Sebagai seorang ibu, pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak kan. Demikian juga dengan penyanyi berusia 31 tahun ini.
Menyedari minat menari yang bercambah dalam diri anak sulungnya, Bella De Luna Valentina, isteri kesayangan Akim ini tidak menghalang. Bahkan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
Bahkan menurut Stacy, dia mahukan yang terbaik kepada permata hatinya itu. Ini kerana anak nya itu sudah menampakkan minat dengan dunia seni tarian sejak kecil lagi.
Meski baru menjangkau usia 9 tahun, jelas Stacy anak perempuannya itu memiliki bakat dan sangat berpotensi besar untuk berjaya dalam bidang tersebut.
“Menari dengan Bella Anak pertama saya Bella ni memang suka sangat menari. Dari kecil lagi dia selalu menari hinggalah sekarang umur sudah 9 tahun.
“Saya boleh lihat potensinya jadi saya memastikan bahawa menyokongnya dengan cara yang terbaik,” Stacy menerusi perkongsian nya di Instagram.
Dalam menjayakan penyusuan anak, suami main peranan paling penting sebagai ‘support system’ isteri. Daripada penyelidikan yang dibuat, sebab utama ramai yang tak berjaya susukan anak kerana tidak mendapat sokongan daripada suami.
Maka itu, suami adalah orang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ketika membuat pemeriksaan bayi, betapa sedihnya seorang ibu bila susu yang dipam tumpah. Betapa struggle mereka untuk mengumpul susu bagi diberikan kepada bayi.
Nak bagi susu ibu banyak dan anak-anak pun mendapat khasiat yang terbaik, ini yang boleh dibuat oleh suami jika isteri bakal melahirkan anak nanti.
Pagi tu saya ditugaskan memeriksa bayi-bayi yang baru dilahirkan di wad ibu bersalin.
Dah lebih sejam saya duk belek bayi yang ada, akhirnya sampai ke bayi yang terakhir.
Saya kenalkan diri sebagai doktor kanak-kanak dan minta izin ibu untuk periksa bayi. Dia mengangguk perlahan. Wajahnya nampak sangat tertekan.
Saya fikir mesti sebab sakit atau letih. Tiba-tiba dia menangis.
Rupa-rupanya sebelum saya datang, dia terlanggar bekas berisi susu ibu yang dia baru pam. Bekas tu jatuh dan habis semuanya tumpah ke lantai.
Banyak mana yang tumpah, saya pun tak tahu. Itu pun saya tahu dari jururawat. Kalau tak, sampai ke sudah saya tak tahu kenapa dia nangis.
Memang tak mudah nak menyusu anak selepas bersalin.
Lagi-lagi bila saya tengok ibu yang baru sehari selepas pembedahan Caesar cuba untuk susukan anak.
Nak angkat bayi pun terketar-ketar. Syukur ada banyak jururawat yang sedia membantu.
Kuatnya semangat ibu-ibu yang baru lepas bersalin ni.
Ikut 1 kajian pada tahun 2000, ada beberapa faktor yang buatkan ibu rasa sangat susah nak menyusu anak dengan susu badan.
Dari kajian ni jelas yang semasa berpantang, ibu kena dijaga dan disokong oleh suami atau ahli keluarga lain sebaiknya.
Apabila menyebut tentang saudara baru, selalu kita dengar kisah mengenai mereka dihalau dan tidak diterima oleh keluarga sendiri. Malah ada yang mengambil masa yang lama untuk kembali berbaik.
Namun, wanita bernama Jinghan Naan ini cukup istimewa kisahnya. Menerusi perkongsiannya dia seorang mualaf bernama Jinghan Naan di Facebook.
Wanita ini berkongsi cerita cukup menyentuh hati tentang ayahnya yang menyokong tindakannya menukar ke agama Islam.
Menurut Jinghan, semuanya bermula apabila bapanya meminta dia membelikan sesuatu dari Carousell.
Jinghan yang berhubung dengan penjual tersebut kemudiannya memberi alamat kepada bapanya untuk ambil barang itu.
Ketika sampai di kedai, penjual (uncle Melayu) terkejut kerana menyangka pembelinya tu seorang berbangsa Melayu.
“Huh? Awak Cina? Saya ingat awak Melayu!”
“Tak adalah, itu anak saya.”
“Tapi anak awak pakai tudung. Awak Cina Muslim ah?”
“Anak saya Cina Muslim. Dia masuk Muslim.” (Bapa masih tak faham apa itu Islam dan Muslim)
“Waa awak benarkan dia tukar agama? Tak halang dia?”
“Tak pernah halang, saya support!”
“Waaa, awak ni baguslah, kenapa awak sokong?”
“Kenapa semua orang terkejut bila saya beritahu yang saya benarkan awak tukar agama?”
Kata Jinghan, “Sebab papa rare la! Kebanyakan ibu bapa takkan benarkan.
Jinghan kemudiannya bertanyakan kembali kenapa bapanya membenarkan dirinya menukar agama.
“Kerana saya faham kehidupan.
“Kerana saya memahami pencapaian kebahagiaan.
“Apakah maksud kehidupan? Untuk mencari kebahagiaan.
“Orang yang berbeza mencari kebahagiaan dalam pelbagai perkara. Ada dalam kekayaan, ada dalam keluarga, ada dalam agama.
“Sebagai ibu bapa, apa yang paling kita inginkan? Untuk anak-anak kita bahagia.
“Setiap agama mengajar dengan baik. Sekiranya anda memberitahu saya bahawa agama ini membuat anda gembira, mengapa saya harus menghalang anda? ” ungkap ayah Jinghan lagi.
Ternyata kata-kata yang diungkapkan oleh ayahnya cukup menyentuh hati si anak. Akui Jinghan, bapanya ini seorang yang simple dan tak kisah dengan apa yang orang cakap mengenainya.
“Kadang-kadang saya rasa ayah saya begitu simple orangnya. Namun, begitu mendalam.
“Tetapi apa yang saya fikir membuat ayah saya berbeza adalah bagaimana dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan.
“Ayah jenis ringkas. Dia tidak kisah dengan apa yang difikirkan oleh masyarakat, apa yang akan difikirkan oleh saudara, lebih-lebih lagi sekarang saya tidak boleh makan BBQ kegemarannya dengannya. Tetapi ayah lebih pentingkan adalah kebahagiaan saya.
“Mungkin itulah alasan mengapa saya selalu merasa berat dalam kata-katanya. Kerana sebenarnya dia bermaksud apa yang dia katakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah jadi kebiasaan bila anak-anak dah berumahtangga, akan keluar ke rumah sendiri bersama keluarga kecil mereka. Ye la tak manis pula kan bila dah berkahwin duduk dengan mak ayah lagi. Waktu ni la suami isteri ini nak duduk berdikari dan nak ada privasi sendiri menjalani hidup bersama.
Namun lain pula bagi sebuah keluarga yang tular ini di mana beruntung anak menantunya bila di bapa membina rumah baharu untuk setiap anak kerana tidak mahu berjauhan antara satu sama lain.
Perkara ini dikongsikan oleh anaknya dalam satu perkongsian di laman Tiktok, yang menunjukkan deretan kediaman yang dibina di belakang rumah bapanya itu turut dilengkapi dengan ruang landskap serta tempat parkir.
“Cara ayah tak nak anak duduk jauh dari dia, buatkan rumah seorang sebiji dekat belakang rumahnya. Pakej siap dengan parking dan laman rumah,” tulisnya dalam video tersebut.
Bagaimanapun, difahamkan @seketulajira tidak duduk secara percuma sebaliknya masih perlu membayar separuh daripada kos rumah kepada bapanya pada setiap bulan.
Rakaman berdurasi 38 saat itu memaparkan kira-kira empat unit rumah yang sudah siap dibina dan bersedia untuk dihuni oleh anak-anak serta menantu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata luah rasa teruja dan menyifatkan orang tua tidak memilih kasih. Malah, ada juga yang memintanya untuk memuat naik video rumah yang telah siap dibina.
Lydia Ibtisam meninggal dunia pada petang Khamis selepas bertarung dengan komplikasi penyakit autoimun. Pemergian pelakon drama Impian Illyana mengundang rasa sedih dalam kalangan rakan artis dan peminat.