Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor pada pagi Jumaat.
Bayi lelaki seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 3.53 pagi.
Kata isteri Azwan Kombos ini lagi, kelahiran kali ini sedikit berbeza kerana ia lebih menyakitkan.
“Walaupun agak sakit tapi Allah permudahkankan urusan, jadi tidak terlalu lama saya menahan sakit itu.
“Alhamdulillah, sudah ada sepasang cahaya mata, memang banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia.
“Doktor yang melakukan prosedur kelahiran adalah orang sama dan proses bersalin juga sama… cuma yang berbeza hanya rasa sakit sahaja,” ujarnya lagi turut memaklumkan akan menjalani proses berpantang di kediaman ibunya di Bentong, Pahang.
Dalam pada itu, Ezzaty turut meluahkan rasa syukur kerana impian untuk melahirkan anak pada hari Jumaat tercapai.
Ads
“Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini.
“InsyaAllah selepas ini saya sambung berpantang di rumah mak. Saya bawa confinement lady sekali untuk tinggal di kampung selama 44 hari,” ujarnya.
Ditanya nama anak lelakinya itu, Ezzaty memaklumkan akan berkongsi mengenai perkara itu pada hari ketujuh kelahiran.
Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.
Ads
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Biskut Mama Carrie suatu ketika pernah popular menjadi antara biskut yang istimewa untuk dihidang di hari raya. Pun begitu, mungkin anak-anak zaman ini kurang kenal dengan biskut yang comel dan cantik ini.
Bukan sahaja bentuknya menyebabkan biskut ini disukai, malah rasanya juga memang enak dan rasanya juga rangup. Boleh dikatakan memang jaranglah orang tak suka. Tak kira peringkat umur, semuanya menggemari rasa biskut ini.
Jadi buat anda yang ingin mengimbau kenangan dan memberi kesempatan untuk anak-anak merasa kuih yang menjadi biskut kegemaran kita sewaktu kecil dahulu, apa kata buatkan biskut ini untuk dijadikan antara pilihan biskut istimewa untuk dinikmati seisi keluarga.
Mama carey
200g buttercup
1/2 cwn gula kastor ( blend halus )
1 biji kuning telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn + 2 sudu besar tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn susu tepung
1.Pukul butter dan gula hingga sebati
2.Kemudian masukkan telur & esen vanilla.. pukul lg hingga rata..
3.Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung gaul dgn tangan uli hingga jdi doh yg agak lembut..jika adunan lembut sgt tambah sedikit tepung dlm 1 sudu besar..
4.Simpan dlm peti ais dlm 15 minit,keluarkan dan canai, jangan nipis sgt..terap dgn acuan yg sesuai..bakar pd suhu 150c selama 10 minit.. sejukkan dulu sebelum hias.
Topping aicing
1 biji putih telur
3/4 cwn gula icing (di ayak)
1 sudu besar tepung jagung
Pewarna
Caranya
1.Pukul telur putih hingga kembang kemudian masukkan gula icing & tepung jagung pukul lg dgn high speed hingga likat..
2.Masukkan dlm piping beg & picit icing atas biskut.. rata dgn jari telunjuk,biar tebal skit ye baru nampak cantik.. ambik pencungkih gigi celup dlm pewarna hijau & buat 3 line pd biskut dan tarik ke bawah…celup pula pewarna merah buat 3 titik atas daun dan buat 3.gerakan membulat antara titik2 untuk corak bunga..
4.Bakar sekali lg pd suhu 150c selama 10 minit hingga aising Keras..siap.
Dalam melayari alam rumah tangga, pasti akan timbul masalah. Namun sejauh mana kita boleh menanganinya tanpa mencetuskan perbalahan. Rumahtangga yang berjaya bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah.
Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.
Malah, isteri ni sebenarnya suka sangat kalau suami sentiasa tunjuk kasih sayang padanya. Jadi, sebagai suami kena ada sifat bersyukur barulah rumah tangga bahagia. Hadamkan perkongsian oleh saudara Mohd Fhais ini tentang cara bagaimana rasa bersyukur itu boleh buat rumah tangga bahagia.
Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya!
Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan.
#5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut – Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
– Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik.
– Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak – Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
– Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut.
– Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan – Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
– Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan – Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
– Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan.
– Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman – Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
– Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
– Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Orang yang kuat bersyukur ni dia tak cepat marah dan sentiasa nampak sisi kebaikan dalam setiap orang. Hebatkan!
p/s : Tolong saya sebarkan tips ini pada orang lain juga kerana tips ini sangat bermanfaat buat keluarga mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam. Kalau lebih dari tu, itu ego.”
Ikuti perkongsian saudara, Saudara Firdaus Syakirin mengenai hubungan suami isteri yang harus diambil tahu agar jalinan kasih sayang kekal bahagia.
Bergaduh pagi, petang baik balik.. Bergaduh petang, malam baik. Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain.
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu..
Lelaki ada ego, perempuan ada ego.
Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi.
Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat.
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.