“Kelam Kabut Saya Pinjam Baldi Dan Mop..”-Anak Termuntah, Tindakan Datuk Fazley Mop Lantai Jadi Bualan!

Share

Membawa anak-anak ke kedai serbaneka tentunya jika ingin dimbau pelbagai insiden kita anak beranak berlaku di sana. Ada kelakar dan tidak kurang juga membuatkan kita sebagai ibu ayah berasa cemas dan cuak.

Lebih-lebih lagi jika kita terjatuhkan barang  yang ada di sana. Bila ini berlaku, sepantas kilat kita akan segera ambil barang tersebut dan letakkan semula di tempat asalnya.

Itu insiden biasa berlaku, namun lain pula kisah dan pengalaman penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Fazley Yaakob bila baru-baru ini berkongsi video di laman Instagram.

Kelihatan dia sedang memegang kayu mop untuk membersihkan lantai sebuah kedai serbaneka gara-gara anak lelakinya termuntah di kedai tersebut. Hal ini telah menjadi bualan netizen bahkan telah meraih pujian orang ramai.

“Piyush termuntah di kedai? Hahaha, masih saya ingat masa ni, Fierudz masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai.

“Kelam kabut saya pinjam baldi dan mop dari kedai tu. Nak marah (anak) kasihan dan masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkanlah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan?

“Kalau anda, anda buat apa,” coretnya menerusi ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen memuji dengan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Fazley Yaakob.

“Kejadian yg rare berlaku.. kalo org lain dah keluar tggl kan aje staff yg akan buat.. Respect Dato! ,” komen salah seorang netizen.

“Mulianya pekerti Dato & beri contoh yg baik buat anaknya juga masyarakat 👍🏼👍🏼👍🏼,” puji yang lainnya.

“Saya pun akan buat bnda yang sama.. jika anak tumpahkan makan or air kat kedai pun saya minta tisu pada owner kedai bersihkan lantai dan meja sebelum balik.. In shaa Allah jika kita sentiasa permudahkan urusan orang lain Allah akan permudahkan urusan kita ❤️,” komen yang lain.

 

 

 

IKLAN