluh dia,” ujarnya yang mengusahakan kedai kek di Jasin, Melaka.

Sehari sebelum abah meninggal lagi keadaan emosi mak tak stabil, tak nak makan dan tak nak minum tengok keadaan abah yang kritikal. Isyah menambah, ibunya adalah insan yang paling terkesan dengan pemergian bapanya, memandangkan mereka tidak pernah berpisah sepanjang 51 tahun hidup bersama.

IKLAN

“Sehari sebelum abah meninggal lagi keadaan emosi mak tak stabil, tak nak makan dan tak nak minum tengok keadaan abah yang kritikal.

“Sehingga ke hari ini, mak masih tengok video-video yang kami simpan waktu abah sakit sebab sepanjang umur abah, abah tak penah jatuh sakit dan tak pernah masuk hospital,” ujarnya lagi.

Tidak menyangka perkongsian videonya meraih sehingga melebihi 289,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Isyah melahirkan rasa terharu dengan komen netizen yang mendoakan arwah bapanya.

“Alhamdulillah, rupanya ramai yang dah lalui saat ni, sedangkan kami kali pertama melalui saat kehilangan orang terdekat kami. “Hargailah ibu bapa kita, pasangan kita selagi ada hayat, sebab kita tak tahu bila Allah akan ambil mereka,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Bila Sakit, Abah Nak Mak Peluk.’ Tidur Pegang Tangan Sebelum Suami Pergi Untuk Selamanya

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI