Melihat kemerahan warna kuih sagu yang disalut dengan parutan kelapa muda yang memutih memang mampu membuka selera peminatnya. Malah mengenangkan kuih sagu ini, sering juga terimbau kenangan dulu-dulu di kampung. Boleh dikatakan kuih ini antara menu yang popular disediakan oleh mak-mak kita sama ada untuk juadah sarapan mahu pun minum petang.

Sementelah kuih ini mempunai rasa yang enak, apa kata kita pula mencuba menyediakan kuih sagu ini untuk dinikmati bersama keluarga tersayang. Jom semak resipinya.


Alhamdulillah..sepanjang seminggu lebih mak dok umah kak nanie..dah 2 kali mak request nak makan kuih sagu ni..mak kata dulu-dulu dia buat tak pernah jadi..mesti putih sagu tu tak hilang-hilang walaupun kacau atas dapo sampai lengan sado.

Jom siapa-siapa nak try buat..ikut gambar step by step ya..jangan derhaka tau,  sudu guna sudu makan.. loyang kak nanie size 9inci yek.. Pandai-pandai la korang agak-agak..kot loyang kecik..buat 2 loyang..tak pun buat separuh sukatan jek .. dah tengah kukus boleh la buat keja lain ek..nak basuh kain ke..nak basuh pinggan ke..jangan pegi tido sudah.

Step 1 : Sagu 1/2 Kg

Step 2 : Cuci ya..jangan kasar-kasar tau. Cuci manja je gitew, cuci jangan banyak kali..nanti kekurangan kanji/kanji hilang. Lepastu rendam air agak-agak macam dalam gambar ya. Lebih kurang 1/2 inci atas sagu. Sementara nak tunggu sagu kembang. Pi panaskan pengukus siap-siap..jangan dok termenung pulak.

Step 3 : Lebih kurang 10 minit sagu akan kembang seperti ini. Dah tak nampak dah air yang kita rendam tadi.

Step 4 : Masukkan gula lebih kurang 12-13 sudu makan atau sesedap rasa ditekak masing-masing. la senang, rasa la nanti tahap manisnya tu..kak nanie rasa taktau banyak mana nak dapat. Ketepatan manisnya yang tekak kak nanie nak

IKLAN

Step 5 : Pehtu letak la pewarna.kak nanie suka letak sirap Ros.wangii.sedapppp…Suka hati ler nak merah banyak mana..Jangan  merah makngah sangat udah leerr..kang tak tertelan kang

Step 6 : Kacau rata-rata..ini la rupa selepas campur gula dan sirap..kira dah secukup rasa lah ni. Bila kita kacau..nanti akan nampak airnya..air pun banyak gitu je..jangan pandai-pandai tambah air yek..kang terlembik kak nanie tak bertanggungjawab.

IKLAN

step 7 : Lepastu letak dalam loyang..kak nanie tak ada tambah air dah ya..air tu yang awal-awal kak nanie rendam sagu..tapi tengok keadaan sagunya juga la..air paras-paras sagu..masih nampak sagunya..Loyangtu kak nanie gris dengan minyak sikit..nipis-nipis je.. Tujuan supaya tak melekat..haaa..pastu kukus la lebih kurang 30 – 40 minit gitu..sampai putih sagu hilang la senang..kang cukup 40 minit tak hilang-hilang putihnya kak nanie lak disalahkannya  dah tengah kukus boleh la pi sidai kain ke..sapu rumah ke..siram pokok Bunga ke..jangan pegi tido sudah 

Step 8 :Tadaaaaaa…gini la kejadiannya..Setengah kilo ngam-ngam dengan loyang kak nanie. Loyang korang kak nanie tak tau ya … pastu tunggu la sejuk dulu baru potong..jangan panas-panas korang potong. Haaaa..apa lagi..pi cepat-cepat buat..satgi boleh ngapppp 

step 9 : Dah sejuk bolehla di potong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut tu kak nanie tambah secubit garam, gaul rata-rata dengan sudu dan kukus sekejap seminit dua..jangan lelama.. tujuan untuk kelapa tahan lama dan tak cepat basi) Taraaaa..kuih sagu buatan air tangan kak nanie yang kasar

sumber : Nanie Shaffiee via mahn