Isteri kalau merajuk bukan dia mengada-ngada tapi ada sebabnya.
Kadang dia penat, terlampau penat uruskan anak-anak dan suami. Suami pula langsung tak kisah malah tak membantu. Inilah yang buat isteri berjauh hati.
Buat suami, baca tulisan Ustaz Ebit Lew ni.
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk, Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer…dia menangis…24jam asyik marah jer..menjerit. marah dan pukul anak-anak..
Lepas tu saya rasa bersalah.
Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah…kasihan anak-anak..
Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya…
Ads
Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.
Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini..
Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..
Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya..
Ads
Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama..
Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu buat kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.
Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..
Baca dengan cinta dan kasih sayang.
Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.
Ads
Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.
Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus…dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak..
Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri..
Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.
Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama…
Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Betul ke, memiliki anak yang ramai ini akan mengundang stress pada para ibu. Malah ada yang beranggapan, lebih ramai bilangan anak maka lebih stress yang akan kita rasai.
Jika dilihat pada masyarakat hari ini, ramai yang merancang keluarga dan menetapkan limit hanya dua atau tiga anak sahaja.
Adakah disebabkan faktor ekonomi, pendidikan mahupun teknologi yang mendorong perubahan dalam memiliki zuriat ini?
Selalunya kita fikir makin ramai anak, mak bapak lagi pening dan stress. Ya lah lagi banyak kerenah kena layan terutama yang ada sampai lima enam orang anak.
Sebab itu zaman sekarang tak ramai pasangan yang mahu beranak ramai. Tapi itu kata kita, lain pula menurut kajian.
KAJIAN TAHAP STRESS KAUM IBU
Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh TODAYParent.com didapati, tahap stress ibu yang mempunyai tiga orang anak adalah lebih tinggi berbanding ibu yang memiliki jumlah anak yang lebih dari angka itu.
Kajian ini telah melibatkan 7,000 orang ibu di Amerika Syarikat dan dibuat untuk mengetahui tahap stress ibu dikaitkan dengan jumlah anak.
Apa yang menarik tentang kajian tersebut, ia juga mendapati tahap stress tidak akan meningkat dengan pertambahan anak.
Malahan ibu yang mempunyai empat anak dikatakan mempunyai tahap stress yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai tiga anak.
Menurut pakar psikologi dari New York Dr. Janet Taylor, tahap stress akan kurang selepas mempunyai anak keempat. Ini kerana pada masa ini ibu akan belajar untuk menerima dan berhenti dari mencuba untuk mengawal semua perkara tentang anak mereka.
“Dengan empat anak, fikiran mereka sudah tidak cukup ruang untuk memikirkan kerisauan tentang kesempurnaan.”
“Malah semakin ramai anak sebenarnya semakin yakin seorang ibu itu dengan kemahiran keibubapaan mereka. Anda kena belajar membiasakan diri dan selepas itu anda akan bersyukur,” ujar Dr. Janet.
JENIS-JENIS STRESS
Selain daripada itu kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa jenis stress yang dialami oleh kaum ibu, antaranya:
46 peratus ibu mengatakan suami menyebabkan mereka lebih stress berbanding anak.
60 peratus ibu mengatakan perasaan tak cukup masa untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh seorang anak daripada ibu menyebabkan berlakunya stress.
72 peratus ibu stress apabila memikirkan betapa stressnya mereka.
9 daripada 10 ibu stress untuk kekal cantik dan menarik.Jadi kesimpulannya, bagi kaum ibu yang mempunyai tiga orang anak, selepas ni bolehlah buat perancangan untuk tambah anak ya.
Setiap orang pasti inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidupnya. Namun dalam perjalanan hidup ini, ada ketikanya kita rasa tidak bahagia.
Ia mungkin berlaku akibat persekitaran yang mempengerahui kehidupan kita yang terlalu melihat kebendaan.
Sebagaimana perkongsian ini, pada awalnya dirinya hanya melihat bahagia itu hanya kebendaan semata, namun sangkannya salah. Seterusnya ikuti perkongsiannya Annur Nida. Moga jadi ikhtibar.
Kemas-kemas bilik belakang, terjumpa handbag saya ni.
Sedih, sebab dah menggelupas.
Padahal saya letak elok dalam beg sarung.
Handbag ni, boleh kira berapa kali je saya guna. Tak pakai sangat mungkin sebab warna merah. Dan saya ni tak kemana sangat pun. Saya sendiri yang pilih handbag ni. Ingat lagi masa tu beli di Plaza Aman Central, Alor Setar.
Beg ni ada cerita dia sendiri.
Masa saya beli handbag ni, saya masih belum kenal bahagia yang sebenar.
Balik rumah mak di Kuantan, saya tengok kakak ipar saya yang doktor tu pakai handbag elok. Jenama terkenal.
Nampak pulak handbag adik saya, dia cikgu, pun elok handbag dia. Saya tengok handbag saya. Mulalah saya bercakap dengan diri. Handbag aku ni tak mahal sangat macam depa.
Tak sudah tengok handbag, eh saya tengok pulak sandal depa. Pun sama jenis yang mahal.
Bila saya dah ada perasan membanding gitu, segala benda nak banding. Nampak pulak anak-anak sedara pakai baju semua branded, saya pun eh tak mau kalah.
Mula datang jeles.
Mula datang kenapa aku tak beli yang mahal jenama terkenal. Mula datang rasa tak mampu sangat ke aku ni. Mula fikir pelik-pelik.
Padahal adik beradik dan ipar tak de kisahkan hal macam ni. Kami bergaul, bergurau senda, bercakap, beramah tamah macam biasa je.
Dan masa pun berlalu.
Saya membaca, saya dengar kuliah, saya melihat keadaan sekeliling, saya memerhati.
Padahal yang lebih utama nak memiliki bahagia adalah kena mensyukuri nikmat yang sedikit mahupun nikmat yang besar. Kalau nak cari siapa yang paling cantik, paling banyak pakai barangan mewah, memang takkan jumpa.
Sebabnya, bila dah jumpa yang cantik, yang mewah, eh ada lagi yang lebih cantik.
Dan bila dah jumpa yang lebih cantik, yang mewah tu, eh ada lagi yang lebih cantik dari yang lebih cantik dan mewah itu.
Justeru apa?
Saya mula paksa diri tidak membanding. Saya beli, saya pakai, apa yang selesa untuk diri sendiri, bukan untuk menunjuk pada orang lain. Tak kisah mahal atau murah, yang penting bukan nak banding membanding.
Bila saya buang sikap membanding, maka saya mulai rasa bahagia, rasa gembira.
Tak sesak dada nak tengok siapa lebih hebat. Bahagia tu bukan pada apa yang dimiliki, tapi bagaimana kita meraikan apa yang dimiliki.
Teringat yang Nabi Yusof tenang dan bahagia di dalam penjara. Tak lain tak bukan kerana Allah jualah yang mendatangkan bahagia itu.
Jika sesuatu itu boleh dibuat dengan mudah, jadi tidak perlu rasanya berhabis duit untuk memiliki pokok hiasan Monstera yang disukai ramai.
Ini dikongsikan oleh Fadilah dan menurutnya hanya dengan bermodalkan bawah RM 30.
Saya kongsikan barang-barang yang digunakan dan tutorial untuk DIY pokok viral ni. Tapi kali ni saya guna daun Monstera sebab yang daun hari tu dah out of stock.
Total Kos RM24.30
bahan-bahan :
Daun ECO (1 paket ada 4pcs)
6 paket X RM2.10
Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50-Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop – RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang
Pasu ECO RM2.10
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll)
Guna 1 Roll je
Step 1 : Bengkokkan batang daun dan ikatkan pada rotan. Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah.
Step 2 : Masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat. Potong rumput ikut permukaan pasu.
step 3 : Lilit tape supaya dawai terselindung dan nampak kemas. Kemudian cucukkan di dalam pasu yang telah diletakkan batu, span. Kemudian tutup dengan rumput yang siap dipotong tadi.