“Kejapnya Dah Anak Dara, Cantik Macam Mami.” Kongsi Minat Anak Dalam Tarian, Warganet Puji Ikut Jejak Stacy

Share

Sebagai seorang ibu, pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak kan. Demikian juga dengan penyanyi berusia 31 tahun ini.

Menyedari minat menari yang bercambah dalam diri anak sulungnya, Bella De Luna Valentina, isteri kesayangan Akim ini tidak menghalang. Bahkan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Bahkan menurut Stacy, dia mahukan yang terbaik kepada permata hatinya itu. Ini kerana anak nya itu sudah menampakkan minat dengan dunia seni tarian sejak  kecil lagi.

Meski baru menjangkau usia 9 tahun, jelas Stacy anak perempuannya itu memiliki bakat dan sangat berpotensi besar untuk berjaya dalam bidang tersebut.

“Menari dengan Bella Anak pertama saya Bella ni memang suka sangat menari. Dari kecil lagi dia selalu menari hinggalah sekarang umur sudah 9 tahun.

“Saya boleh lihat potensinya jadi saya memastikan bahawa menyokongnya dengan cara yang terbaik,” Stacy menerusi perkongsian nya  di Instagram.

Sumber: stacyanam

 

 

 

 

IKLAN