Buat penggemar kek buah yang dikukus pastinya akan berpuas hati bila dapat menikmati kek buah kukus yang mempunyai  rasa yang lemak manis, moist dan sarat dengan pelbagai jenis buah-buahan kering di dalamnya.

Pun begitu, diakui menyediakan kek buah kukus ini bukanlah mudah dan biasanya mengambil masa yang panjang ketika  proses mengukusnya. Melebihi dua tiga jam barulah kek buah kukus ini masak sempurna. Tapi bila sudah suka, masa memasak yang panjang bukanlah halangannya untuk kita sediakan kek buah kukus ini. Apatah lagi, keistimewaan kek buah yang dikukus boleh bertahan hingga berbulan-bulan lamanya jika disimpan dengan baik.

Untuk itu, sesiapa yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri apa kata buat dengan resipi yang dikongsikan oleh Maz Abdul. Merujuk resipi yang dikongsikannya itu, masa yang diambil untuk mengukus kek buah ini adalah dua jam dan ada tips atau teknik kukusan yang dikongsikannya juga. Nak tahu lanjut, ikuti resipi dan cara membuatnya.

IKLAN

Kek Buah Kukus Super Moist, Rupa Cantik Rasa Apatah Lagi. Ni Resipi & Tips Nak Buatnya!

IKLAN

RESEPI KEK BUAH KUKUS
Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit
– panaskn gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
– masukkn air panas perlahan-lahan dan masak semula hingga gula larut.
– masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
– masuk pula mix fruit, masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.
Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
– ayak bahan2 3 kali
– masukkan ke dalam adunan A sikit-sikit sambil dikacau hingga rata.
Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla
– pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
– boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
– tuang adunan dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak sahaja)
– tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dengan kain.
– pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
– kukus kek selama 2 jam.
Sejam yang pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
– bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dalam kek tak turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA

IKLAN

Sumber  : Maz Abdul via Resepi Masakan 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI