Setiap kejayaan takkan datang bergolek andai tidak disusuli dengan usaha gigih tapa kenal erti putus asa. Jatuh bangun dan kegagalan ibarat satu pembelaiaran sebelum kejayaan dapat dikecapi.

Tidak hairanlah kita selalu mendengar kisah orang yang berjaya berdepan liku hidup penuh kegetiran sebelum mencipta kemanisan dalam hidup.

Penubuhan Kaygiftskl yang bermula 2011 secara kecil-kecilan dari rumah sebenarnya cukup menginsiprasikan. Kisah  pasangan suami isteri ini yang saling melengkapi antara satu sama lain menguruskan perniagaan.

Begitulah Nor Hidayah Bt Ahmad Buridah, 38 yang merupakan Pengarah Urusan  bertuah mempunyai suami, Mohd Shakir Esuan 42 punya aura positif dalam perniagaan.

“Pada awalnya idea ini dicetus oleh suami yang sangat berminat dalam perniagaan. Saya pada asalnya agak berat hati kerana tiada asas dalam bidang perniagaan.

“Saya bersyukur, suami banyak membantu sepanjang perniagaan ini. Alhamdulillah, kami saling  menguruskan perniagaan ini bersama sehingga kini,” ujar anak kelahiran Perak ini.

Bukan daripada latar belakang daripada keluarga yang menjalankan perniagaan, usahawan ini tidak menjadi halangan kepadanya untuk berjaya.

Kaygiftskl, Buktikan Doorgift Pilihan Selebriti

Namun dengan setiap kejayaan dalam perniagaan pastinya ada orang disekeliling yang memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.

“Ibu, ayah, suami dan ahli keluarga sentiasa memberikan sokongan. Namun ibu pada awalnya kurang bersetuju kerana kami bukan latar belakang keluarga bisnes.

“Namun setelah perniagaan Ini dilihat mempunyai potensi yang baik, ibu saya akhirnya bersetuju dan memberi sokongan penuh sehingga ke hari ini.”

CABARAN

IKLAN

Kaygiftskl, Buktikan Doorgift Pilihan Selebriti

Akui Nor Hidayah, perjalannya hidupnya bukanlah semudah yang disangkakan. Rasa lelah dan putus asa yang menggunung semuanya diharungi dengan tabah.

Sepanjang saya bermula pada 2011, waktu paling mencabar adalah ketika lockdown 2020. Dalam fikiran  saya, industri perkahwinan kurang terjejas walau apa situasi melanda negara.

“Namun apabila negara dilanda Covid-19  dan semua aktiviti sosial disekat. Situasi ini membuatkan syarikat  tiada pendapatan dan kami terpaksa memberhentikan kakitangan seramai 20 orang.

“Kami cuba untuk bertahan dengan membuat perniagaan makanan iaitu menjadi pembekal sushi & donut kepada para perniagaan. Kami bangkit semula pada pertengahan 2021 dengan dua orang kakitangan  pemasaran. Syukur kini kami sedang berkembang semula dengan 20 orang kakitangan.”

Dalam pada itu, Nor Hidayah memberitahu memenuhi permintaan pelanggan mengikut masa yang ditetapkan adalah cabaran paling gentir. Namun dirinya rasa kagum dan bersyukur memiliki pekerja yang komited.

Kaygiftskl, Buktikan Doorgift Pilihan Selebriti

IKLAN

“Salah satu cabaran yang sentiasa kami berdepan adalah untuk memastikan semua tempahan pelanggan deliver pada waktu yang telah dipersetujui.

“Apabila tempahan padat terutamanya pada waktu cuti sekolah, pada waktu itulah kapasiti dan kebolehan staff kami akan teruji. 

“Alhamdulillah, setakat ini kami mampu untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan dan tempahan siap pada waktu yang  ditetapkan,” ujar wanita ini yang mempunyai impian untuk mewujudkan cawangan di seluruh Malaysia.

 KAYGIFTSKL Doorgift Eksklusif Pilihan Selebriti

Doorgift dibawah jenama KAYGIFTSKL telah dikenali dan menjadi pilihan pengantin di Selangor dan seluruh Malaysia. Doorgift jenama ini juga sentiasa mendapat perhatian  selebriti Malaysia.

Antara  selebriti yang pernah menggunakan khidmat jenama ini ialah perkahwinan Fattah Amin & Fazura, Shuib & Allahyarham Siti Sarah, Amyra Rosli dan Jihan Muse.

Nyata, bukan calang-calang doorgift yang diusahakan oleh pasangan suami isteri ini. Setiap usaha yang dilakukan sejak awal penubuhan bisnes ini akhirnya memberikan kejayaan.

IKLAN

Kepakaran dalam penyediaan door gift:
*Doorgift kek
*Doorgift chocolate
*Doorgift cookies
*Doorgift kek chocolate moist
*Doorgift kekacang
*Doorgift brownies
*Doorgift kek pelangi

Kaygiftskl, Buktikan Doorgift Pilihan Selebriti

Kaygiftskl, Buktikan Doorgift Pilihan Selebriti

 

Kaygiftskl, Buktikan Doorgift Pilihan Selebriti Kaygiftskl, Buktikan Doorgift Pilihan Selebriti

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI