Antara doa yang paling diangkat oleh Allah SWT adalah kata-kata daripada seorang wanita yang bergelar ibu. Setiap doa itu juga akan memberikan kesan kepada anak-anak sama ada baik atau buruk.
Dalam musim perayaan sekarang, pasti ramai akan dengar ayat seperti ‘anak saya ni nakal sikit’. Situasi begini selalu terjadi apabila tetamu yang datang bertandang bersama anak-anak kecil mereka.
Untuk pengetahuan para ibu, ayat yang digunakan tersebut kepada anak-anak akan mendatangkan kesan yang negatif kepada mereka tanpa sedar. Seperti yang dikongsikan oleh founder pakaian wanita, Umirah Taib, para ibu perlu menjaga kata-kata terutama terhadap anak.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan Umirah di laman Instagram miliknya, kata-kata seorang ibu adalah doa yang paling mustajab dan perlu berhati-hati terutama dalam menegur kesalahan anak.
“Kita kalau boleh mak-mak yang ada doa mustajab ke atas anak-anak ni janganlah kita biasakan sebut ‘oh anak aku ni nakal’, ‘anak aku ni degil’ atau ‘anak aku ni dia jahat sikit’,” katanya.
Tambahnya lagi, terdapat beberapa sebab yang perlu para ibu perlu sedar dan ambil secara serius.
“Sebab kata-kata ibu itu adalah doa yang sangat mustajab dan apa yang kita sebut selalunya bakal terjadi.
“Yang kedua adalah jangan sebut perkataan tak baik kepada anak-anak sebab mereka akan paling percaya kepada ibu bapa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Umirah atau lebih mesra dipanggil bonda Umirah itu juga memberi nasihat kepada para ibu bapa di luar sana agar sentiasa menjaga kata-kata yang dilemparkan kepada anak-anak.
Ads
“Jadi apa ibu bapa cakap tentang mereka itulah perkara yang benar bagi mereka. Jagalah kata-kata kita kepada mereka melalui orang lain, cakap yang baik-baik,” katanya lagi.
Sementara itu, Umirah sempat berkongsi cara yang sesuai untuk menjadikan teguran lebih positif.
“Cakap je tak payah buat tu, Fatimah ni budak baik kan?, Imah tak nak buat macam tu eh, okay good girl! give me 5.
Ads
“Haa tak perlu nak cakap ‘oh nakal degil’, tak perlu,” tambahnya lagi.
Sebelum ini Umirah yang merupakan isteri kepada salah seorang cikgu di MCPLUS yang pernah viral di suatu ketika dahulu juga sentiasa berkongsi pelbagai tips dan ilmu keibubapaan di media sosial.
Sumber: Instagram Bonda Umirah Taib
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman berkongsi berita sedih apabila salah seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Mega pulang ke negara asalnya setelah 5 tahun bersamannya.
Eina menerusi Instagram memaparkan coretan yang panjang mengenai orang gajinya.
Dia juga turut berkongsi gambar perpisahan itu.
Salam to all my follower. 26/6 finally mega pergi tinggal kan saya dan family untuk pulang ke Acheh bersama keluarga tersayang selepas 5 tahun berkerja dengan kami sekeluarga. Ya Allah rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah breakup dengan boyfrien. Bayangkan Dato pun boleh menangis bila tengok kamu pulang.
Rumah saya sekarang dah sunyi sebab takde siapa dah cakap kuat-kuat, gelak dan buli @aubreykarl.
Terlalu banyak kenangan saya dengan Mega. Dulu dia selalu jahit untuk kecil kan baju saya, teman saya memasak didapur, tukang buat rambut saya dan Aubrey, tukang pilih baju dan beg bila saya nak keluar, tukang ambik gambar n video untuk saya, dan peneman untuk buat tiktok, teman saya pergi shooting, dan siap boleh bertukang di rumah.
Mega ni semua benda dia nak buat. Bila Mega dah balik ni rasa macam lost kejap, sebab saya dah takde teman nak bergaduh dan marah. Saya rindu nak kena kan kamu makan benda-benda pedas, rindu marah kamu n last sekali kita dua akan menangis sebab dua2 hati tissue. Memang betul boleh amik bibik baru,
Tapi yang baru belum tentu boleh click dengan saya mega hmmm.
Mega saya bukan lah majikan yang sempurna adakala saya tegur n marah kamu. Maaf kan saya kalau saya buat kamu sedih atau kecil kan hati kamu.
Tapi saya nak kamu tau yang saya sayang kamu mega. Tugas saya dan Dato sebagai mak bapak kamu di Malaysia dah selesai. Saya harap kamu happy di kampung. Kita 0-0 ok. Jangan lupa video call saya selalu. Take care Mega.
Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mangsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mangsa si ulat kecil ni.
Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?
Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku.blogspot.my ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.
Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.
Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan-bahan:
Bawang Putih
Cili
Sabun Basuh Pinggan
Cara:
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.
2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.
3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.
4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.
5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.
6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.
Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!
Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni.
Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.
Sebuah rumahtangga yang bahagia tentu memerlukan pasangan yang sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain.
Begitu juga dengan isteri, yang perlu tahu tanggungjawabnya untuk memberi keharmonian buat suami tercinta.
Perkongsian Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah begitu bermanfaat untuk kebahagian sebuah keluarga.
11 CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA
❥ 1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahawa suami adalah pemimpin
❥ 2. Seorang Isteri yang menyedari bahawa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri..
❥ 3. Seorang Isteri yang selalu ta’at dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan(derhaka kepada ALLAH)..
❥ 4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah tanpa izin suami..
❥ 5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya)..
❥ 6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)..
❥ 7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah..
❥ 8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
❥ 9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami..
❥ 10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar sang suami merasa tenteram hatinya..
❥ 11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di