Sebagai ibu sememangnya kita begitu mengambil berat bagi memastikan anak-anak ke sekolah di dalam keadaan kemas, bersih dan selesa. Pun begitu, ketika musim hujan seperti masa ini, bab mencuci kasut sekolah pada hujung minggu tentunya membuatkan ibu berada dalam serba salah.
Jika tidak dicuci, kasut anak yang putih kelihatan kelabu asap. Jika dicuci bimbang pula tidak kering sebab cuaca sekarang tidak menentu. Jika ditepek lagi dengan kapur, makin terasa tebal pula.
Jadi bagaimana dan apa cara anda untuk pastikan kasut anak anda putih bersih dan selesa dipakai pada minggu hadapan. Ikuti perkongsian bermanfaat ini!
“Nak share tips bersihkan kasut putih/sekolah (yang tidak perlu kapur) dan tanpa perlu basahkan kasut. Sesuai sangat untuk hari lembap dan hujan ketika ini.”-Farah
Menariknya juga menurut Puan Farah, melalui cara ini anda tidak perlu jemur, tidak perlu rendam kasut seharian degan clorox dan tidak perlu sental kuat-kuat sekali pun. Namun hasilnya cukup hebat, putih bersih!
Ads
Menarik bunyinya bukan? Jadi jangan susah hati kalau hari minggu ni cuaca mendung atau hujan. Kita cuba cara ini ya. Jom semak!
Bahan-bahan:
sebatang berus gigi lama
ubat gigi (x kisah jenama apa)
tisu basah atau kain lembap
Ubat gigi ini juga boleh diletakkan pada bahagian baju sekolah anak yang kotorannya agak degil. Caranya mudah, letak ubat gigi di bahagian yang kotor, sental sikit degan berus gigi dan barulah masukkan baju tersebut ke dalam mesin basuh dan cuci seperti biasa.
sumber : Farah Ieyra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang stress yang dirasai oleh seorang wanita bergelar isteri dan ibu pada masa kini, dapat dirasakan semakin menjadi lebih berat kerana ibu hari ini memainkan dua peranan dalam satu masa. Dialah juga membanti mencari rezeki keluarga dan menjaga anak-anak.
Andai tidak diurus emosi dengan baik, bimbang boleh mengganggu perasaan dan mendatangkan tekanan. Sekali gus dalam sedar atau tidak, akan turut terkesan pada seluruh keluarga terpaksa menjalani kehidupan yang tidak tenang.
Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian daripada Puan Nurul Iiyani berkenaan tip menjadi ibu yang tenang untuk kebaikan bersama.
Tip jadi mak tenang-tenang oleh Dr. Ng (Pakar psikiatrik)
Tidak semua perkara yang berlaku depan kita perlukan tindakan. Kadang-kadang kita tengok je, perhatikan saja. “Sometimes, you just need to observe”, kata dia.
Contoh:
Rumah sepah
Sinki penuh
Kain berlonggok
Kalau rasa tak mampu masa itu, jangan buat. Buat lewat sikit, bila dah tenang.
Anak bergaduh, pukul-pukul, tak perlu leraikan dan tegur. Observe saja selagi tak ada benda bahaya di tangan. Tegur, betulkan, disiplinkan masa kita dah okay.
Mak-mak stress sebab nak betulkan anak, nak didik anak, nak rumah kemas, nak semua tip top.
Keypoint:
Untuk SELURUH family rasa tenang, mak kena tenang dulu. Tak semestinya bertindak terus. Tak apa delay action.
Nota saya: Ini coping skill di rumah sendiri, bukan juga untuk yang ada pembantu rumah, bukan juga untuk suami jenis lipas kudung tolong handle rumah. Bukan. Bukan. Ini untuk mak-mak yang mudah stress. Sebab stress tanpa kawalan boleh melarat hingga sakit mental.
Bila terjadi tanah pusaka yang terbiar bertahun-tahun di kampung tentu ada yang terjadi berkemungkinan ada yang mengambil kesempatan menganggap tanah tersebut tiada pemiliknya.
Apatah lagi bila tanah tersebut terbiar semak, tentu ada sahaja yang cuba menceroboh masuk ke tanah tersebut dan buat seperti tanah miliknya sendiri. Mungkin ada yang jadikan sebagai tapak untuk bercucuk tanam, berladang, menternak haiwan dan sebagainya.
Menyedari hal ini, tentu sahaja bila kita sekali sekala balik ke kampung berasa marah melihat tanah pusaka diceroboh begitu sahaja. Jadi apa tindakan wajar yang perlu diambil?
Menjawab persoalan ini, ada baiknya kita memahami perkongsian daripada peguam hartanah, Syazwan Mohd Jafri ini.
ADA SQUATTERS PULAK KAT TANAH AKU NI SUKA HATI JEE BUAT HARTA SENDIRI CAMNE NAK HALAU NI…
(Ketahui jalan penyelesaiannya)
Bayangkan situasi ini. Tanah/rumah/hartanah pusaka atau kita sendiri punya di kampung, bila kita balik untuk jenguk, nampak ada penghuni tanpa izin, menetap secara haram. Paling teruk, dah buat macam harta sendiri bina rumah seluas boleh dan korek tanah sini sana.
Jadi apa tindakan yang kita boleh ambil sebagai pemilik hartanah tersebut? Sharing agak ringkas hari ini jadi mari kita mulakan.
PENCEROBOH ATAU “SQUATTERS”.
Squatters di bawah undang-undang boleh diertikan sebagai Individu yang menetap di tanah orang lain tanpa kebenaran dan secara haram. Mereka juga tiada bayar apa-apa pada pemilik hartanah.
APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PEMILIK HARTANAH?
Di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Pemilik hartanah boleh mendapatkan Perintah milikan hartanah kembali dengan memfailkan Saman Pemula ke mahkamah tinggi. Kiranya, dengan Perintah ni, squatters akan boleh kena evicted(dihalau) tanpa rasa takut lagi dah.
ATURAN 89 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012.
Kelebihan memfailkan Saman Pemula di bawah aturan ini adalah, pemilik hartanah tidak perlu mengenali atau mempunyai butiran pengenalan tentang squatters itu sendiri – tidak seperti saman sivil yang lain-lain.
Aturan 89 ini kiranya “memahami kesusahan” pemilik hartanah dan cukup sekadar menunjukkan dia adalah pemilik hartanah, dan tanah sememangnya diduduki oleh squatters. Di samping itu juga, Saman pemula ini boleh dikira cepat, ringkas dan menjimatkan masa.
Dalam Saman Pemula ini juga kita akan masukkan perintah untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dengan bantuan pihak berkuasa, serta melupuskan barangan Squatters tanpa sebarang implikasi semula kepada kita..
INFO TAMBAHAN
Saman Pemula ini tak terpakai untuk kes-kes yang mana penyewa tidak membayar sewa tapi masih menduduki rumah. Kes sebegitu adalah berbeza dan saya pernah share sebelum ini..
Akhir kata, tujuan sharing kali ni bukan untuk menjadi tidak berperikemanusiaan tapi sekadar berkongsi hak pemilik hartanah ini semua.
Jiran yang tak terkesan, kita yang ‘suffer’. Begitulah situasi bagi yang menduduki kediaman jenis strata iaitu apartment atau kondominum apabila berlaku kebocoran paip di tingkat atas.
Berjiran pula dengan jenis yang jenis tak peduli hal orang, memang susah untuk selesai masalah.
Lazimnya bila berlaku disebabkan begini ia akan mengakibatkan air meleleh keluar pada siling atau dinding rumah penghuni tingkat bawah. Jika ia dibiarkan tentu jadi berkulat dan mengeluarkan bau yang busuk!
Pastinya rasa tidak selesa untuk berada dalam ruang begitu terutama jika ia berlaku dalam bilik tidur anda. Biasanya penghuni di tingkat bawah yang akan menjadi mangsa.
Jadi, siapa yang harus bertanggungjawan dan apa tindakan yang harus dilakukan bagi mengelak ia berlarutan. Nak tahu tindakan yang betul mengikut perundangan, ikuti penjelasan, Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri.
ADUHAI TAK CUKUP DENGAN SILING BOCOR, DINDING PUN SAMA LEAKING! PENINGG (Ketahui Hak anda dalam situasi ini)
Jika anda menetap di rumah strata seperti condo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR. Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini. . HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757) Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.
HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107) Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI? Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya. Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.
INFO TAMBAHAN 1.Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau. 2.Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.
KESIMPULAN Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.
Tabung Haji menjadi kunci impian 10 beradik dari Perak menunaikan haji bersama keluarga selepas ibu bapa mereka konsisten menyimpan sejak kecil bermula RM10 sebulan.