Mempelbagaikan resipi kek yang biasa-biasa dengan sedikit kelainan mampu memberi rasa yang luar biasa.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini dengan mengambil idea daripada kek apollo. Nyata menurutnya, daripada kek kampung yang biasa-biasa telah berubah menjadi luar biasa rasanya.

Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

Godaan jiwa semata-mata..semuanya fresh dari dapur tengah malam-malam ni..saya tak reti buat kek yang mengoda perasaan..apa yang sempat saya belajar dengan arwah mak ialah kek kampung sahaja..

Asalnya kek kampung memandangkan coklat coin beryls ada lebih saya buat toping untuk kek ni..dah siap rasa kek apollo yang budak-budak selalu makan tu boleh la lain hari buat untuk anak-anak buah..hehehee

IKLAN

Kek Kampung Je, Tapi Bila Letak Topping Coklat. Rasanya Memang Superb!

Resepi ..ni untuk 1 loyang ye,ikot saiz loyang korang la..

1 cawan majerin (cap pelangi)..
1 cawan gula halus agak-agak he tak nak manis kurangkan..
2 cawan tepung gandum
3 bijik telur
1 sk asen vanilla
2 Sb susu pekat
1 sudu kecil baking powder ayak bersama tepung.

IKLAN

Cara penyediaan :

1. Putar majerin,gula dan asen vanilla sehingga putih gebu kembang.

2.Masukkn telur sebiji demi sebiji mix sampai betol-betul kembang.

IKLAN

3.Kemudian masukkan susu pekat gaul-gaul gitu , masukkn tepung kacau bagi sebati pakai senduk je.

4.Panaskan oven dalam 10-15minit bakar api atas bawah 160° selama 45minit bergantung oven masing-masing.

5.Dah masak sejukkan, untuk coklat cairkan kemudian tabur ke atas kek..coklat tu saya cairkan dengan kaedah double boiler.

sumber :  SuiSan Aliezsha via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI