Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam memperlihatkan kejayaan anak-anak cemerlang yang berusaha gigih untuk berjaya.

Begitu juga rakan selebriti dan pempengaruh yang turut sama meraikan kejayaan anak masing-masing dalam pelajaran. Biarpun mengecap populariti dalam dunia hiburan, namun barisan selebriti ini tetap mengutamakan pelajaran dan hasilnya membuahkan kejayaan.

Antara selebriti-selebriti yang turut sama meraikan kejayaan anak mereka adalah Kak KM, Zarina Zainuddin, Dato Hattan, dan tak kurang juga yang meraikan kejayaan adik mereka iaitu Merqeen dan Ubai.

Jom intai kejayaan mereka.

Pelajaran Tetap No 1, Lima Selebriti Raikan Kejayaan Anak-Anak Dalam SPM, Syabas!

 

Kak KM
Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Kak KM dilihat terlalu gembira sehingga menitiskan air mata kegembiraan sebaik sahaja melihat keputusan SPM anak lelakinya, Faris Razman yang memperoleh keputusan 6A.

Bagi menghargai kejayaan satu-satunya anak lelaki, Kak KM bermurah hati menghadiahkan sebuah kereta dan wang tunai bernilai RM10,000 di atas kejayaan anaknya itu. Syabas dan tahniah!

Pelajaran Tetap No 1, Lima Selebriti Raikan Kejayaan Anak-Anak Dalam SPM, Syabas!

 

IKLAN

Dato’ Hattan
Penyanyi veteran, Datuk Hattan gagal menahan sebaknya apabila anak buahnya, Mikael Hatta raih keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hattan di InstaStory, dia bersyukur apabila anak arwah adiknya itu, Mohd Hatta menjadi salah seorang daripada 95 pelajar mendapat kesemua A dalam SPM 2023. Memang hebat!

“Sedih, hiba, gembira dan bersyukur ke hadrat illahi, tahniah Mikael Hatta atas keputusan cemerlang dalam SPM. Straight A’s..

“Kalau lah ada arwah adik saya ni tak tahulah macam mana suka dia (gembira), al-Fatihah..aamiin,” ujarnya.

Pelajaran Tetap No 1, Lima Selebriti Raikan Kejayaan Anak-Anak Dalam SPM, Syabas!

 

Zarina Zainuddin
Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Muhammad Adam Azrai turut membanggakan ibu dan ayahnya bila mana turut mempamerkan keputusan yang cukup cemerlang semalam.

IKLAN

Berkongsi cerita itu, Zarina meluahkan rasa syukur di atas kejayaan anaknya yang memperoleh keputusan 6A, 2B semalam.

“Alhamdulillah Adam dah dapat keputusan SPM, dapat 6A 2B. Sebagai ibu saya sangat bersyukur,” katanya.

Pelajaran Tetap No 1, Lima Selebriti Raikan Kejayaan Anak-Anak Dalam SPM, Syabas!

 

Meerqeen
Adik kepada pelakon, Meerqeen juga turut membanggakan keluarganya bila mana memperolehi 9A dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), yang diumumkan semalam.

Berdasarkan keputusan tersebut, adik Meeqeen iaitu Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor berjaya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 9A dan 1B+.

Antara subjek yang mendapat keputusan A Cemerlang dan A Cemerlang tinggi ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam dan Fizik. Sementara subjek Kimia pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi. Syabas!

IKLAN

Pelajaran Tetap No 1, Lima Selebriti Raikan Kejayaan Anak-Anak Dalam SPM, Syabas!

 

Ubai MZ
Tidak terkecuali pempengaruh media sosial, Ubai yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa syukur apabila adik bongsunya, Alieyatul Lailah telah memperoleh keputusan cemerlang A dalam kesemua 10 mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli di InstaStory, dia tidak menyangka hajat arwah ibunya, Rohani Jamal yang mahu melihat anaknya berjaya dalam peperiksaan itu dimakbulkan.

MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI