Litar pintas dipercayai punca kebakaran Wisma Jakel, di Seksyen 7, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
“Polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kejadian.
“Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati usaha memadamkan kebakaran masih giat dilakukan sejak jam 7 pagi.
Bangunan berkenaan masih diliputi asap tebal dan anggota bomba dilihat masih berusaha memadam api.
Ads
Dalam pada itu, kerugian akibat kebakaran Wisma Jakel, di Seksyen 7 di sini, dianggarkan hampir RM100 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, jumlah berkenaan hanya membabitkan nilai bangunan dan jumlah sebenar kerugian belum dapat dianggarkan.
Beliau berkata, cawangan berkenaan membawa keuntungan kepada syarikat sekitar RM300 juta setahun.
Ads
Katanya, kebakaran itu dipercayai berlaku antara 7 hingga 7.15 pagi selepas dimaklumkan oleh adiknya yang juga pengurus Jakel cawangan terbabit.
“Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat.
“Api dipercayai bermula daripada bahagian pakaian lelaki di tingkat satu, namun punca sebenar masih belum diketahui.
Ads
“Ini kerugian besar kepada syarikat bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Allah ini dan saya yakin ada hikmah serta yakin Allah akan ganti dengan lebih baik.
“Sebagai orang Islam kita kena percaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Ditanya sama ada syarikat akan mencari lokasi sementara untuk jualan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Mohamed Faroz berkata, pihaknya akan mencari lokasi berkenaan secepat mungkin.
Katanya, lokasi akan dipilih sekitar Shah Alam berikutan cawangan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai antara tiga hingga empat bulan sebelum Aidilfitri.
“Buat masa ini, pelanggan serta peminat Jakel boleh mengunjungi cawangan kami di Jakel Mall Kuala Lumpur; Bangi serta di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras,” katanya.
sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Akhirnya Neelofa Macam Orang Lain.” Pakai Tudung Sarung, Warganet Tak Sangka Tampil Sederhana.
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa Mohd Noor yang juga isteri kepada Haris Ismail yang sentiasa tambil di khalayak dengan pakaian dan tudung yang berfesyen.
Namun siapa sangka, baru-baru ini bekas pengacara MeleTop ini tampil sederhana yang menemani suaminya yang juga lebih dikenali sebagai PU Riz untuk suatu perlawanan futsal.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok, seorangnur telah menjadi bualan para peminat Neelofa. Bagaikan tidak percaya melihat ibu kepada Bilal ini tampil sederhana hanya bertudung sarung sahaja.
Tampil bertudung sarung warna hitam serta baju sukaan seakan guru pendidikan jasmani, Neelofa kelihatan mesra melayan pertanyaan peminat yang ditemuainya.
Malah, sempat berseloroh bahawa kedatangannya ‘dibayar’ oleh suaminya untuk menyokong pelawanan futsal berkenaan.
Meninjau diruangan komen kelihatan warganet teruja melihat Neelofa bersahaja memakai tudung sarung bagaiman mak-mak. Antara komen adalah seperti berikut.
“Akhirnyaaa neelofa juga seperti orang biasa.”
“kalau orang yang record ni tak mention nama lofaaa , srs tak cam pun tu lofa . nampak lain pulaaaa but still cantik.”
“First time tgk Lofa pakai mcm ni..nmpk mcm cikgu PJ.”
“comel la lofa pkai tudung sarung.”
“lofa… abisle lps ni harga tudung sarung melambung mahal gara² lofa…”
Bila dibandingkan pendidikan zaman kita dulu-dulu dengan anak-anak sekarang, banyak perbezaannya. Terutamanya dalam sistem pemarkahan atau gred yang digunakan.
Baru-baru ini ada seorang ibu memuat naik video di laman tiktok miliknya tentang report card atau buku laporan anaknya yang bersekolah tadika. Alangkah terkejutnya apabila dalam buku laporan sekolah tersebut anaknya mendapat semua ‘E’!
Jika diikutkan pada sistem pemarkahan pada zaman dahulu, gred E merujuk kepada gred yang rendah dan hampir gagal. Tetapi lain pula masa kini! Difahamkan, maksud di sebalik gred E yang diperolehi anaknya itu merujuk kepada ‘Excellent’ ataupun cemerlang dan bukannya seteruk yang disangkakan.
Malah wanita itu turut sama berasa lega sebaik sahaja mendapati gred tersebut membawa maksud lain daripada jangkaannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata juga meluah rasa terkejut melihat keputusan ‘E’ adik tersebut, dan turut sama terhibur melihat reaksi wanita itu dan memahami perasaannya yang terkejut dengan gred E yang memenuhi buku laporan tersebut.
Tahniah diucapkan buat pempengaruh dan usahawan berjaya, Kieda yang mengesahkan dirinya kini hamil anak ketiga selepas hamper lima tahun menunggu.
Menerusi rakaman sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Kieda memberitahu dia sudah melakukan ujian kehamilan dan hasilnya ternyata positif.
“Kieda positif mengandung. Mengandung tetap mengandung. Perjuangan tour dan kedai tetap diteruskan.
“Lima tahun tunggu,” kongsinya menerusi video itu.
Tambah Kieda lagi menerusi kapsyennya, dia juga terasa seakan bermimpi bila impiannya dan suami untuk menambah zuriat mereka akhirnya dimakbulkan Allah.
“Minta doakan yang baik baik. Allahuakhbar macam mimpi,” tulisnya di kapsyen.
Usahawan crepe yang cukup terkenal ini juga sempat membuat kejutan buat suaminya bagi berkongsi khabar gembira itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Kieda dan suami malah mendoakan segala urusan Kieda sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah.
Cemerlang STPM, gadis cacat penglihatan peroleh PNGK 4.0. Status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak menghalang Tengku Nurhanis Tengku Othman, 20 tahun, daripada mencapai kejayaan cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.