1) putar cream cheese hingga licin & tidak berketul.
2) masukkan susu pekat mengikut kemanisan tekak masing² .putar lg hingga sebati
3) masukkan susu segar mengikut kecairan & kepekatan yang bersesuaian .putar hingga, sebati semuanya.
Melihat kemerahan warna kuih sagu yang disalut dengan parutan kelapa muda yang memutih memang mampu membuka selera peminatnya. Malah mengenangkan kuih sagu ini, sering juga terimbau kenangan dulu-dulu di kampung. Boleh dikatakan kuih ini antara menu yang popular disediakan oleh mak-mak kita sama ada untuk juadah sarapan mahu pun minum petang.
Sementelah kuih ini mempunai rasa yang enak, apa kata kita pula mencuba menyediakan kuih sagu ini untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Jom semak resipinya.
Alhamdulillah..sepanjang seminggu lebih mak dok umah kak nanie..dah 2 kali mak request nak makan kuih sagu ni..mak kata dulu-dulu dia buat tak pernah jadi..mesti putih sagu tu tak hilang-hilang walaupun kacau atas dapo sampai lengan sado.
Jom siapa-siapa nak try buat..ikut gambar step by step ya..jangan derhaka tau, sudu guna sudu makan.. loyang kak nanie size 9inci yek.. Pandai-pandai la korang agak-agak..kot loyang kecik..buat 2 loyang..tak pun buat separuh sukatan jek .. dah tengah kukus boleh la buat keja lain ek..nak basuh kain ke..nak basuh pinggan ke..jangan pegi tido sudah.
Step 1: Sagu 1/2 Kg
Step 2: Cuci ya..jangan kasar-kasar tau. Cuci manja je gitew, cuci jangan banyak kali..nanti kekurangan kanji/kanji hilang. Lepastu rendam air agak-agak macam dalam gambar ya. Lebih kurang 1/2 inci atas sagu. Sementara nak tunggu sagu kembang. Pi panaskan pengukus siap-siap..jangan dok termenung pulak.
Step 3 :Lebih kurang 10 minit sagu akan kembang seperti ini. Dah tak nampak dah air yang kita rendam tadi.
Step 4 : Masukkan gula lebih kurang 12-13 sudu makan atau sesedap rasa ditekak masing-masing. la senang, rasa la nanti tahap manisnya tu..kak nanie rasa taktau banyak mana nak dapat. Ketepatan manisnya yang tekak kak nanie nak
Step 5 : Pehtu letak la pewarna.kak nanie suka letak sirap Ros.wangii.sedapppp…Suka hati ler nak merah banyak mana..Jangan merah makngah sangat udah leerr..kang tak tertelan kang
Step 6 : Kacau rata-rata..ini la rupa selepas campur gula dan sirap..kira dah secukup rasa lah ni. Bila kita kacau..nanti akan nampak airnya..air pun banyak gitu je..jangan pandai-pandai tambah air yek..kang terlembik kak nanie tak bertanggungjawab.
step 7 : Lepastu letak dalam loyang..kak nanie tak ada tambah air dah ya..air tu yang awal-awal kak nanie rendam sagu..tapi tengok keadaan sagunya juga la..air paras-paras sagu..masih nampak sagunya..Loyangtu kak nanie gris dengan minyak sikit..nipis-nipis je.. Tujuan supaya tak melekat..haaa..pastu kukus la lebih kurang 30 – 40 minit gitu..sampai putih sagu hilang la senang..kang cukup 40 minit tak hilang-hilang putihnya kak nanie lak disalahkannya dah tengah kukus boleh la pi sidai kain ke..sapu rumah ke..siram pokok Bunga ke..jangan pegi tido sudah
Step 8 :Tadaaaaaa…gini la kejadiannya..Setengah kilo ngam-ngam dengan loyang kak nanie. Loyang korang kak nanie tak tau ya … pastu tunggu la sejuk dulu baru potong..jangan panas-panas korang potong. Haaaa..apa lagi..pi cepat-cepat buat..satgi boleh ngapppp
step 9 : Dah sejuk bolehla di potong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut tu kak nanie tambah secubit garam, gaul rata-rata dengan sudu dan kukus sekejap seminit dua..jangan lelama.. tujuan untuk kelapa tahan lama dan tak cepat basi) Taraaaa..kuih sagu buatan air tangan kak nanie yang kasar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar kuih-kuih tradisional tentu suka menikmati kuih yang dipanggil dengan nama Kuih Kasturi, Kuih Kacang Hijau atau juga dikenali sebagai Kuih Rengas di sesetengah tempat. Sekali sekala dapat menikmati kuih ini, tentu ada yang terkenang zaman kecil-kecil dulu saat ibu menyediakan menu ini sebagai sajian sarapan sebelum pergi ke sekolah.
Betapa rasa intinya yang lembut dengan rasa lemak kacang hijau bersatu dengan kelapa parut dan kemudian celupan tepung yang ranggup setelah digoreng, menjadikan Kuih Kasturi ini digemari ramai dari dulu hingga kini.
Pun begitu, jika membeli kuih ini di kedai mungkin rasanya tidak seperti yang kita harapkan. Terkadang keras disebabkan peniaga terlebih bancuhan tepung berbanding jika buat sendiri kita pasti akan menggunakan 100% kacang hijau bersama kelapa parut untuk menghasilkan inti yang lembut dan berasa seperti mak-mak kita buat.
Jadi apa kata kali ini anda sediakan sendiri Kuih Kasturi ini memandangkan Ramadan pun sudah hampir tiba. Jadi bolehlah kuih ini difrozenkan untuk memudahkan digoreng ketika hendak berbuka mahupun bersahur kelak.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Zunaidah Hamid. Selamat mencuba!
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di