Tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank kini menjadi antara maklumat yang paling dicari menjelang Aidilfitri. Setiap tahun, ramai yang mula membuat persiapan awal untuk mendapatkan wang pecahan kecil bagi dimasukkan ke dalam sampul raya.
Tradisi memberi duit raya bukan sekadar amalan biasa ketika Syawal, tetapi menjadi momen yang dinanti-nantikan oleh anak-anak dan saudara-mara. Sampul raya dengan wang pecahan kecil sering menambah kemeriahan suasana ketika kunjung-mengunjung.
Bagi anda yang tidak mahu kelam-kabut pada saat akhir, mengetahui tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank lebih awal memang sangat membantu. Dengan perancangan awal, urusan menukar wang juga menjadi lebih mudah tanpa perlu beratur terlalu lama.
Berikut maklumat terkini berkaitan tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank, termasuk waktu operasi dan syarat ringkas sebelum anda berkunjung ke kaunter.
Berdasarkan makluman setakat 2 Mac 2026, semua cawangan Bank Islam telah membuka kaunter khas bagi perkhidmatan tukar duit raya.
Namun terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pelanggan.
Syarat utama:
Dokumen yang disaran dibawa:
Tip mudah untuk pelanggan ialah datang lebih awal pada waktu pagi ketika bank baru dibuka. Biasanya stok wang pecahan kecil lebih mudah diperoleh sebelum waktu puncak.
Bagi pelanggan Maybank pula, kaunter khas bagi urusan tukar duit raya akan dibuka mengikut jadual berikut.
Orang ramai disarankan hadir lebih awal kerana stok wang pecahan kecil biasanya terhad dan tertakluk kepada setiap cawangan.
Maklumat ini menjadikan tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank penting untuk dirancang lebih awal supaya anda tidak terlepas peluang mendapatkan wang pecahan yang diperlukan.
Situasi yang sering berlaku setiap tahun ialah stok wang pecahan kecil cepat habis, terutama apabila semakin hampir dengan Hari Raya.
Ada cawangan yang kehabisan stok lebih awal, manakala ada juga yang masih mempunyai bekalan. Semuanya bergantung kepada jumlah permintaan di kawasan tersebut.
Sebab itu ramai yang memilih untuk menyemak tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank lebih awal supaya dapat merancang waktu yang sesuai untuk berkunjung ke bank.
Sebelum pergi ke bank, ada beberapa perkara penting yang boleh anda semak terlebih dahulu bagi memudahkan urusan.
Langkah kecil seperti ini boleh membantu menjimatkan masa dan memastikan anda tidak pulang dengan tangan kosong.
Selain mengetahui tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank, merancang pecahan duit raya juga penting supaya pengagihan lebih teratur.
Berikut contoh pecahan yang sering digunakan oleh ramai keluarga.
Yang penting, jumlah duit raya tidak perlu berlebihan. Keikhlasan ketika memberi lebih bermakna daripada nilai wang itu sendiri.
Kesimpulannya, mengetahui tarikh tukar duit raya 2026 Bank Islam & Maybank lebih awal boleh membantu memudahkan persiapan menjelang Aidilfitri.
Setakat maklumat terkini, Bank Islam telah membuka kaunter tukar duit raya sejak 2 Mac 2026 untuk pemegang akaun, manakala Maybank pula menyediakan kaunter khas pada 10 Mac 2026 dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Dengan perancangan awal, urusan menukar duit raya boleh dilakukan dengan lebih lancar. Jadi anda boleh menikmati suasana Syawal dengan lebih tenang tanpa perlu risau soal wang pecahan kecil.
Sebagai ibu yang telah pun mengalami proses kehamilan beberapa kali, tentu sudah maklum akan kesan atau masalah kecantikan yang akan dialami setelah melahirkan anak.
Antara yang biasa terjadi kepada ibu selepas beranak atau dalam tempoh berpantang adalah seperti lingkaran gelap bawah mata, wajah berjerawat, kulit kusam dan tidak kurang juga ada yang mengalami keguguran rambut.
Semua ini terjadi kesan daripada perubahan hormon dan tidak dinafikan juga kerana biasanya ibu di dalam pantang kurang tidur dek kerana menjaga anak kecil siang dan malam.
Jika dibiarkan tanpa usaha untuk menjaga kecantikan diri, bimbang juga wajah tidak berseri selepas beranak.
Untuk itu, usah bimbang ada petua dan amalan yang boleh dijadikan rutin harian untuk mengembalikan semula kulit wajah yang berseri dan sekali gus menjadikan tubuh badan sihat.
Melalui perkongsian dari Mardziah Abdul Rahman via MAHN diharapkan dapat membangtu ibu-ibu untuk kembali cantik. Malah menurut Mardziah, minuman yang diamalkan itu juga berperanan sebagai menambah susu badan.
Ikuti perkongsiannya
“Sangat sesuai untuk mommies yang tengah breastfeed untuk tambah susu badan, nak kulit cantik n nak sihat…”-Mardziah
Bahan-bahan:
1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya
Cara penyediaan :
Rebus semuanya sampai kembang. Saya x letak gula sebab kurma tu dah manis kan. Tapi kalau nak manis lagi, boleh tambah gula batu madu.
Katanya lagi,
“Tong sum aka dong shen ni sangat bagus untuk kulit. Yang saya tau, ini sumber kolagen paling murah. So, x dapat makan bird nest atau marine collagen, boleh rebus minuman ni. Saya saja tambah barli untuk reduce heat badan di kala musim panas ni. Boleh diminum seisi keluarga”.
sumber : Mardziah Abdul rahman Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buah limau purut sememangnya tidak begitu asing penggunaannya. Malah dalam masakan sekali pun kita ada menggunakan limau purut untuk memberi rasa pada masakan. Tidak dengan itu, limau purut juga cukup sinonim digunakan dalam perawatan tradisional orang Melayu. Ini secara tidak langsung, menandakan limau purut cukup istimewa dan punya khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
Memandangkan sejak dahulu lagi hingga kini, limau purut digunakan dengan pelbagai tujuan. Jom semak apa kebaikan untuk ibu-ibu mengamalkannya.
1. Hilangkan letih
Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara in dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.
2. Haluskan kulit
Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.
3. Awet muda
Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.
4. Hilangkan kotoran baju
Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di