Tentu ada yang mengidam nak makan kek keju atau cheese cake. Mana taknya, nak pergi kedai confirm tak boleh. Apa kata kita buat aje di rumah. Bahan nak buat kek keju ni pun guna tiga bahan aje.
Ikuti perkongsian ini.
3 Bahan je boleh buat kek sedap gila yg sgt mabelessss..
*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
CARA-CARA
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.
1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat
Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.
Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
2. Asingkan Telur Putih & Pukul
Ads
Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.
Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese
Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Campurkan Semua Bahan
Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
5. Tuang Dalam Loyang
Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
Ads
6. Bakar
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).
Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
Ads
7. Sejukkan
Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
8. Topping
Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
MEMANG GEBU & LEMBUT!
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Boleh dikatakan siapa sahaja yang tidak pandai merebus telur bukan? Hanya masukkan beberapa biji telur ke dalam periuk berisi air, kemudian letakkan di atas api dan biarkan mendidih untuk beberapa minit, siap.
Photo by Anton Nazaretian on Unsplash
Memang tidak dinafikan cukup mudah, namun apa yang jadi tidak puas hati adalah apabila hendak dikupas kulit telur tersebut melekat. Habis menggerutu telur yang dikupas dan lebih menyedihkan lagi bila dikupas kulitnya terkopek sekali dengan isi telur tersebut. Rugi pula terbuang begitu sahaja.
Tidak mahu berlaku seperti itu, sebenarnya ada banyak petua dan cara boleh dilakukan untuk pastikan kulit telur rebus mudah ditanggalkan dan dalam masa yang sama telur nampak elok kejadiannya, berkilat dan licin.
Salah satunya seperti yang dikongsikan di facebook oleh Basiroh Kz di salah satu group masakan. Difahamkan petua tersebut diperolehi daripada kenalannya yang berasal dari Indonesia.
Petua Rebus Telur Agar Cantik ‘Kejadiannya’
Mungkin sudah ramai yang sudah tahu petua ini. Dulu-dulu saya gagal rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu.
Bila dapat petua daripada kenalan dari Indonesia barulah dapat hasil yang sebegini. Jadi saya nak kongsikan petua mudah ini.
Cara-caranya :
1.Masukkan 2 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil cuka masakan.
2.Rebus seperti biasa menggunakan api sederhana. InshaAllah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah dan sgt mudah dikupas.
Ekstra Tip
1.Paras air pastikan tenggelam telur.
2. Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih
3.Lebih kurang 10 minit sahaja rebusnya
4.Bila sudah cukup masanya terus buang air.
5.Teknik nak mudah kupas kulit. Guna belakang sudu ketuk-ketuk manja saja, kulit dah retak senang nak kupas.
Lazimnya apabila meraikan Hari Raya Aidiladha, masakan sup tulang adalah wajib selepas selesai majlis korban. Rasa enak daging segar akan membuatkan sup tulang menjadi lebih sedap.
Pelbagai resipi sup tulang menjadi pilihan kita antaranya resipi sup tulang ala thai sebagaimana perkongsian ini. Boleh cuba buat resipi ini. Penyediaanya pun mudah!
SUP TULANG/DAGING ALA THAI
BAHAN :
2 kg tulang
1kg daging lembu/gearbox -rebus semua hingga lembut
1 batang saderi (hiris)
3 helai daun bay
3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jadi pahit)
1 biji buah keras (blend)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 btg serai (ketuk)
1 btg lobak (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong)
2 biji tomato (belah 4)
Cili padi 5 btg
kiub maggi Lembu 1 kiub
BAHAN TUMBUK @ KISAR :
Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/sy ambil isi dlm sup bunjut tulang, blend skli dgn bawang). Daun ketumbar dan perahan limau nipis
CARA:
Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk. sy tak ambil air rebusan. Didihkan air dalam periuk, masukkan halia (ketuk), bawang holland hiris, serai (ketuk) biarkan mendidih.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk/kisar, daun limau purut, daun bay, kiub lembu dan masukkan 2sdb rempah sup, (saya guna rempah sup adabi) masak sehingga naik bau . Masukkan 3 sekawan.
Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan. , masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang n lobak empuk.
Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa. Siap.Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice then makan dgn sambal kicap.
Resepi perkongsian sahabat saya. Saya gabungkan sedikit resepi ala thai saya.
Masakan Char Kuey Teow adalah antara yang digemari oleh seisi keluarga. Jika makan panas-panas memang sedap. Namun nak buat jadi lebih sedap bukan hanya bahan menumisnya tetap pesnya.
Ada rahsia untuk buat pesnya jadi lebih sedap untuk dicampur dengan masakan Char Kuey Teow.
Wanita ini berkongsi rahsianya, katanya setelah berkali melakukan percubaan akhirnya berjaya mendapat rasa masakan yang enak.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
RESEPI CHAR KUEY TEOW SEDAP & MUDAH
Lepas beberapa kali percubaan, inilah resepi char kuey teow yang saya dah olah dan paling menjadi. Bila rasa nak makan, mudah je sebab pesnya dah tersedia. Caranya cukup mudah.
BAHAN PES
1 kg udang (ambil kulit & kepala untuk buat pati) 2 senduk kicap manis 2 senduk kicap pekat 2 senduk sos tiram 2 kiub ikan bilis 2 sudu cili boh 6 ulas bawang putih diketuk
CARA-CARA
1. REBUS KULIT & KEPALA UDANG
Mula-mula siang udang, kemudian ambil kulit dan kepalanya. Rebuskan sampai masak/ bertukar warna oren.
2. KISAR & TAPIS
Biar sejuk sikit dan lepas tu bolehlah kisarkan kepala udang dan kulitnya bersama air rebusan tadi. Tapiskan hampas dan ambil airnya. Hampas tu boleh buang atau buat baja
3. MASAK PES
Kemudian ambil pati udang tadi dan masak semula atas api. Campurkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh ke dalam air tapisan udang tadi. Lepas tu tambahkan 6 ulas bawang putih yang diketuk.
4. TUNGGU HINGGA PEKAT
Bila semua bahan tadi dah mendidih, perlahankan api dan biarkan dalam 30 minit atau lebih. Air rebusan tadi akan menjadi lebih pekat dan bawang putihpun dah hancur. Boleh tengok beza garisan atas masa awal masak dan garisan bawah selepas 30 minit.
5. MASAK DENGAN KUEY TEOW
Bila dah siap pesnya tadi, sekarang bolehlah kita guna pes ni untuk masak char kuey teow.
MUDAH AJE MASAK LETAK PES CHAR KUEY TEOW, GERENTI SEDAP!
Masak sepinggan sepinggan lagi sedap tau, baru rasa dia ‘kick’! Caranya, tumis 2 ulas bawang putih dan masukkan udang. Letak 1 senduk pes char kuey teow tadi dan sedikit air. Tambah kuey teow, lepas tu pecahkan telur sebiji. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Last sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Siap