
Nak jumpa kawan tu ramai. Tapi nak jumpa sahabat tu, satu dalam sejuta. Sahabat sejati orang yang akan sentiasa bersama kita, tidak kira dalam suka dan duka, susah dan senang.
Itulah kisah antara dua pelajar yang tulus suci hatinya menunjukkan erti sebenar sebuah persahabatan. Menerusi perkongsian ibu kepada anak bernama Haziq, Arizaothman di laman Tiktok, tersentuh hati seorang ibu apabila anak istimewanya mempunyai rakan baik yang sanggup membantu anaknya setiap kali tamat sekolah.
Bukan sahaja setia di sisi sepanjang perjalanan pulang ke kereta, malah rakannya itu sanggup mengangkat begnya sehingga ke kenderaan.
Tidak cukup dengan itu, dia dilihat turut membukakan pintu buat anak syurga tersebut sebelum bantu meletakkan begnya. Tersentuh dengan perbuatan berkenaan, si ibu pun sempat bertanya mengapa dirinya sanggup menolong si anak setiap hari.
@arizaothmanterima kasih sahabat😍♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali
Ringkas dia menjawab, Haziq merupakan rakannya seakan-akan mengetahui peranan sebenar sebagai seorang sahabat. Tiada lagi yang mampu digambarkan si ibu melainkan hanya berasa sebak mendengarkan jawapannya.
@arizaothman😍♬ bunyi asal – ariza6074.
Meneliti di ruangan komen, orang ramai turut memuji kebaikan yang dilakukan oleh kawan Haziq tersebut. Malah, mereka juga mendoakan mereka bersahabat sampai bila-bila.
Sumber : @arizaothman
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Anak Degil & Tak Mahu Dengar Cakap, 5 Cara Yang Dikongsikan Wanita Ini Sangat Membantu!

Bagi ibu dan ayah, masalah anak-anak adalah menjadi perkara paling utama dalam hidup sehari-hari. Jika dilanda masalah, walau dalam apa cara sekalipun, ibu ayah akan cuba mencari punca dan menyelesaikan masalah anak-anak dengan sebaiknya. Itulah hebatnya peranan kedua-dua figura ini.
Berdepan dengan masalah anak-anak tidak dinafikan masalah anak degil dan tidak mahu dengar cakap merupakan masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan seharian kita.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar.
Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan)
Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor
Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak
Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak
Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata
Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik
Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja
Mama PENAT masak
Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Kredit: Aya Chalo
Beg Tak Berat & Kebersihan Terjaga Sepanjang Bercuti, Lelaki Ni Kongsikan 4 Benda Ni Perlu Beli. Murah Je!

Boleh dikatakan sekarang ini ramai antara kita tengah merancang untuk pergi bercuti di dalam negara bersama keluarga tercinta. Jadi perlulah buat persiapan awal, maklumlah sudah lama kita tidak berpeluang melancong bersama keluarga. Bimbang juga ada barang dan keperluan yang tertinggal.
Lazimnya walau hendak pergi bercuti 2 hari 1 malam sekali pun, kalau boleh apa yang ada dalam rumah, semuanya hendak dibawa sekali dalam beg. Maklumlah kita rasa semuanya penting dan digunakan semasa bercuti nanti.
Namun mana mungkin, tidak akan muat beg yang ada. Jadi sebaiknya kita hadkan kelengkapan yang dibawa untuk memudahkan pergerakan kita anak beranak semasa bercuti.
Oleh itu, ada 4 barang ini yang dicadangkan oleh Ben Amir Izzat di media sosial yang dikatakan dapat menjadikan beg yang dibawa tidak berat dan kebersihan pun terjaga. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
4 benda MUST BUY untuk memudahkan ampa ketika travel.
1) Toilet cover Pad
Abam ni jenis mengutamakan kebersihan, suka jenis toilet yang duduk berbanding yang cangkung tu. Tapi bila time travel, masuk ja toilet depa, nampak bekas kasut kat cover toilet tu, harei sungguh.. geli oi.. basuh jirus dengan ayaq pastu lap dengan tisu pun masih risau dengan tahap kebersihan cover toilet tu.
Kadang-kadang, dok pikiaq jugak sapa la yang duduk atas jamban ni, buat pungkok dia ada kurap, kudis, kayap, panau mampoihhh cheq.. boleh berjangkit tu.
Solusinya, abam beli toilet cover pad ni, 1 bungkus ada 10pcs, harga rm1 ja beli shoppe.. so beli la banyak-banyak buat bekalan haha. (Klik DI SINI untuk beli online)
2) Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1
Ni baguih untuk orang yang tak suka bawak banyak-banyak liquid bottle masuk dalam bag.. ada 4 botol refil dia bagi.. ampa boleh isi dalam tu dan masukkan dalam portable pressing bottle dia, pulas ja mana yang nak guna dan tekan, teruih keluaq liquid tu..
senang bukan..Bukan tu je, bottle portable ni lepas kalau hand carry, so tak perlu check in lungage sebab botol refil dia bawah 100ml..
Suggestion liquid :
– lotion
– perfumes
– toner
– makeup remover
– day cream or night cream
– sunblock
– dan macam-macam la selagi ianya liquid boleh jaa
Kat shoppe harga dalam rm10-15 cam tu (Klik DI SINI untuk beli online)
3) Travel Storage resealable vacuum bag
Okey yang ni memang best.. boleh jimat ruang lunggage ampa, boleh boh banyak-banyak baju tak dak masalah. Baju yang tebal-tebal macam jacket winter tu, towel, dan baju-baju yang lain boleh jadi senipis bawang tau.
Kat shoppe ja beli..Harga pun tak mahal, vacuum dia saja baru rm2-rm4, storage bag dia ikut size, harga dari rm2 hingga rm5 (Klik SINI untuk membeli secara online)
4) Hanger portable
Yang ni abam penah post sebelum ini, tak apa abam up lagi sekali..
Benda ni tak kurang pentingnya sebab bila dekat hotel kita menginap tu, hanger yang sedia ada tak banyak pun lebih kurang 3-4 pcs ja.
Nak hanger baju, jaket, boxer apa semua tak cukup.. tambah-tambah ada bini pulak, memang depa konker habis berhuhu la kita ni.
Jadi solusinya abam beli hanger portable ni, boleh lipat jadi kecik boleh masuk dalam bag ja, jimat space, takkan nak bawak hanger yang kat rumah pulak, besaq tu makan ruang bag kita.
Beli kat shoppe rm1 ja, beli la banyak-banyak, boleh jugak pakai kat rumah, time baju tak sidai tu boleh lipat simpan tak la menyemak tengok.
Okay itu sahaja 4 benda yang abam nak kongsikan.. banyak lagi benda yang boleh katakan smart travel, tapi rasanya banyak dah orang tau.
Semoga bermanfaat dan semoga seller shoppe tak naikkan harga.
Sumber : Ben Amir Izzat
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Banyak Perkara Boleh ‘Settle’ Bila Ada 2 Rumah. Perunding Kewangan Ni Listkan, Rugi Tak Buat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
‘Kasih Seorang Suami.” Hidap Anxiety & Depresi, Wanita Ni Kongsi Pengorbanan & Cara Suami Tunjuk Kasih Sayang. Sebak!

Kemurungan atau depresi ini nampaknya kian menular di kalangan masyarakat kita. Lebih kronik lagi, golongan muda yang ramai terbabit dalam masalah yang membabitkan gangguan mental seseorang.
Bukan hanya orang bujang, bahkan ramai dikalangan wanita yang sudah berkahwin mengalami masalah depresi. Dalam facebook baru-baru ini, puan Zuraila Mohd Noor berkongsi pengalaman dan perjalanan hidupnya, bagaimana dia mengalami masalah depresi dan anxiety. Atas usaha dan sikap sabar serta pengorbanan suaminya membantunya mengatasi masalah tersebut.
Kasih Seorang Suami.
.
Saya solat istikharah selama lebih kurang sebulan sebelum saya buat keputusan untuk terima suami. Memandangkan sebelum tu saya tiada perasaan suka pada dia. Kami kenal dalam satu kelab masa di universiti. Selepas bertunang selama setahun kami memilih tarikh 29 Ogos 2014 untuk halalkan hubungan kami. Saya 3 hari sebelum majlis tiada selera nak makan dan tak boleh tidur.
.
Hari akad nikah saya kena serangan panik. Badan saya kebas, badan shaking, pening, berdebar, sakit dada, nak muntah, otak duk berfikir macam-macam, berpeluh dan sejuk. Otak orang anxiety tak sama dengan otak orang normal. Saya lansung tak dengar lafaz akad dan lafaz taklik semua tu. Saya lansung tak kisah orang yang ada. Saya dalam dunia saya sendiri. Yang saya tahu saya diminta kedepan kadi untuk tandatangan borang tapi saya tak boleh bangun. Saya di papah kawan saya. Nak pegang pen dan turunkan tandatangan ambik masa. Selepas settle saya blur. Tak tahu nak buat apa sampaikan mak mertua saya panggil supaya salam dengan semua saudara yang datang.
.
Selepas selesai majlis bertandang di Terengganu saya ikut suami ke Pahang. Bermula lah struggle nya seorang suami melayan isteri yang ketika itu sudah pun berperang dengan Depression tanpa sedar. Bayangkan 3 hari nikah saya sudah mengamuk sebab benda kecil je. Rasa menyesal kahwin. Since kami baru nak kenal so banyak benda yang berbeza. Saya penuh dengan peraturan. Since, saya juga ada simptom Obsessives Compulsive Disorder (OCD), jadi saya agak pengemas dan teliti orangnya. Orang lelaki biasalah sempoi. Kalau dia tak ikut apa yang saya tetapkan saya akan marah, merajuk atau mengamuk. Contohnya baju tak di masukkan dalam bakul yang betul.
.
Kalau saya mengamuk dan merajuk bukan sehari dua kadang sampai berminggu. Apa yang buat saya mengamuk sebenarnya kadang sebab yang kecil sahaja seperti suami tersilap cakap. Memang pantang suami buat silap sebab saya jadi oversensitif. Saya selalu rasa insecure dengan suami sendiri dari segala hal. Dalam fikiran benda negatif je ada. Sebab tu saya tak boleh nak kawal diri.
Saya sayu bila doktor tanya samada saya pernah pukul suami saya. Banyak kali sangat. Saya tampar dia, saya tendang dia, saya sepak, saya gigit, saya tumbuk, saya tepis tangan dia dan baling dengan barang. Tapi dia jentik saya pun tak pernah.
.
Bila saya mengamuk saya kurungkan diri dalam bilik. Saya keluar cuma untuk ke bilik air. Saya buat dia macam tak wujud. Saya tak hiraukan ketukan dan ucapan maaf dia. Saya pernah baling kerusi sampai pecah. Saya baling jug yang penuh berisi dengan air. Saya nak lari keluar dari rumah dia tarik saya sambil menangis sebab dia tak nak Allah laknat isteri keluar tanpa izin suami. Sampai lah satu masa dia tak mampu nak larang dah. Saya pernah malam buta nak bawak Adam balik kampung tapi berejam dia pujuk saya. Dia duduk di pintu kereta sampai saya tak boleh nak tutup pintu kereta. Saya tak makan berhari-hari. Saya pernah juga keluar malam bawa kereta sendiri keluar dari ladang tanpa izin dia. Saya koyakkan baju. Saya sepahkan rumah. Saya baling apa sahaja yang ada. Saya sepahkan almari. Saya pernah keluar dari kereta berjalan kaki di bandar Kuantan sambil dikejar oleh suami. Saya lari bila dia datang ajak solat jemaah. Tenking dan tinggi suara tak payah cakap lah. Saya biarkan anak menangis. Saya tak susukan anak. Saya tak uruskan anak dan rumah.
Nak cerita semua tak mampu saya nak ingat semua. Memori saya terbatas. Tapi yang saya pasti dari awal kahwin sehinggalah akhir tahun lepas baru saya berhenti mengamuk. Sebab dia dah tahu nak handle saya.Tempoh 4 tahun bayangkan sebulan pasti dua atau tiga kali saya mengamuk dan buat hal. Kadang datang perasaan benci yang teramat pada suami dan anak. Suara-suara jahat. Benda sama berulang. Kejap okay kejap tak okay. Air mata dia dah banyak tumpah kerana saya. Selepas dari akhir tahun lepas selepas saya stop mengamuk saya banyak lepaskan pada Adam. Marah, pukul bila ia menyerang dan sehingga saya buat perkara yang tak sepatutnya. Antaranya, cubaan lemaskan dia masa mandi dan tutup muka dia dengan bantal.
.
Dari dulu saya slalu terfikir kenapa dengan saya. Saya rasa bukan diri saya. Saya rasa macam ada sesuatu yang saya tak mampu kawal tapi saya tak tahu apa. Saya rasa penat. Saya rasa sakit. Saya keliru dengan diri sendiri. Saya rasa diri saya dikuasai sesuatu. Setiap kali lepas mengamuk mesti saya akan terduduk dan tanya kenapa dengan saya ni. Kenapa saya rasa ni bukan diri saya. Kenapa saya sedih. Kenapa saya rasa bersalah. Kenapa saya rasa tak bahagia. Kenapa saya rasa benci dengan diri sendiri yang macam ni. Saya tak tahu apa yang saya nak. Saya tak tahu apa yang saya rasa. Setiap hari saya doa moga harini saya mampu jadi penyabar. Tapi ke banyakkan nya gagal.
.
Dulu tak pernah tahu pun pasal Depression. Tahun berganti saya mula terbaca dan cari ilmu tentang Depression hinggakan saya self diagnose saya ada Depression. Saya mula bercerita pada suami. Luahkan pada dia. Sehingga kemudian nya suami bawa saya ke hospital, di diagnosis oleh doktor ada Persistent Depressive Disorder (PDD) dan Anxiety Disorder dan sekarang beberapa simptom Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Dan menerima rawatan sehingga sekarang.
.
Suami saya banyak berkorban. Dia tak pernah marah. Dia sentiasa mengalah. Dia selalu minta maaf tanpa sebab. Dia selalu berterima kasih. Dia buang ego dia. Dia sentiasa utamakan saya. Apa yang saya minta semuanya dia tunaikan. Dia sayangi saya. Dia hormati saya. Dia mengutamakan pendapat saya dalam segala hal. Dia utamakan keperluan saya dan Adam dalam segala hal. Dia jarang membantah apa saya cakap. Sentiasa berlembut dan bertolak ansur. Dia bantu buat kerja rumah. Dia bantu uruskan anak. Dia jaga saya macam nyawanya sendiri. Dia selalu bawa kami sekeluarga bercuti. Dia tak pernah lupa tarikh penting. Dia tak pernah lupa celebrate birthday saya dan Adam. Dia tak pernah lupa celebrate anniversary kami. Dalam hidup dia saya dan Adam keutamaan dia. Dia jaga saya. Berbulan saya cuma terbaring dia yang uruskan semuanya. Dia bincang dengan doktor tanya peranan dan tugas dia. Dia cari ilmu tentang penyakit saya. Walaupun seburuk mana pn sikap saya sebelum ni dia terima. Dan sayang saya. Sekarang, selepas dia tahu saya sakit. Dia redha saya dunia akhirat semuanya. Dia cakap dia tak pernah simpan apa dalam hati. Dia dah lupakan segalanya. Saya tiada salah dengan dia. Ni ujian bersama katanya. Bukan ujian saya seorang. Dan ujian ni buat kasih sayang kami bertambah kuat dan erat. Dan dia cakap dia takkan tinggalkan saya sendiri. Saya kena kuat dan lawan untuk suami dan Adam.
.
Sebelum ni saya tak sedar semua tu. Saya tahu dia baik tapi tenggelam hingga saya nampak yang buruk dan menyakitkan hati. Walaupun yang buruk itu cuma kesilapan sekecil semut. Hinggalah sekarang setelah dua bulan on medication otak dan pemikiran saya rasa saya sedikit stabil. Otak dah rewindkan semua benda. Saya dah boleh nilai dengan baik. Dan ya. Saya rasa saya isteri yang derhaka. Tapi tanpa sengaja. Dada saya sakit bila kenang semuanya. Saya pernah cakap pada kakak saya sehari dua ni saya sakit dada bila teringat balik apa yang saya dah buat. Rasa berdosa. Semua doktor yang pernah merawat saya akan cakap saya beruntung dapat suami yang supportive, concern dan caring. Saya menangis minta ampun pada dia apa yang saya pernah buat. Saya bersyukur dia bersabar dan bertahan dengan kegilaan saya sampai sekarang. Kalau saya ditempat dia saya tak rasa saya mampu bertahan. Masa doktor tanya mana saya dapat kekuatan datang dapatkan rawatan, saya cakap sebab anak dan suami saya. Yang dah banyak berkorban dan menjadi mangsa. Saya tak nak Depression terus menghantui dan mengkucar-kacirkan keluarga kecil saya. Bahayanya Depression kalau dah sampai tahap tak boleh kawal.
Bukan saya seorang, tapi ramai yang akan jadi saksi kebaikannya di Masyar nanti. Semoga hubungan kami kekal ke akhir hayat dan bertemu di jannahnya kembali. Amin.
Kesimpulan nya,
.
1. Depression ni pembunuh senyap. Menyerang tanpa tanda. Boleh mengkucar-kacirkan hidup. Dia boleh menyerang sesiapa sahaja. Atas sebab apa sahaja. Sesiapa yang ada simptom yang ditahap dah tak mampu nak kawal. Sila dapatkan rawatan. Macam mana tahap tak boleh nak kawal? Jawapan nya bila kau rasa mati lebih baik dari hidup. Rasa nak mati. Dan dah ada idea macam mana nak mati.
.
2. Buat para suami. Layan lah isteri dengan baik. Perkahwinan adalah perkongsian. Bantu buat kerja rumah. Dengarlah luahan hati isteri. Cakna dan jangan ambil mudah bila isteri mengadu sesuatu. Ramai yang pm saya cerita suami tak percaya bila isteri bercerita.suami cakap hanya mainan perasaan. Suami minta isteri mengaji dan solat. Untuk kes macam ni. Isteri boleh dedahkan ilmu Depression kepada suami. Depression ni terjadi sebab kegagalan bahan kimia dalam otak yang tak berfungsi dengan baik. atau cari orang lain yang dipercayai untuk bantuan.
.
3. Buat para isteri yang ada simptom Depression dan takut untuk mendapatkan rawatan. Carilah sesiapa yang mampu berikan anda sokongan. Abaikan kata negatif. Isteri adalah tunjang keluarga. Kalau isteri hancur maka seisi keluarga hancur ibaratnya. Isteri suka keluarga bahagia. Bila isteri derita yang jadi mangsa adalah keluarganya terutama anak. Rumah tangga tak harmoni.
.
4. Buat para suami yang ada isteri yang di diagnosis ada Depression, berilah sokongan dan semangat. Sentiasa buat dia rasa disayangi. Sentiasa ada di sisinya. Sentiasa berikan kata positif. Berikan bantuan. Uruskan keperluan. Berikan dia rehat secukupnya. Ucapkan kata sayang. Bukan tinggalkan dan cari perempuan lain.
.
5. Buat yang ada ahli keluarga yang di diagnosis ada Depression, tugas anda juga adalah memberikan sokongan dan semangat. Ambil berat supaya dia rasa disayangi. Jangan abaikan dan jangan judge yang negatif. Jaga percakapan. Jaga hubungan dengan pesakit. Sakit ini perlu support system yang baik. Cukuplah sentiasa memberikan kata positif setiap hari untuk menceriakan harinya.
.
6. Kalau anda seorang yang di diagnosis ada Depression dan telah mendapatkan rawatan bermakna anda telah menyelamatkan masa depan anak anda. Anak yang dibesarkan dengan kekerasan bila besar nanti juga dengan kekerasan. Anak yang melalui banyak proses kesedihan akan membesar menjadi seorang yang murung. Dia juga nanti menggunakan kekerasan kepada anaknya. Dan akhirnya dia menjadi penyakit bergenerasi.
.
7. Wahai lelaki, perkahwinan adalah perkongsian. Sama susah. Sama senang. Sama membantu. Rumah tangga penuh dengan tanggungjawab. Didiklah anak dan isteri mengikut acuan islam. Jaga hubungan dengan Allah. InsyaAllah Allah jaga keluarga kita. Allah bantu setiap kali kesusahan. Setiap kali kita buntu. Bergantung hanya Allah yang satu. Kalau tak jaga hubungan dengan Allah percayalah keluarga akan bermasalah.
.
8. Wahai suami yang ingin berpoligami. Berpoligamilah bila anda mampu dan bersedia untuk adil. Tidak menyakiti mana pihak. Saya bukan anti poligami tapi saya dilahirkan dalam sebuah keluarga poligami. Saya seorang anak yang dah rasa macam mana perasaan berkongsi kasih sayang seorang ayah. Setiap hari menanti ketibaan ayah yang tak kunjung tiba. Kasih sayang adalah elemen penting pembentukan emosi anak. Saya walaupun bila saya kurang waras saya pukul Adam, tapi bila saya waras saya curahkan kasih sayang sepenuhnya pada dia. Adam manja dengan saya. Apatah lagi bila berkongsi kasih seorang suami. Poligamilah dengan baik. Jangan mencemarkan sunnah.
.
9. Untuk yang rasa anda tiada sesiapa, berjuanglah untuk diri sendiri. Sebelum saya kahwin saya berjuang seorang diri. Saya cari Allah. Saya cari ilmu untuk isi hati saya. Saya cari kekuatan. Saya cari kehidupan. Saya baiki diri saya. Saya baiki ibadah saya. Allah ciptakan kita di dunia bukan saja-saja. Mesti ada sebab. Walaupun susah mana hidup kita. Allah sentiasa ada.
.
10. Buat yang sedang menjalani rawatan, anda boleh cuba pelbagai rawatan. Berusaha lah banyak mana rawatan asalkan bukan cara yang bercanggah dengan islam. Perubatan islam dan tradisional. Tapi jangan tinggal rawatan di hospital. Banyak kes saya jumpa tinggal rawatan hospital sakit berulang dan makin teruk. Jangan stop rawatan hospital tanpa nasihat dari doktor.
.
11. Wahai lelaki yang masih bujang. Persiapkan diri dengan ilmu sebelum berkahwin. Anda bakal ada anak. Anda pencorak anak anda. Kalau baik didikan nya maka baiklah generasi seterusnya. Kalau buruk didikan nya maka buruklah generasi seterusnya. Isteri adalah cerminan suami.
Kenapa saya cakap macam ni?
Sebab atas pembacaan saya yang banyak kena depression ni ramai yang datang dari keluarga yang huru hara. Mak ayah kaki pukul. Kena dera. Adik beradik buat hal masing-masing. Bermasalah. Mental abuse. Keseorangan. Tak cukup kasih sayang. Rasa tak dihargai. Pilih kasih. Tekanan dari keluarga. Tiada didikan agama yang cukup. Penceraian. Pergaduhan. Poligami. Mangsa seks sumbang mahram dan banyak lagi masalah kekeluargaan.
.
12. Wahai gadis, berhati-hati lah memilih suami. Perempuan malang adalah perempuan yang tersalah memilih suami. Pilihlah suami mengikut acuan islam. Tak semestinya ustaz. Cukuplah dia menjaga solat lima waktunya, puasa, baik akhlak nya dan hormat orang tuanya.
.
13. Para suami. Kamu nikahi isteri dengan baik. Kalau ditakdirkan kamu tak mampu nak jaga dan tawar hati pulangkan juga dengan cara yang baik kepada ibu ayahnya. Jangan didera fizikalnya dan jangan diseksa batinnya.
.
14. Jangan bergaduh depan anak. Mak ayah yang selalu bergaduh depan anak hidupnya akan trauma. Keganasan yang sentiasa dilihat akan melekat ke dalam fikiran dia. Saya bercakap atas pengalaman sendiri. Walaupun sekarang umur saya 30. Tapi sampai sekarang saya boleh ingat benda yang berlaku berpuluh tahun yang lalu. Ada yang boleh saya ingat secara terperinci. Ianya terlalu melekat dalam fikiran dan susah nak buang. Bukan tak nak buang tapi setiap masa ibarat flash back yang sentiasa ditayang.
.
15. Komunikasi. Dalam perkahwinan. Kena banyakkan komunikasi. Ada masalah kena bincang. Slowtalk. Dari hati ke hati. Saya dulu banyak simpan dalam hati tu yang jadi barah. Suka duka hidup saya, saya simpan sendiri. Saya berkahwin kononnya nak buka kehidupan baru tapi tanpa sedar saya tengah menderita hasil masa silam saya dan sehingga saya membunuh masa depan saya. Sampaikan suami dan anak jadi mangsa. Jadi, luahkan. Apa yang menyakitkan jangan simpan. Apa yang tak puas hati cakap baik-baik. Jaga komunikasi insyaAllah harmoni.
.
16. Akhir sekali saya petik kata-kata dari seorang doktor yang merawat saya. Anak adalah amanah. Apa yang kita buat dekat akhirat nanti kita akan dipersoal. Tugas mak ayah membesarkan anak dengan didikan agama, memberikan kasih sayang, pelindungan, makanan dan pendidikan terbaik tanpa mengharapkan balasan. Anak adalah pinjaman dari Allah untuk kita jaga sementara menunggu masa untuk dipulangkan kembali kepadanya.
.
Hidup ini pengalaman. Ambil lah pedoman dari setiap pengalaman sendiri dan juga orang lain. Untuk baiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Yang penting, kita ada Allah. Nak buat apa pun buat apa yang Allah suka. InsyaAllah. Moga Allah redha kita dunia dan akhirat. Saya kadang rasa menyesal kenapa dari dulu saya tak sedar tentang penyakit ni. Kalau dari dulu saya dapatkan rawatan mesti sekarang saya dah bahagia tanpa batas dengan suami dan anak. Mesti suami dan anak tak perlu jadi mangsa. Mesti keluarga saya lebih bahagia dan saya tak sesakit dan seteruk sekarang. Tapi, aturan Allah itu cantik. Saya percaya ada hikmahnya. Sebab tu saya nekad nak sebarkan kesedaran tentang Depression. Semoga dapat membantu dan dapat memberi sedikit ilmu buat orang lain. Doakan saya dan seluruh Depression survivor kuat berjuang dan sembuh. Amin.
Terima kasih my everything Azizan Ahmad Mustaffa .
.
Syabas buat yang baca sampai habis .
.
#ZuraDepressionJourney
#ZuraAnxietyJourney
#DepressionandAnxietySurvivor
#MentalIllnessAwareness