Ibu bapa mana yang tak suka bila anak-anak boleh membaca lebih awal dari usia kan. Pelbagai cara dicuba kepada anak-anak bagi tujuan tersebut.

Kebiasaannya, buku-buku dan alat menulis seperti pensel akan dibeli dan diberikan kepada mereka.

Namun, guru ini berkongsi cara yang cukup mudah dan mempraktikkannya kepada anak muridnya sendiri.

Menurut Cikgu Norishah Jaafar Full yang merupakan Guru Pemulihan Linus NKRA bersama rakan-rakan lain menggunakan kaedah “telefon bacaan” menggunakan PVC Pipe dan juga PVC Elbow bagi membolehkan anak-anak belajar mengeja dan membaca dari awal usia lagi.


Assalamualaikum..

Ini bukan idea asal saya. Saya sendiri dapat idea ni dari rakan-trakan guru pemulihan lain beberapa tahun lepas dan saya sendiri telah mempraktikkannya kepada murid dan anak saya sendiri sudah lama. Terima kasih kepada yang mencipta idea ni. Post ni sekadar untuk berkongsi ilmu.

Sedikit perkongsian untuk ibu bapa yang nak melatih anak-anak mengeja, membatang perkataan dan membaca seawal usia 5-6 tahun. Boleh pakai pvc pipe ni yang kami guru pemulihan panggil telefon bacaan. Modal murah jer.

IKLAN

Pergi kedai hardware minta dia potong ikut size anak dan beli pvc elbow tu 2 pcs. Bila ia diletakkan di telinga, anak membaca ia akan pantulkan bunyi ke telinga seperti telefon. Jadi apa yang dibaca oleh anak-anak akan lebih jelas didengar.

X perlu lagi nak menjerit pada mereka. Cukup sekadar kita bimbing mereka eja dan baca, mereka ulang guna telefon ni.Apabila mereka dengar dengan jelas suara mereka sendiri di telinga maka konsep bacaan bacaan akan jadi lebih mudah.

Kaedah ni sangat bagus utk anak yang sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. Tak percaya???. Cubalah dulu. Anak2 memang akan suka main dengan “telefon” ni. Kami guru pemulihan ramai yang guna ni sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.

‘Telefon Bacaan’ Dari PVC Pipe Jadi Alat Bantu Ajar Mengeja & Membaca. Umur 5 Tahun Dah Boleh Cuba. Guru Ni Kongsi Cara!
Nur Aqilah murid linus tahun 3 dari sk felda lurah bilut suka membaca menggunakan telefon ajaib ni

Pic ni saya ambil dengan salah seorang murid SK Felda Lurah Bilut semasa saya hadir di sana bersama guru pemulihan linus nkra yang lain sebagai guru bantu di program gerak gempur sekolah ini.

IKLAN

 

‘Telefon Bacaan’ Dari PVC Pipe Jadi Alat Bantu Ajar Mengeja & Membaca. Umur 5 Tahun Dah Boleh Cuba. Guru Ni Kongsi Cara!
Pvc pipe ni potong ikut saiz telinga ke mulut anak.
‘Telefon Bacaan’ Dari PVC Pipe Jadi Alat Bantu Ajar Mengeja & Membaca. Umur 5 Tahun Dah Boleh Cuba. Guru Ni Kongsi Cara!
Pvc elbow Atas: saiz 20mm Bawah: saiz 15mm

 

‘Telefon Bacaan’ Dari PVC Pipe Jadi Alat Bantu Ajar Mengeja & Membaca. Umur 5 Tahun Dah Boleh Cuba. Guru Ni Kongsi Cara!
Siap potong pvc pipe cantum ja elbow tu di hujung.
‘Telefon Bacaan’ Dari PVC Pipe Jadi Alat Bantu Ajar Mengeja & Membaca. Umur 5 Tahun Dah Boleh Cuba. Guru Ni Kongsi Cara!
Telefon pjg14 cm dan 10cm. Saiz pvc pipe dan elbow=.20mm

Boleh guna kreativiti masing2 utk cat/hias bagi cantik. Kami ni tak sempat lagi nak menghias sebab murid ramai. Hehehe.

Boleh gunakan pvc pipe+ elbow size 20mm. Lebih besar sikit. Panjangnya mesti ikut saiz anak dan mesti dekat dgn mulut mcm gagang telefon tu. Sy biasa buat pjg 10cm-12cm.

IKLAN

Kalau rasa susah nak  beli meh pm saya.. Saya tolong belikan di kedai hardware tepi rumah saya jer. Tahan lama. Berbaloi-baloi.kos satu ni rm4 sahaja.

Kemahiran pemulihan perkataan KV +KVK . Jadi nama jamal dan gitar digunakan kerana ia adalah perkataan kv+kvk.

Posted by Norishah Jaafar Full on Thursday, 8 March 2018

*sekiranya gusar / risau dgn risiko pvc kpd anak-anak tuan/puan boleh cuba menggunakan material lain yang lebih selamat. Untuk info ia hanya digunakan pada masa yang perlu sahaja bukan sepanjang masa dan setiap hari bagi anak mengeja dan membaca guna telefon ni.

Anak hanya bercakap dan mendengar balik menggunakannya pada masa yang singkat pada satu2 waktu. Bila anak dah mahir tak perlu dah pakai ni.

‘Telefon Bacaan’ Dari PVC Pipe Jadi Alat Bantu Ajar Mengeja & Membaca. Umur 5 Tahun Dah Boleh Cuba. Guru Ni Kongsi Cara!
Norishah Jaafar Full Follow · 9 March · Edited · Utk ank sy qushairy pun sy buatkan satu. Tp saiz utk qushairy sy buat pjgnya 10cm ja. X nak lepas telefon dia ni

Jika sukar nk  beli dan nak mencari saya boleh tolong dapatkan. Hanya Rm4/set. Kos saya beli di kedai hardware. Kalau ada yang nak boleh wasap saya . Saya boleh tolong beli, tuan/puan hanya bayar duit barang dan postage sahaja. Saya tolong kerana Allah. Saya  tak menjual item ini. Hanya bantu permudahkan sahaja kerana saya seronok bila orang lain pun seronok.

Sumber: FB Norishah Jaafar Full

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI