Kebanggaan Ibu Ayah, Baru 14 Tahun Dah Jadi Duta Anti-Scam.
Sejak akhir-akhirnya jenayah penipuan dalam talian atau scam terus berada pada tahap membimbangkan lantaran ramai yang menjadi mangsa.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai menerusi taklimat, nasihat dan poster yang dipaparkan di media massa.
Bahkan baru-baru ini, telah diadakan usaha dengan melantik duta anti-scam. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan sebanyak 10 peratus kes penipuan dalam talian dapat dikurangkan dengan pelantikan 104 Pemimpin Pendapat Utama (KOL) sebagai jurucakap atau duta bagi kempen ‘Anti-Scam’.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelantikan 104 duta tersebut sebagai usaha PDRM memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung sindiket penipuan yang semakin berleluasa di negara ini.
Salah seorang duta yang terpilih adalah pelakon kanak-kanak yang mencipta populariti menerusi drama bersiri Mak Cun sebagai Atan Jay atau Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi, 14.
Ads
Ibu ayah mana yang tidak bangga apabila anak yang masih bersekolah diberi amanah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
“Bersama Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani. Terima kasih di atas kepercayaan dan pelantikan sebagai Duta Anti-Scam, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.”
Antara selebriti popular tersebut ialah Datuk Awie, Datuk Hattan dan Zed Zaidi, Tomok, Aedy Ashraf, Wany Hasrita, Khai Bahar, Hael Husaini dan Hazama., manakala tokoh sukan tersohor pula adalah Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia.
Acryl Sani berkata, duta-duta dilantik akan bertindak sebagai jurucakap Kempen Anti-Scam PDRM lantaran mempunyai pengikut yang ramai sekali gus memudahkan mereka mendekati orang awam untuk memberi kesedaran berhubung taktik sindiket penipuan,
Barli sangat kaya dengan khasiatnya yang tersendiri malah sangat bagus jika diamalkan bagi menjaga kesihatan tubuh kita anak beranak.
Bahkan rasa minuman barli ini juga sangat enak sama ada diminum sejuk mahupun panas. Jadi tidak menjadi masalah untuk dijadikan minuman harian seisi keluarga.
Memberi idea untuk lebih mudah menyediakan minuman ini yang semua maklum perlu direbus lama sebelum boleh dinikmati, ada baiknya anda buat seperti mana yang dipraktikkan oleh beberapa perkongsian ini.
Jom semak semoga bermanfaat.
Menurut perkongsian Eja Razak, stok barli sentiasa ada dekat rumahnya. Selang empat hari pasti dia akan rebus barli untuk dinikmati. Dia juga turut berkongsi cara yang dipraktikkan dalam memastikan stok air bali sentiasa ada di rumahnya tanpa perlu merebus setiap hari.
“Ni cara saya nak elak hari-hari rebus barli rebus 1 cawan barli bersama 3 cawan air,apabila barli dh masak lembut air rebusan dah pekat tutup api(guna api perlahan je) sejukkan dulu sebelum isi dalam bekas simpan dalam peti. Setiap kali nak minum ambil 2 sudu besar dan tuang air panas mendidih 1 gelas biar 30 minit baru minum. Sehari 2 kali minum.
Antara khasiatnya
1. Mampu kurangkan kolestrol dalam badan.
2. Mampu kurang kan berat badan,sy memang minum sekali makan biji barli dan saya skip sarapan boleh kenyang sampai tengah hari.
3. Mampu turunkan suhu badan ketika deman.
4. Sesuai untuk ibu mengadung mampu elak sembelit dan kawal gula dalam badan.
5. Sesuai untuk ibu menyusu(milk boster)
6. Kaya vitamin b dan kalsium.
Ekstra Tip : Tak perlu letak gula lagi bagus untuk kesihatan. Barli basuh sekejap sebelum rebus. Saya buat sampai 4 hari je dah habis guna so saya tak tahu lebih dari tu tahan tak.
Tidak dengan itu, turut berkongsi berkenaan amalan minum air barli ini ia juga bagus untuk menurunkan kolestrol sebagaimana yang diamalkan oleh Sumaiyah Abdullah.
Ok. Kali ni ciksu nak share satu resepi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.
Bahan-bahannya adalah ;
– 3 sudu besar Biji Barli
– 2-3 sudu kecil Madu
– 3 gelas air
– 1 hirisan lemon
* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.
Cara-caranya simpel sangat.
1- Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2-3 jam.
2- Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
3- Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
4- Kemudian sejukkan.
5- Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2-3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
6- Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betol2 menyegarkan. Phewww.
Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Hehe. Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya ;
* Menyejukkan badan.
* Barli bersifat anti-bakterial – bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
* Mengawal gula dalam darah.
* Mencegah jangkitan saluran kencing.
* Mencegah batu karang.
Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Okey. Selamat mencuba. InshaAllah more resepi selepas ni. * Penambahan skit. Lebihan barli boleh dibuat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja. Jangan membazir taw. Doser.
Meninjau di akaun fb Nik Syafniey MatJali pula, dia juga turut mengamalkan minum air rebusan barli untuk menghilangkan rasa panas dalam badan.
Menurutnya, asal rasa diri tak sedap badan, macam hendak demam atau rasa letih, pasti sahaja dia akan amalkan minum air rebusan barli yang dicampur dengan beberapa bahan-bahan lain.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
RESEPI HILANGKAN PANAS DALAM
Bahan bahan
1/3 batang KMC @ 1 uncang KMC
1/4 cawan barli
Sikit gula batu
3 helai daun pandan
1 lemon
3 gelas air
Rebus semua bahan kecuali lemon. Bila barli dah kembang, tutup api. Masukkan lemon. Lemon ni agak agak jek. Jangan habiskan semua. Minum air ni suam suam.
Bila air rebusan dah habis, tambah air dan rebus lagi. Boleh 3 kali ulang.
Air rebusan ni memang bagus untuk sejukkan panas dalam plus hilangkan selesema tau. Cubalah. Nak guna kayu manis cassia tu pun takde masalah. Tapi kalau dah ada pilihan sihat, kenapa nak pilih yang mudarat. Ye dok?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membuat tempahan di kedai makan untuk memberikan kejutan bagi merai sambutan hari lahir mahupun anniversary seakan biasa kita lakukan. Kemeriahan dan momen yang tercipta pastinya menjadi antara kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan.
Namun lain pula kisahya dalam satu video yang tular di Tik Tok baru-baru ini, apabila permintaan untuk buat kejutan bertukar menjadi sesuatu yang sangat melucukan dan sekali gus menarik perhatian umum.
Minta kek untuk anniversary, siap dapat pakej nyanyi lagu happy birthday
Menerusi video berdurasi 38 saat yang dikongsikan oleh @ijjatulss di TikTok, kelihatan pemilik video sedang bersama suaminya di sebuah kedai makanan Arab.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja kedai makan tersebut datang dengan membawa kek. Dia turut menyalakan lilin pada kek tersebut sambil menyanyikan lagu happy birthday.
Namun difahamkan, pemilik video telah request kejutan kek tersebut untuk ulang tahun. Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah tulisan yang terdapat pada pinggan itu iaitu “Happy Amtasary Baby”.
“Hahahaha lawak betul lah. Nasib lah ‘baby’ tu pun betul ejaannya” – Netizen
Boleh dikatakan macam-macam komen yang diberikan oleh netizen namun apa yang pasti rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!