Anak-anak ni, bab panjang akal memang nombor satu! Ada sahaja yang mereka akan buat hingga bikin orang sekeliling mereka geleng kepala.
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi! Baru-baru ini, gelagat anak kepada pelawak, DJ radio dan usahawan Shuib, Uwais Al-Qarni meraih perhatian orang ramai apabila keletahnya dalam sebuah video itu mencuit hati pada yang melihat.
Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh neneknya, Siti Fatimah Suberi di laman Tiktok miliknya itu terpampang gelagat spontan Uwais ketika duduk di atas kerusi urut.
Ads
Yang menggelikan hati orang ramai dalam video tersebut adalah gelagat Uwais yang membuat bunyi kambing sememangnya sebiji seperti bunyi haiwan itu!
Ads
“Tau dah nak raya haji ni. Nanti jiran-jiran ingat odey bela kambing pula dalam rumah,” tulis neneknya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.
Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?
Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang.
Antara khasiat beras rebus ialah :
1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah
Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.
Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.
2. Mempunyai kalori yang rendah
Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
3. Kaya dengan vitamin B
Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.
4. Mineral yang tinggi
Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang cukup juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.
Memang banyak kebaikan serta nutrien yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.
Setiap perkongsian mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah sering menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hubungan rapatnya bersama keluarga Syed Saddiq.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan keluarga Ahli Parlimen Muar itu, Bella Astillah dilihat menghadiahkan pemberian istimewa bersama sekeping kad ucapan kepada ibu dan kakak Syed Saddiq.
Namun, perkara yang paling menyentuh hati ramai adalah luahan bakal ibu mentuanya, Sharifah Mahani, mengenai kad tulisan tangan Bella tersebut.
“Pada mama, yang lebih berharga kad itu sebab Bella terangkan mengenai perasaan hati dia yang sebenar-benarnya.
“Dan itu yang mama simpan. Insya-Allah mama akan simpan kad itu sampai akhir hayat mama. Ia sangat bermakna,” katanya penuh sebak.
Luahan penuh kasih sayang itu turut membuatkan ramai warganet sebak melihat cara Bella diterima dan dihargai oleh keluarga bakal mentuanya.
Malah, ramai turut meluahkan rasa gembira melihat Bella kembali menikmati kebahagiaan, selain mendoakan hubungannya bersama Syed Saddiq berkekalan hingga ke jenjang pelamin.
“Cara mama sayang Bella tu ikhlas sangat,” tulis seorang netizen.
“Dulu dia dibuang tetapi kini betul-betul disayangi dan dihargai. You deserve it Bella,” kongsi seorang lagi pengguna Threads.
Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.
Pasangan yang dijoloki dengan singkatan #BASS itu dijangka mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Bercuti merupakan antara cara terbaik untuk menenangkan fikiran dan mencipta memori manis bersama keluarga. Apatah lagi jika berpeluang ke luar negara, tentunya momen tersebut cukup menarik dan mempunyai nilainya yang tersendiri.
Pun begitu bagi memastikan percutian keluarga berjalan lancar di negara orang, tentunya banyak perkara perlu dipersiapkan sebelum tarikh berangkat. Sama ada barang keperluan sendiri mahupun suami dan anak-anak, semuanya perlu dipersiapkan untuk memastikan cukup dan sekali gus memberi keselesaan sepanjang bercuti.
Menyentuh tentang mempersiapkan barangan kelengkapan untuk seorang dua anak mungkin kita merasakan sudah rumit untuk dibuat, pun begitu cuba bayangkan pula bagaimana caranya untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Berapa banyak dan berapa lama pula masa diperlukan mempersiapkan kelengkapan tersebut ye? Boleh pening kepala juga dibuatnya.
Namun dengan adanya cara yang sistematik, hal ini tidaklah begitu rumit untuk dilakukan. Ini sebagaimana perkongsian daripada puan Shaeriani A Hamat, ibu kepada tujuh orang puteri yang berusia dari 16 tahun hingga 2 tahun, berkongsi tip persiapan untuk anak-anak dan keluarganya bercuti ke Vietnam.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk keluarga yang lain juga.
Jadi jika nak tahu apa yang dipersiapkan, ini perkongsiannya:
Hari ni mama nak share tips persiapan yang mama buat untuk bawa anak7 travel jauh ( dalam negara atau oversea) (kali ni trip vietnam)
Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak 7 bercuti
1) Persiapan kena 2 hari sebelum bertolak ( beg baju WAJIB 1 sorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan ) nanti baru ada tanggunjawab bawa barang sendiri)
2) Anak 7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggl dekat sana (mama akan tentukan color dan jenis baju) biasa mama akan bagi yang ringan kurangkan berat nak pikul – list tu mama dah buat seminggu awal
3) Bag mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untuk cam beg masing-masing( senang untuk anak 7 cari keperluan masing-masing sebab bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing-masing ..ada yang uzur dan sebagainya)
4) Semua anak 7 mestilah ‘BERKASUT’ untuk keselamatan dan melancarkan perjalanan sepanjang travel ( banyak pegerakan semasa travel – walaupun puteri tapi ke sana ke mari juga)
5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport ( sebab passport papa akan pegang dan bila sampai giliran pengenalan identiti papa akan bg ikut numbering- tak perlu dah buka buka)
6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak 7 ramai dan masih kecik ( sampai awal tak apa sebab kita tidak tahu apa terjadi dekat tengah jalan )
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
7) Semua anak yang bawa hanset perlu memakai sling bag ( kan berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal) ( mama bagi 1 orang sahaja bawa sebab tak nak diaorg asyik main gadjet semasa dalam hotel..1 tu pun supaya mama nak berhubung sebab bilik berasingan)
8)Bawa makanan ringan seperti biskut, cococrouch dan honeystar dan lain-lain yang ringan untuk keperluan baby supaya tak lapar dalam perjalanan( baby tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sebab urusan airport memang lama dan kita tak tahu macam mana tempat orang kan)
9) Selalu pesan pada anak 7 supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari dengan program travel ( bagi diaorg tahu masa itu emas baru la boleh atur kehidupan sendiri)
10) Ni yang ‘LAST’ mama suka pakaikan anak 7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua sebab senang nak ‘CAM’ anak 7 jika jauh sikit dari kita..( sebab diaorg nama jer pompuan tapi sama jer macam anak lelaki..heheheh..) ( Kalau tak travel pon memang selalu sama..hahahah)
Inilah tips mama untk memudahkan perjalanan mama dan papa handle diaorg puteri 7 kami..
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.