Fitrah bagi setiap wanita ingin kelihatan cantik, berseri malah suatu bonus jika dilihat lebih muda daripada usia sebenar. Pasti hati berbunga-bunga dan tersenyum ceria sepanjang hari jika ada yang memuji. Ia bagaikan suatu lambang penghargaan pada diri sendiri.

Namun demikian, tidak semua wanita bernasib baik memiliki kecantikan semula jadi. Ditambah pula jenis yang kurang mementingkan penjagaan diri sehingga mengakibatkan diri tampak lebih berusia.

Ini antara perkara yang akan buat wanita nampak lebih tua daripada umur sebenar.

1. Kulit Kering

Kulit kering adalah simptom awal yang menunjukkan bahawa badan kita sudah semakin kurang hormon. Ia mula menyusut apabila usia mencecah 25 tahun.

Kulit pada badan dan wajah akan mula terasa kering. Bagi yang dulunya kulit jenis berminyak, anda jangan terlalu senang hati bila kulit sudah tidak lagi berminyak dan berjerawat.

Sepatutnya, penjagaan wajah dan badan haruslah ditukar bersesuaian dengan perubahan kulit. Ini kerana, kulit wajah yang kering cenderung mudah kusam, berjeragat dan mula berkedut lalu membuatkan wajah kelihatan lebih tua.

IKLAN

2. Kenaikan Berat Badan Selepas Berkahwin & Bersalin

Apabila wanita mencecah angka 26 tahun ke atas, perubahan yang paling ketara ialah dari kenaikan berat badan saban tahun. Ini kerana penurunan hormon estrogen membuatkan kalori lambat dibakar. Ditambah tiada bantuan suplemen dan senaman berkala.

Wanita cenderung gemuk selepas berkahwin dan bersalin. Majoriti disebabkan rasa selesa atau alasan “sudah berpunya “ antara faktor tiada fokus untuk menjaga berat badan ideal.

Akibatnya, anda kelihatan berumur disebabkan badan dan wajah yang semakin berlemak, rambut yang makin menipis dan perut yang makin membuncit.

IKLAN

Percayalah, bentuk tubuh badan mampu mempengaruhi usia anda. Memiliki bentuk badan yang besar seringkali dilihat lebih berusia daripada umur sebenar.

3. Tidak gemar Cantikkan Diri Kerana Rasa Diri Sudah Tua

Perkara ini biasanya bagi wanita yang berfikiran agak tertutup dan pemalu. Ini kerana pada usia 30an ke atas adalah umur yang dianggap sudah matang.Wanita berpendirian begini agak kekok untuk berpenampilan menawan kerana segan dengan jiran tetangga mahupun tidak yakin untuk bergaya. Walhal, berpenampilan menarik mampu meningkatkan keyakinan diri sekaligus mengelakkan anda kelihatan berumur dan berwajah kusam.

IKLAN

4. Mengabaikan Kesihatan Dalaman Wanita

Apabila sudah berkahwin dan beranak pinak, ramai yang tidak mengamalkan apa-apa suplemen. Samada kurang kesedaran atau masalah kewangan.

Jika suplemen memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak, memadai dengan penjagaan makanan kesihatan yang baik. Apabila diserang pelbagai penyakit seperti tombong, keputihan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ia akan mengganggu kepada raut wajah anda. Sekaligus ia menampakkan wajah berumur dari usia sebenar.

5. Malas

Ya, ini penyakit yang dialami oleh ramai wanita. Bila diturutkan rasa malas memang semuanya takkan menjadi. Nak mandi malas, nak bersenam malas, nak berdandan malas, nak sikat rambut pun malas.

Alasan yang selalu diberi sibuk jaga rumahtangga, kerja dan sebagainya. Bila ia berlarutan, ‘penyakit’ ini lah yang akan membuatkan anda kelihatan tidak terurus serta nampak tua dari usia.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI