Membuat tempahan di kedai makan untuk memberikan kejutan bagi merai sambutan hari lahir mahupun anniversary seakan biasa kita lakukan. Kemeriahan dan momen yang tercipta pastinya menjadi antara kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan.
Namun lain pula kisahya dalam satu video yang tular di Tik Tok baru-baru ini, apabila permintaan untuk buat kejutan bertukar menjadi sesuatu yang sangat melucukan dan sekali gus menarik perhatian umum.
Minta kek untuk anniversary, siap dapat pakej nyanyi lagu happy birthday
Menerusi video berdurasi 38 saat yang dikongsikan oleh @ijjatulss di TikTok, kelihatan pemilik video sedang bersama suaminya di sebuah kedai makanan Arab.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja kedai makan tersebut datang dengan membawa kek. Dia turut menyalakan lilin pada kek tersebut sambil menyanyikan lagu happy birthday.
Namun difahamkan, pemilik video telah request kejutan kek tersebut untuk ulang tahun. Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah tulisan yang terdapat pada pinggan itu iaitu “Happy Amtasary Baby”.
Ads
“Hahahaha lawak betul lah. Nasib lah ‘baby’ tu pun betul ejaannya” – Netizen
Boleh dikatakan macam-macam komen yang diberikan oleh netizen namun apa yang pasti rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Pastinya ramai antara kita ketika ini mengambil peluang untuk balik ke kampung atau pergi bercuti bersama keluarga sebagaimana kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk rentas negeri setelah sekian lama duduk di rumah.
Justeru itu tentunya juga lebuh raya akan sesak dipenuhi dengan kenderaan untuk menuju ke pelbagai destinasi sama ada ke utara, selatan, timur mahu pun barat tanah air.
Jadi apa kata sebelum anda sekeluarga memulakan perjalanan rentas negeri, ada baiknya semak dahulu situasi semasa lebuh raya yang bakal anda lalui, sama ada sesak atau tidak untuk pemanduan yang lebih selesa dan tanpa perlu menempuh waktu perjalanan yang panjang disebabkan kesesakan lalulintas.
Untuk menyemaknya sangat mudah, ini sebagaimana perkongsian pengguna Twitter bernama Afnan.
SEBELUM RENTAS NEGERI, INI CARA NAK ‘CHECK’ KESESAKAN HIGHWAY
“Kalau korang plan nak rentas negeri, selain dari Apps Waze, korang boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia. Korang akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dkt highway tersebut. Memang berfungsi untuk plan perjalanan,” tulisnya di twitter.
“Korang search je lembaga lebuhraya Malaysia. Then, pilih lebuhraya mana yang korang nak tengok. Nanti akan appear Live view dari setiap camera yang ada dekat highway tu. Semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar,” terangnya lagi.
Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak akan membantu anda sekeluarga untuk merancang perjalanan balik ke kampung atau destinasi percutian dengan lancar dan menjimatkan masa.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dua individu yang bersatu dalam ikatan pernikahan, pasti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Itu adalah lumrah hidup berumah tangga, pasti akan ada pasang surutnya. Yang penting kedua-dua belah pihak kena selalu muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Berikut Tips 7 ‘C’ yang menyebabkan suami benci isteri yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Ia baik dan sangat berguna untuk renungan bersama agar keharmonian rumah tangga dapat dipelihara. Untuk para isteri, elakkan daripada melakukan 7C ini.
1. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”
Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.
2. Cabul
Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.
3. Celupar
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
4. Comot
Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot sama ada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tidak mekap pun. Suami nak dekat pun tiada nafsu
5. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di pejabat. Suami baru balik kerja sudah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime mula syak yang bukan-bukan. Suami mana yang tahan kan dengan perangai sebegini?
6. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.
7. Cincai
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak sudah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan televisyen. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini. Justeru, bagi anda yang bergelar isteri, andai ada tanda-tanda 7C dalam diri cepat-cepat muhasabah dan elakkan perangai tersebut.
Sumber: Sempoimedia.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila mana melibatkan kes suami tidak ambil peduli kisah isteri, mengabaikan isteri dan memperlakukan sesuka hati kepada isteri, hal ini sebenarnya perlu difikirkan oleh lelaki bergelar suami.
Jangan mempersoalkan berapa banyak tugasan yang isteri harus lakukan sebaliknya cubalah memahami mereka setiap hari. Tulisan lelaki ini, Ahmad Affzan Abdullah banyak benarnya. Mohon suami buka mata!
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya.
Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
Sematkan azam baru. Buat yang terbaik untuk pasangan kau. Segala apa usaha yang kau buat, yakinlah Tuhan nampak dan Tuhan akan balas. Insya-Allah takkan sia-sia. Tak perlulah kau mengadu letih di media sosial sebab lama berdiri teman isteri membeli-belah.
Kredit: Ahmad Affzan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di