Orang tua-tua kita dulu boleh dikatakan setiap waktu ada sahaja nasihat dan pesanan, diulang-ulang percakapannya. Tidak pernah jemu menasihati anak-anaknya agar terdidik akhlak dan adab.

Bila Depan Rezeki Banyak Pesanan Mak-mak Kita. Bila Follow Banyak Hikmahnya!
Gambar hiasan

Hatta di meja makan sekali pun pasti ada pesanannya.

Berkongsi pengalaman ini, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan turut ada pandangannya. Jom baca untuk jadikan panduan dan Inspirasi mendidik anak-anak kita pula.

Ini perkongsiannya.

Bila berada di meja makan, di hadapan rezeki yang sudah terhidang, mak saya selalu pesan:

“Ambil sikit dulu, kalau tak cukup, boleh tambah.”

“Ingat sikit orang belakang(yang belum makan).”

IKLAN

“Cukup ni. Kalau makan rebut-rebut baru sedap.”

Bila Depan Rezeki Banyak Pesanan Mak-mak Kita. Bila Follow Banyak Hikmahnya!
Gambar hiasan

“Jangan beri orang sisa. Asingkan dulu siap-siap.”

“Dah, kalau tak habis, jangan paksa habiskan.”

Ia melatih kami adik-beradik untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada, sentiasa berkongsi walau sedikit mana pun milik kami, dan sentiasa memberi yang terbaik(bukan sisa) untuk orang lain.

IKLAN

Alhamdulillah, rezeki kami empat beradik sentiasa tak pernah putus. Walaupun jalannya berbeza, tapi kami semua berjaya mengecapi impian kami untuk jadi doktor, berkhidmat kepada ummah.

Begitulah hikmah sentiasa menghormati rezeki.

Memang tanggungjawab kita untuk cari rezeki, tetapi jangan pula sehingga tamak bila mengumpul duit.

Bukan tak boleh bina kekayaan, cuma tak usah sampai berbelanja terlalu mewah untuk habiskannya.

IKLAN

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, jadi asingkan siap-siap bahagian untuk zakat, cukai dan sebagainya.

Jika rezeki kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, boleh sumbang tenaga dan masa yang ada.

Jika kita memberi(perkhidmatan/sumbangan/dsb), berilah yang terbaik dan dengan sepenuh hati. Tak usahlah beri barangan yang telah terlalu lusuh dan dengan cara yang ala kadar.

Baik yang kita beri, baiklah yang kita terima.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI