Kelebihan santan yang diparut daripada sebiji kelapa dikatakan santannya lebih berlemak dan pekat. Enak dimasak pelbagai menu bahkan parutan kelapa yang segar juga diperlukan untuk menghasilkan salutan pada kuih tradisi seperti kaswi, kuih sagu dan sebagainya menjadi lebih menyelerakan.
Pun begitu, tidak dinafikan parutan kelapa juga akan mudah berubah rasa menjadi masam atau dikatakan basi jika tidak disimpan dengan baik.
Namun melalui perkongsian daripada Ani Zam, rupanya ada cara yang boleh dipraktikkan untuk pastikan parutan kelapa kekal segar untuk satu tempoh yang lama.
Mengetahui bagaimana caranya itu, jom semak perkongsiannya.
Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lama
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata.
Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
Ads
3. Masukkn loyang ke dlm kukusan yg telah di panaskan
4. Kukus selama 15 minit
5.Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat .
sumber : Ani Zam via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kepada keluarga yang menggemari yong taufu pasti akan ternanti-nanti adanya pasar malam di kawasan perumahan untuk dapat menikmati keenakan rasanya. Tapi tidak lagi sekiranya sudah tahu cara dan resipi untuk membuat kuahnya yang pekat dan berasa.
Malah dikatakan, bila kita sediakan sendiri kosnya jauh lebih menjimatkan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Husma Husin, dikatakan hanya RM 50 diperlukan untuk menyediakan sos berserta pelbagai pilihan frozen food untuk dimakan bersama-sama keluarga yang ramai. Memang cukup berbaloi.
Jadi apa kata, kali ini anda pula mencuba resipi ini dan dapatlah kiranya dijamah bersama-sama keluarga tercinta.
YONG TAUFU.
Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.
Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.
Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
[Edit]
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya.
Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.
Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
BAHAN B – KUAH SUP
3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)
Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas. Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.
Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
Siapa suka masak kerang,mesti sudah tahu tip atau petua untuk membersihkan kulit kerang agar apabila dicuci nampak lebih bersih dan berselera untuk dimakan. Namun mungkin ada yang belum tahu, ada juga petua bagaimana hendak membersihkan lumpur-lumpur yang ada di dalam perut kerang.
Nak tahu bagaimana caranya, jom semak perkongsian bermanfaat daripada puan Shamsiah ini.
Petua untuk membersihkan lumpur-lumpur dalam perut kerang.
1. Segenggam garam
2. Beberapa tangkai cili kering
-rendamkan kerang bersama garam & cili kering selama 30 minit. Insya Allah kerang-kerang tersebut berlumba-lumba memuntahkan lumpur-lumpur dalam perutnya seperti dalam video.
-pastikan kerang yg dibeli masih segar.(masih hidup)
-selamat mencuba
sumber: Shamsiah mohamad via MAHN
Selain itu, terdapat juga beberapa cara yang digunakan untuk pastikan kerang dapat dicuci bersih dengan menggunakan bahan-bahan dan cara tertentu. Dan ini antaranya:-
SERAI : Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biar selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.
PELEPAH PISANG : Ambil pelepah pisang dan ketuk sikit sebelum digaulkan bersama kerang.
DAUN UBI : Daun ubi juga boleh digunakan dan caranya ditumbuk kasar daun ubi tersebut sebelum dimasukkan ke dalam rendaman air cucuian kerang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Makanan pedas pembuka selera. Ibarat makan lauk tak bergaram, demikian perumpamaan yang boleh dikaitkan apabila tiada rasa pedas. Sehinggakan ada yang menggigit cili padi iuntuk menambahkan selera.
Malah, di Malaysia ramai yang terbabit dengan cabaran makan makanan pedas tanpa mengetahui risiko mengundang pada kesihatan masing-masing.
Pedas sebenarnya bukan rasa tetapi kesakitan. Capsaicin juga menyebabkan kerengsaan.
Pengambilan cili yang mengandungi capsaicin boleh menyebabkan inflamasi (radang) dan kerengsaan pada perut serta saluran gastrointestinal manusia.
Jika seseorang telah mempunyai masalah gastritis dan ulser, pengambilan capsaicin akan menyebabkan situasi tersebut bertambah teruk. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan isu ini.
Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.
Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.
Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?
Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.
Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.
Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?
Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.
Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.
Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?
Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.
Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.
Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.
Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.