Setiap orang mempunyai cita-cita yang didambakan dari kecil. Malah apabila meningkat dewasa, kita akan cuba untuk mendapatkan kerjaya yang diidamkan lebih-lebih lagi jika sudah mengambil pengkhususan yang berkaitan.
Namun kadang-kala rezeki tidak berpihak pada apa yang yang kita inginkan tetapi Allah gantikan dengan yang lebih bermakna untuk kita.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita, Rufaihah Ishak yang turut mengalami kekecewaan selepas terkandas dalam temuduga kerja pertama bagi jawatan pensyarah pada Disember 2022.
Mengakui dia sangat kecewa dengan kegagalan tersebut kerana ia adalah cita-citanya yang diimpikan sejak sekian lama.
Kata ibu kepada tiga cahaya mata ini, akhirnya akur dengan ketentuan Allah. Malah dia bersyukur kerana keluarga dan suaminya tidak lekang memberi kata-kata semangat supaya dia terus berusaha untuk mencapai impian.
“Pada awal tu suami berat hati apabila saya cakap nak mohon (jawatan pensyarah) tapi selepas saya yakinkan, dia akhirnya bersetuju dan membantu apa yang patut.
“Apabila dipanggil temuduga, memang rasa gembira sangat… saya bagi komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.
“Tapi apakan daya, saya tidak berjaya menempatkan diri malah semasa menghadirinya, saya sudah agak ‘senior’ berbanding calon lain yang rata-ratanya 20-an.”
Ads
Disebabkan ingin mengetahui siapa yang berjaya menjawat jawatan berkenaan, Rufaihah memuatnaik status di media sosial berhubung perkara tersebut.
Akhirnya anak kelahiran Klang, Selangor ini terkejut selepas mengetahui individu yang berjaya menyandang jawatan tersebut adalah seorang lepasan universiti yang tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja dan hanya berkelulusan ijazah.
“Saya ingatkan pesaing ada master dan sedang sambung doktor falsafah yang berjaya tapi rupanya bukan… selepas diselidiki, rupa-rupanya graduan baharu,” ujarnya yang berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam jurusan Peruncitan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Merasakan graduan baharu itu tidak layak, dia menceritakan situasi ketika temuduga kerja berlangsung.
Ads
Menurutnya, enam calon memasuki bilik yang sama dan duduk berhadapan panel penemuduga.
“Apabila diminta memperkenalkan diri, saya adalah orang pertama yang menjawab termasuk kesemua soalan yang diajukan… dan saya menjawabnya dengan baik.
“Masa ini saya terangkan sudah ada bisnes tetapi minat untuk menjadi pensyarah serta meneruskan cita-cita.
“Individu tersebut berbeza, dia hanya ‘copy and paste’ ayat saya sebab itu tak jangka dia yang dapat. Mungkin juga sebab dia graduan baharu dan sesuai dengan gaji yang ditawarkan,” luahnya sayu.
Ads
Meskipun masih berharap dapat mencapai cita-citanya itu, wanita berusia 34 tahun enggan terus dibelenggu kesedihan.
Dia kembali bangkit dan merencanakan perniagaan pakaian yang telah dimulakan sejak 2012 iaitu selepas tamat pengajian ijazahnya, supaya berkembang lebih besar.
Pada Februari lalu dia mula mengaktifkan diri dengan menghasilkan beberapa rekaan dan koleksi Hari Raya Aidilfitri.
Umpama rezeki terpijak, setiap rekaan yang dihasilkan di bawah jenamanya mendapat sambutan baik sehingga menjadi tular.
“Bayangkan dalam tempoh sejam, kira-kira 200 pasang baju terjual,” ceritanya yang memulakan perniagaan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai modal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberi kata-kata semangat dan berkongsikan kisah mereka yang pernah berhadapan situasi sama.
Ada juga yang menitipkan semangat agar wanita ini tidak putus asa dalam mengejar cita-citanya sebagai pensyarah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Puas memikirkan cara terbaik untuk menutup kesan dinding yang bertompok-tompok putih atau hasil daripada kesan gam kertas dinding yang dibuka, ada baiknya anda mencuba gaya dinding dengan teknik shiplap.
Gaya dinding Shiplap ini mengambil inspirasi daripada pembinaan kapal sekali gus menjadikan ruang kediaman nampak bergaya dan tersendiri.
Nak tahu bagaimana cara pemasangan dan bahan-bahan yang diperlukan, ayuh ikuti perkongsian daripada Nurul Aini.
Pkpb kali ni makeover dinding yang bertompok dengan kesan cat ni dengan shiplap..dinding tu jadi bertompok camtu lepas saya cabut wallpaper lama.
Kalau boleh kikis better kikis sebab nak ratakan dinding..tapi kalau dinding dah rata tak kikis pun tak apa.
Peralatan & kos:
1. MDF board – RM93
(3mm x 150mm x 4 kaki)&(3mm x 150mm x 2 kaki)
2. Gam silikon – RM7.50 X 2
3. Wood filler (tutup gap)- RM10
4. Cat Nippon Paint (capitol gold)- RM130
Step 1 : Letakkan gam pda MDF board dan tampal di dinding.
Memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih setiap hari memanglah bukan kerja mudah. Banyak perkara perlu dibuat dan jika tanpa perancangan atau jadual tertentu pastinya ianya akan membebankan untuk dilakukan. Apatah lagi bagi ibu yang berkerja, tidak cukup tangan dibuatnya untuk membuat itu semua.
Pembahagian tugas perlu dilakukan antara suami, isteri dan anak-anak. Jadi semakin ringan kerja-kerja rumah yang harus dilakukan. Selain itu, perlu juga diadakan jadual kerja untuk memudahkan seisi rumah fokus dengan kerja-kerja tersebut.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh 2019FadzBiz dan bolehlah dijadikan panduan untuk yang baru ingin mencuba teknik pembahagian jadual tugasan untuk memastikan rumah bersih dan kemas tanpa terasa beban untuk kita lakukan.
“TIPS MUDAH KEMAS RUMAH”
Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Secara jujurnya, aktiviti mengemas rumah bukanlah mudah. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.
Tips mengemas ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, kita tidak ada masalah bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas itu kurang.
Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk melakukan aktiviti mengemas ini setiap hari tetapi kalau seminggu sekali Itu mungkin tak ada masalah.
Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung.
Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk sahaja tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.
SETIAP HARI
Lap meja, lap sinki, sapu sampah, bawa keluar sampah
Buangkan makanan yang dah expired, cuci tingkap, cuci bantal & selimut, bersihkan peti sejuk, bersihkan almari dan asingkan pakaian yang tidak diperlukan lagi.
Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya mengawasi anak-anak lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam. Ini kerana, akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga boleh berlaku perkara yang tidak diingini kepada anak-anak seperti culik, kemalangan dan lain-laian.
Seperti yang tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak tertinggal di sebuah stesen minyak selepas ibunya tidak menyedari kehilangan anaknya.
Nasib menyebelahi kanak-kanak ini apabila pekerja stesen minyak ini sudi untuk meminjamkan telefon pintar miliknya kepada kanak-kanak ini untuk menghubungi ibunya.
Panggilan kanak-kanak ini turut diaktifkan loud speaker serta dirakam.
Namun apa yang mengejutkan adalah reaksi ibu kanak-kanak tersebut yang seolah menyalahkan kanak-kanak tersebut walaupun ianya terang-terang adalah kecuaiannya.
Reaksi ibunya seolah berang dan bercakap kasar dengan anaknya manakala reaksi kanak-kanak ini yang sedang dalam ketakutan akibat ditinggal dan dimarah jelas kelihatan pada video tersebut.
Apa yang menjadi perhatian dalam kes ini adalah cara si ibu malah berkomunikasi dengan anakya.
Malah ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap respon si ibu ini menangani masalah anak tertinggal di stesen minyak.