Pudina atau mint, dengan nama saintifiknya Mentha Arvensisi, diketahui umum banyak sekali manfaatnya.Yang paling terkenal dan mudah disediakan adalah teh pudina.
Teh pudina dikatakan mampu untuk menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut. (Cramps and colic).
Dengan banyak lagi manfaat lainnya, tentunya bila kita tanam sendiri, maka mudahlah kita untuk mendapat bekalan pudina bila-bila masa sahaja.
Bila kena caranya, sebenarnya mudah saja tanam pudina ni. Benih pula boleh beli pudina yang dijual di market.
Kalau dapat keratan fresh, lagi tinggi peratusan pudina untuk hidup.
Dibawah saya kongsikan pula cara penyediaan keratan pokok pudina/mint untuk ditanam.
Sesiapa saja boleh tanam. Tiada alasan lagi tak boleh tanam pudina.
Jom kita tengok cara-cara tanam pudina.
1. Beli segenggam /seikat pudina dari market.
2. Sediakan pasu yang diisi tanah. Tanah boleh beli tanah nursery yang siap guna. Atau guna tanah sedia ada.
Ads
3. Siram tanah sampai air menitis dari bawah pasu. Dengan kata lain, sampai tanah betul-betul basah.
4. Sediakan batang/keratan batang untuk ditanam. (Rujuk gambar dibawah.)
Step 1 : Potong batang dalam 4-5 inci dari pucuk.
Step 2 : Setelah dipotong, buang dulu daun yang paling bawah.
Step 3 : Ini keadaannya setelah dibuang daun paling bawah.
Ads
Step 4 : Kemudian buang pula pucuk
5. Cucuk batang dalam tanah, paras daun paling bawah.
Adakalanya lebihan makanan dan kuah yang berkumpul menyebabkan saluran paip tersumbat. Air di sinki akan tertakung dan membusuk. Pening kepala ibu-ibu nak selesaikan masalah ini kan.
Usah pening kepala, cuba ikut kaedah yang dikongsikan oleh puan Norliza Zakaria.
RUTIN 3 KALI SETAHUN
Setiap 4 bulan MESTI akan cuci sinki utk elakkan dari tersumbat… sebenarnya lebih kpd berjaga²..tak perlu tunggu sumbat baru nak buat…MODALNYA hanya RM6.40!
Apalah sangat kalau kita just labur RM6.40 utk 4 bulan ..purata kos lbh kurang RM1.60/month!!
Kenapa mesti 4 bulan…haha! saja jer la..terpulang la pada individu..nak buat 6 bulan sekali pon tak pe…rumah ko kan..
ni mak buatkan step by step caner nk buat…tepek sini…just utk rujukan sendiri…hahah..sbb setiap kali nak buat mak mesti nak kena gugel..penat haih!
Step by step ada kat pic & vid
Bahan yang diperlukan:
Cuka RM3.50
Soda bikarbonat RM2.90
Air panas yang baru mendidih Cara membuat:
Tabur jer soda bikarbonat kat lubang air sinki tu. Letak je banyak-banyak tak ape.
Biar seketika
Curahkan cuka. Masa ni jaga-jaga, berasap. Tindak balas soda dengan cuka tu…pastu biar je dalam 10 minit gitew.
Best tengok time ni. Tengok tu, kalau ko letak banyak soda tu lagi kebabom asap tu!
Best tgk time ni…hihi Tengok tu…kalo ko letak byk soda tu lagi kebabom asap tu!
Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Cadar putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Sebelum Kepulangannya ke sisi Yang Maha Pencipta, beliau telah meninggalkan nama dalam dunia pendidikan, ilmu hasil dari penulisannya sendiri untuk manfaat orang ramai dan Negara.
Keperibadiannya amat mementingkan pendidikan, sentiasa memberi motivasi, bimbingan dan harapan bahawa semua boleh berjaya dengan adanya ilmu dan pendidikan. Demikian sisi hebat figura bernama Professor Dato’ Dr. Hussein bin Haji Ahmad.
Perjalanan terakhir arwah Professor Dato’ Dr. Hussein sebelum menemui Yang Maha Esa diceritakan oleh dua orang anaknya, Hamizah Farhana dan Haliza.
“Waktu itu, kami ingat tidak ada yang serius, malah ayah sempat menyambut hari lahir yang ke 75 dan juga melancarkan Memoir Pendakian Seorang Pendidik dengan mempamerkan buku-buku penulisan beliau sepanjang hidupnya di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Tunku. Waktu sambutan Hari raya Aidilfitri 2017 juga tiada sebarang petanda.
Cuma, arwah ayah lebih banyak berehat di rumah, kurang aktiviti berziarah, kurang menonton televisyen, lebih banyak ke masjid terutamanya waktu subuh dan menghadiri mesyuarat Pakatan Islam Kampung Tunku. Dalam masa yang sama, arwah selalu bangun awal pagi mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran.
“Sehinggalah Ogos yang lalu, ayah demam, tak lalu makan dan sangat lemah. Waktu ini, kami adik-beradik memujuknya ke hospital tetapi ayah enggan. Sehinggkan kami terpaksa mendapatkan Pakar Kardiologi Kanan, University Malaya Specialist Centre untuk memujuk ayah ke hospital. Kebetulan doktor pakar tersebut merupakan anak kepada kawan baik ayah. Doktor tersebut juga adalah sepupu sebelah suami. Begitu cantik perancangan Allah, urusan ayah dipermudahkan kerana adanya doktor ini.
“Ayah akhirnya mengalah dan bersetuju untuk pergi ke hospital. Keadaan ayah waktu itu, sangat lemah kerana terdapat komplikasi dalaman yang serius. Doktor yang merawat ayah tidak mengalah walaupun pakar organ dalaman yang lain sudah menyerah kalah dan mengatakan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Setiap hari, doa anak-anak yang tidak pernah putus menemani ayah bertarung melawan penyakitnya. Semasa ayah sakit, kami turut sakit, semasa ayah bertarung, kami juga berjuang sehabisnya. Kami berusaha sebaik mungkin lebih daripada pakar-pakar di Hospital, kami menjaga ayah lebih daripada jururawat yang menjaga ayah, kami berdoa lebih dari ustaz-ustaz dan alim ulama.
Pertarungan ayah adalah pertarungan kami semua. Kami bergilir-ganti menemani ayah dan memastikan surah-surah pilihan sentiasa dibacakan kepada ayah bersertakan zikir-zikir mudah untuk diikuti ayah.
“Keadaan ayah yang semakin lemah menyukarkan percakapan. Kadang kala ayah lebih banyak tidur dari sedar. Setiap kali ayah sedar, dia memberikan isyarat untuk kami menyempurnakan hajat-hajatnya.
“Walaupun susah untuk memahami kehendak ayah kerana percakapan ayah juga terganggu kerana keadaannya, kami percaya Allah memberikan kemudahan dalam melalui ujian Allah ini. Intuisi dan gerak hati antara ayah dengan kami sangat kuat.
Kami juga memahami ayah seolah-olah mahu kami menyempurnakan hajat-hajatnya yang lain yang telah dirancang sebelum ini. Satu persatu berjaya kami rungkai dan kami sempurnakan semua hajat-hajatnya secepat mungkin.
Permintaan terakhir
Setiap hari ada cabarannya, kondisi Dr. Hussein tidak menentu. Dalam situasi kesihatan yang semakin menurun, ayah pula menyuarakan kehendak untuk pulang ke rumah.
Sebagai anak, kami berada dalam keadaan yang sangat hiba, keliru dan penuh dilema sama ada ingin berusaha sedaya upaya dan selagi boleh bersama-sama doktor yang mahu menyelamatkan ayah ataupun mengikut kehendak ayah untuk pulang ke rumah dan redha atas kesihatanya yang makin merosot.
“Sebagai anak, kami ingin menghormati permintaan ayah apatah lagi tatkala melihat mata ayah yang seolah-olah merayu untuk dibawa pulang, Walaubagaimanapun doktor mohon supaya kami tidak berputus asa sehingga tiada jalan keluar. Setiap hari kami berada dalam debaran menunggu jawapan dari doktor sama ada sempat atau tidak ayah berada dalam majlis yang dirancangnya sendiri.
“Sehinggalah tibanya raya Aidiladha, kami sambut dengan penuh hiba kerana walaupun sedar ayah berada didalam keadaan tenat. Kami solat subuh berjemaah bersama ayah,dimulakan dengan mengambil wudhu menggunakan renjisan air, dibisikkan niat solat ditelinganya, diimamkan oleh abang dan disudahi dengan takbir raya aidiladha bersama ayah. Kami masih menaruh harapan yang tinggi keajaiban akan terjadi, harapan supaya ayah kembali sihat seperti sediakala
“Namun, takdir mengatasi segalanya, apabila doktor memohon maaf dan mengatakan tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi. Keluarga diberi pilihan untuk mengekalkan ayah dihospital atau membawa pulang. Kami mengambil keputusan untuk membawa ayah pulang ke rumah pada pukul 3 pagi sebelum majlis yang dirancangnya sendiri keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami’ Jelas Hamizah yang mengatakan cucu saudara ayah yang merupakan seorang jururawat PPUM menawarkan diri untuk menjaga ayah di rumah.
Koleksi al-Quran jadi ‘rebutan’
Biarpun ada yang memantau dan menjaga arwah di rumah, namun Hamizah dan adik beradik yang lain tidak pernah lekang dari sisi ayah mereka termasuklah membantu urusan memandikan dan membersihkan insan kesayangan mereka itu.
“Semua urusan dipermudahkan. Majlis Aidiladha yang dirancang sebelum ini diadakan seperti biasa walaupun penuh sayu dan hiba. Ramai keluarga dan saudara mara sebelah ayah hadir. Walaupun rancangan hanya diadakan untuk keluarga sebelah ayah, rumah kami tetap dibanjiri saudara mara, sahabat handai ayah, jiran tetangga, pelajar dan kenalan-kenalan ayah.
“Kami percaya majlis yang diadakan berjalan penuh barakah. Kerana orang ramai hadir bersama doa yang tidak putus dan diiringi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kami bersyukur kerana segala hajat ayah ditunaikan oleh kami, adik beradik.
Bukan itu sahaja, seorang ustaz dari Syria hadir dan membacakan surah-surah terpilih dan ayat-ayat suci Al-quran iaitu Surah Yasin, Al-Waqiah, Al-Fajr dan diakhiri dengan doa-doa untuk memberikan ayah kebaikan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ustaz tersebut mengatakan inshaAllah, ayah mendapat pengakhiran yang baik (husnul Khotimah) kerana terpilih didengarkan surah-surah dan ayat-ayat al-Quran sebelum pergi menemui Ilahi.
“Ayah juga sempat solat berjemaah maghrib yang diimamkan oleh abang walaupun ayah sangat tenat, kami tetap memastikan solatnya dibimbing. Selepas solat maghrib, nafas ayah semakin lemah. Saya mengajarnya shahadah sehingga nafasnya yang terakhir. InshaAllah saya yakin ayah mendapat pengakhiran yang baik.
Ayah diimamkan oleh anak lelakinya sendiri di masjid yang dibanjiri orang ramai, kami juga sempat khatam quran buat ayah pada hari pemergian ayah. Semua anak-anak, menantu dan cucu berada di samping arwah ketika pemergiannya.
Begitu cantik perancangan Allah dan segala aturan yang telah tertulis. Setiap satu kelemahan kami sebagai anak yang mungkin lalai tentang penyakit yang ditanggung ayah, segala kekhilafan dari pihak hospital dan faktor- faktor lain hanyalah asbab untuk ayah kembali kepada Ilahi bertepatan seperti janji Allah, tidak cepat sesaat atau terlambat walau sesaat. Kami redha dengan pemergian ayah, walaupun kami sangat merinduinya.
“Walaupun kami kehilangan ayah, namun ada juga tersirat disebaliknya, selain hubungan kami adik-beradik makin kuat dan rapat, kami juga lebih dekat dengan Allah. Mengaji, solat dan membaca al-Quran zikir dan sebagainya yang dilakukan sepanjang bersama ayah masih kami teruskan. Bahkan, barangan kesayangan ayah seperti koleksi al-Quran menjadi ‘rebutan’ kami adik-beradik dan ia seolah-olah ‘kawan baik ‘ kami kini,”.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.