Pelukan daripada seorang ibu atau ayah kepada anak-anaknya adalah sebagai tanda ungkapan kasih dan sayang. Bahkan pelukan itu, bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak agar rasa diri mekera disayangi malah kita sebagai ibu dan ayah juga mendapat manfaatnya.

Ini dijelaskan oleh Encik Najmi Nawawi yang juga sangat aktif menulis dalam aspek parenting. Menurutnya, minimum kita perlukan 4 kali pelukan sehari dan sebaik-baiknya 12 pelukan setiap hari. Jom ketahui lanjut tentang ini untuk manfaat bersama.


Jangan kita sangka mempelajari ilmu parenting akan memberi kebaikan kepada anak-anak semata-mata. Kerana sebenarnya, kita juga mendapat impak yang sangat positif dari ‘parenting’ yang dibina khususnya dari sudut emosi.

Ramai ibu bapa yang suka mencari dan sangat mencintai ilmu parenting. Berusaha dan tidak kenal erti putus asa dalam mendidik anak-anak ke arah matlamat yang dikehendaki. Suka untuk ke majlis ilmu dan juga membaca artikel-artikel keibubapaan demi masa depan anak-anak.

Namun sedarkah kita, dalam kita berusaha bersungguh-sungguh dalam dunia ‘parenting’ sebenarnya kita juga memperoleh manfaat yang sangat besar daripadanya.

Peluk Anak Sekurang-kurangnya 4 Kali Sehari, Tu Ada Sebabnya! Pakar Parenting Ni Jelaskan.

Contohnya, kita akan rasa sangat tenang setelah memeluk anak-anak. Inilah antara manfaat besar yang kita peroleh dari dunia parenting. Sebab itu kalau kita berasa dalam keadaan tertekan atau penat, jika kita peluk anak, kita akan menjadi tenang.

IKLAN

Sebenarnya kita memerlukan 4 pelukan sehari untuk ‘survival’, kita perlukan 8 pelukan sehari sebagai ‘maintenance’ dan kita memerlukan 12 pelukan sehari untuk ‘growth’.

1. Pelukan kurangkan rasa bersalah terhadap anak.

Umpama sebuah ‘antidote’ untuk rasa bersalah. Dalam pelukan, hanya ada kita dan anak. Satu jalinan yang unik yang mampu mengubati, tanpa ganguan gajet dan lain-lain. Mungkin ada masanya kita rasa tidak adil dalam pembahagian masa berkualiti untuk anak-anak. Maka dengan pelukan itu, rasa bersalah terhadap anak-anak mampu diubati dan bertukar menjadi motivasi untuk terus membaiki diri.

2. Pelukan juga kurangkan stress.

IKLAN

Dalam kepenatan seharian mencari rezeki untuk keluarga, penat dan letih dengan cabaran dan masalah tempat kerja. Memeluk anak amat membantu untuk memberi kita kebahagiaan dan melupakan dunia masalah. Ianya umpama ubat untuk mengurangkan manifestasi fizikal stress. Tindakan ini juga boleh dipanggil sebagai ‘hug-break’, dan kajian membuktikan 20 saat sudah memandai untuk mengurangkan rasa stress.

3. Pelukan tambah keyakinan diri.

Jika mahu menambah keyakinan diri sendiri, percayalah ia boleh dilakukan dengan memberi pelukan pada anak kita. Semasa memeluk anak, hormon cinta atau lebih dikenali sebagai oxytocin akan meningkat. Kajian membuktikan bahawa oxytocin mampu meningkatkan daya keyakinan tinggi individu. Pelukan ialah lambang kecintaan dan kepercayaan. Ia juga membuatkan kita rasa lebih yakin dengan peranan kita sebagai ibu bapa! win-win!

IKLAN

4. Bantu kita untuk elak jatuh sakit

Umpama immune-booster harian yang sangat berkesan. Itulah pelukan, yang boleh menguatkan imunisasi diri dan dalam masa yang sama merendahkan tekanan darah dan ‘heart rate’. Merehatkan otot-otot badan yang seharian penat bekerja. Apabila keperluan emosi kita dilengkapi dengan pelukan kepada anak, ia menyelamatkan kita dari menjadi ’emotional eater’ yang boleh buat kita gemuk.

5. Pelukan memberi kebahagiaan.

Menghadapi hari yang sukar? Maka pergi kepada anak anda dan peluklah anak anda. Ia mungkin satu-satunya terapi yang boleh mengembalikan hari anda kepada lebih baik. Level oxytocin yang tinggi mampu membaiki mood dan memberi perasaan positif seperti kegembiraan. Hormon gembira ini mampu mengatasi rasa tidak tenang dan serabut seterusnya menukarnya kepada perasaan seronok. Pelukan menambah kemampuan diri untuk mengurus emosi dan perasaan.

p/s : Banyak kajian sudah membuktikan pelbagai kebaikan dalam pelukan. Lagi banyak kita memberi pelukan, lagi banyak manfaat kita perolehi. Pergi peluk anak anda sekarang!

sumber : Najmi Nawawi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI