Petang-petang begini dapat menikmati kek yang dimasak sendiri sebagai juadah minum petang menarik juga bukan? Dapat pula  sedekah kepada  jiran-jiran sepotong dua, bertambah berkat menu yang dimasak.

Jadi apa kata, anda sediakan kek ciffon pandan yang gebu gebas ini mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mas Cotek  ini. Menariknya juga resipinya menggunakan sukatan cawan, jadi lagi mudahlah untuk anda sediakan tanpa perlu ada penyukat matrik yang khusus.

Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba resipi yang dikongsikan ini.

Kek Ciffon Pandan Sangat Ringan, Gebu & Lembut, Buat Sendiri Memang Puas Hati!

Kek Ciffon Pandan

Bahan A
6 biji putih telur (telur A)
1 sudu teh cream of tartar
3/4 cawan gula halus

Caranya
1.mix putih telur sehingga berbuih
2.masukkan gula dan cream of tartar
3.mix lagi sehingga kental /bertanduk.. ketepikan

Bahan B
6 kuning telur
1/2 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung self raising (blue key)
1/4 cawan minyak jagung
1/4 cawan air pandan (blend 4 helai)
1/2 cawan santan kara
sedikit pewarna hijau

IKLAN

Caranya
1.Dalam bekas lain mix kelajuan sederhana kuning telur bersama gula halus
2.Masukkan minyak,air pandan, pewarna hijau dan santan.. mix lagi
3.Akhir sekali masukkan tepung..mix perlahan sehingga sebati
4.Langkah seterusnya masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit.. kaup balikkan sehingga sebati
5.Masukkan ke dalam loyang hentak sekali dua
6. Bakar suhu 170 selama 1 jam api atas bawah

Kek Ciffon Pandan Sangat Ringan, Gebu & Lembut, Buat Sendiri Memang Puas Hati!
7.Keluarkan dari oven terus terbalikkan atas redai kek dan biarkan kek sejuk (lebih kurang 45min)
8. Sisipkan keliling kek keluarkan dari loyang
9. Siap

Kek Ciffon Pandan Sangat Ringan, Gebu & Lembut, Buat Sendiri Memang Puas Hati!

Nota:
Loyang #Jangan di lanser dgn margerin/minyak dan sebagainya
saiz loyang opah guna 22cm @ 9in

IKLAN

Sumber : Mas Cotek 

 

ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Kek Ciffon Pandan Sangat Ringan, Gebu & Lembut, Buat Sendiri Memang Puas Hati!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Kek Ciffon Pandan Sangat Ringan, Gebu & Lembut, Buat Sendiri Memang Puas Hati!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI