Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat permata hati yang dikandung selama sembilan bulan dan dalam keadaan sihat disyaki mengalami keganasan domestik atau dera ketika dihantar dibawah jagaan pengasuh.
Setelah hampir tujuh jam anak dihantar ke taska, didapati bayinya lemah tidak bermaya. Malah anak muntah secara tiba-tiba dengan banyak menjadi petunjuk buatnya. Tidak mahu berprasangka tidak baik kepada seseorang, ibu dan suaminya memeriksa rakaman kamera litar. Terkejut dengan apa yang dilihat. Ya Tuhan!….
Ikuti perkongsian ibu ini Che Sarida yang bekerjaya di Hospital Putrajaya. Sungguh meruntun jiwa. Moga ia menjadi ikhtibar buat kita semua.
SAYA MERAWAT MANGSA DERA, ANAK SAYA TURUT MENJADI MANGSA
Salam hormat untuk semua pembaca.Sebenarnya amat berat hati saya untuk menulis coretan ini.Setelah mengambil ‘tempoh bertenang’ untuk diri sendiri, saya mengumpul segala kekuatan yang ada untuk mencoretkan kisah yang dialami oleh kami sekeluarga baru-baru ini.Pada saya ini bukan isu individu atau kekeluargaan, ini isu masyarakat, isu negara dan masyarakat perlu tahu.
Pada tanggal 22hb November yang lalu negara dikejutkan dengan satu lagi kejadian dera dua bayi di pusat asuhan kanak-kanak.Suspek melarikan diri,namun berjaya dikesan dan ditangkap oleh pihak polis selepas 3 hari usaha mengesan suspek.
Saya akan menulis dalam bahasa yang paling mudah difahami dan tidak akan menerangkan secara terperinci memandangkan saya juga masih dalam fasa ‘trauma’ cuba melupakan apa yang berlaku walaupun saya tahu ia akan kekal dalam memori saya dan keluarga seumur hidup kami.
Naluri ibu terhadap bayinya
Pada hari kejadian anak saya Adam mencecah usia 5 bulan 4 hari.Pada hari itu suami saya menghantar adam ke pusat asuhan pada jam 9.30 pagi sebelum masuk kerja jam 10am.Kebiasaannya saya akan mengambil adam antara jam 5-6pm selepas pulang dari kerja.Sekiranya saya bekerja malam kadang kala saya akan menghantar adam ke taska untuk membolehkan saya menguruskan kerja rumah dan berehat pada waktu siang hari. Pada hari kejadian saya tidak sedap hati, serba tak kena.Saya terdetik untuk mengambil anak secepat yang boleh namun bila ditoleh jam menunjukkan pukul 3.30pm dan cuaca di luar rumah masih panas.(Jarak rumah ke taska hanya 200m ).Saya akhirnya membuat keputusan mengambil adam pada jam 4.30pm.
Anakku muntah dengan banyak
Sewaktu saya datang di pintu taska guru yang menjaganya sedikit terkejut, Dia menyerahkan adam dan menyatakan “awal akak ambik harini, biasa lewat sikit.Adam baru susu 1oz” .Saya membalasnya “Ooo akak nak main ngan adam, malam ni kerja”Pada waktu itu adam tidak menangis tapi kelihatan letih.Saya fikir mungkin dia mengantuk baru lepas mandi petang.Saya lalu membawanya pulang ke rumah.Lebih kurang jam 4.45 pm adam muntah memantul yang sangat banyak.Dia kelihatan sangat lemah. Saya cuba untuk ‘breastfeed’ tetapi dia tidak mahu dan terus tertido sehingga suami saya pulang jam 8pm.
Ads
Teliti badan Adam
Saya telah menghubungi guru berkenaan melalui whatsapp bertanyakan bila last anak saya menyusu.Dia memberitahu pada jam 3.30pm dan 1 oz pada jam 4.30pm .Saya turut bertanya berapa kali anak saya muntah. Katanya hanya sekali pada waktu pagi dan sedikit sahaja.Dia turut memberitahu “adam ok sangat cuma muntah tu pelik”.Saya terus membuka pakaian anak saya dan memeriksa badannya.Pada waktu itu tiada apa-apa kesan yang dapat saya temui.Saya terus membuka beg nursery dan mendapati semua kain baby basah seperti dibasuh.Keadaan ini menimbulkan syakwasangka di hati saya.Adam juga sihat sewaktu berada di rumah, tiada muntah-muntah atau demam.
Rakaman kamera litar tertutup jadi bukti
Saya lalu menghubungi suami saya dan menceritakan hal ini.Kebetulan suami saya juga memberitahu yang dia juga merasa tidak sedap hati sepanjang hari di pejabat.Kami sepakat untuk melihat rakaman cctv.Pada waktu itu kami tidak menuduh kami cuma mahu memeriksa dan berniat untuk berlapang dada jika tiada apa-apa bukti yang ditemui.Suami saya menghubungi pengurus taska dan menyatakan hal tersebut..Pada jam 8.15 malam suami saya mendapat mesej daripada pengurus taska untuk kami datang ke taska jam 9pm.Apa yang kami lihat adalah sungguh menyedihkan.Sukar untuk saya ceritakan di sini.Dia memperlakukan anak saya dan seorang lagi bayi seperti anak patung/binatang.Hatta kucing sekalipun kita tak akan sanggup buat seperti itu.
Saya terus ke Jabatan Kecemasan & Trauma untuk membuat pemeriksaan dan laporan polis.Saya turut mengajak ibu kepada bayi yang satu lagi untuk membuat pemeriksaan di hospital.Bercampur baur perasaan saya sewaktu menunggu keputusan ujian ct brain.Alhamdulillah tiada keretakan ataupun pendarahan otak yang dilihat cuma kesan lebam pada dada kanan. Sujud syukur saya.Alhamdulillah Allah masih mengizinkan kami untuk menjaga amanahnya yang tidak ternilai ini.
Setelah siasatan dibuat dan pihak polis meneliti rakaman cctv didapati keempat-empat bayi di dalam bilik telah didera pada hari kejadian dan anak saya paling muda , mungkin dia paling menderita.
Keganasan domestik (Penderaan)
Ads
Tujuan saya menulis untuk memberitahu masyarakat betapa masyarakat melayu islam kita sangat sakit , walaupun telah banyak kes dera dilaporkan kejadian sebegini masih lagi berlaku. Adakah mereka berani kerana hukuman yang bakal diterima dirasakan tidak setimpal dengan perbuatan kejam mereka juga trauma berpanjangan yang dialami ahli keluarga terutama Ibu mangsa.Adakah media dan akhbar kurang mendedahkan perkembangan kes-kes penderaan di media massa ( Hukuman yang bakal diterima pesalah kes dera atau menyebabkan kematian kanak-kanak ).
Kepada pihak kerajaan dan kementerian yang berkenaan, juga untuk untuk perhatian KKM, tiga daripada ibu bapa bayi yang menjadi mangsa merupakan Pegawai perubatan.”We save life but our child are not safe”. Kalau kita lihat kes kematian bayi adam yg sebelum ini juga melibatkan staf KKM. Saya ingin memohon supaya isu ini mendapat perhatian pihak kementerian.Saya juga memohon disediakan pusat asuhan kanak-kanak yang selamat di semua Hospital kerajaan terutama Hospital Putrajaya secepat mungkin.Adalah penting bagi kami bekerja dalam keadaan yang tenang kerana kami perlu membuat keputusan untuk masa hadapan pesakit.
Kepada ibu bapa, sentiasalah percaya kepada gerak hati kita sebagai ibu bapa.
Kadangkala apa yang kita rasakan dan bermain di fikiran itu adalah petunjuk daripadaNya.
Sentiasalah berhati-hati dengan orang yang terlalu baik dan berusaha untuk masuk ke dalam hidup kita dalam masa yang singkat ,simpan sedikit rasa syakwasangka apabila melepaskan anak-anak di bawah jagaan orang lain.
Setiap kali mengambil anak-anak dari pusat jagaan sila perhatikan tanda-tanda bahaya pada anak sebagai contoh
1.muntah yang memantul ( projectile vomiting ) 2.Bayi kelihatan sangat lemah walhal sewaktu kita hantar bayi sihat ceria dan tiada demam 3.Bayi menangis tanpa henti dan sukar dipujuk 4.Terdapat kesan lebam atau kecederaan fizikal yang lain
Kepada rakan facebook dan pihak media, saya merayu supaya tidak diviralkan rakaman cctv yang menunjukkan perbuatan suspek terhadap anak saya.Hancur luluh hati saya. Saya hanya melihatnya sekali sahaja untuk mendapatkan bukti.Hingga saat ini saya masih trauma tetapi lebih tenang berbanding di awal kejadian. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak yang mereka sayangi diperlakukan sebegitu rupa.Saya dan suami seboleh mungkin tidak mahu ibu bapa kami berdua melihat rakaman cctv itu.Bantulah saya untuk membantu anda semua.Menguruskan kes-kes dera/rogol pesakit pesakit sudah meruntun hati saya, inikan pula darah daging sendiri. Tapi saya mahu kes ini diviralkan.
Ads
Kepada pendera terbabit, kamu tidak selayaknya menggelarkan diri kamu sebagai ‘teacher’/cikgu.Cikgu adalah perkataan yang agung yang bermakna mendidik dan melindungi bukan mendera anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa.Hilang sakit mereka tersenyum kembali. Selama ini saya berbuat baik terhadap kamu memandangkan kamu anak yatim piatu, saya juga anak yatim dan di fikiran saya kamu menjaga anak saya dengan baik hakikatnya adalah sebaliknya.Semoga apa yang berlaku memberi pengajaran kepada diri kamu sendiri.Apapun semoga mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.
Untuk keluarga,rakan terdekat, boss dan rakan sekerja, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi buat kami.Jutaan terima kasih jugak kepada pihak PDRM pihak Hospital Putrajaya dan semua pihak yang terlibat kerana menjalankan kerja secara professional dan efisien.
Untuk makluman pada 28/11/2018 pihak pendakwa raya telah mendakwa suspek . Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak rm20,000 dengan seorang penjamin tetapi dia merayu mohon dikurangkan kerana kakaknya hanya bekerja sebagai penjual pisang goreng.(Selama ini dia memberitahu saya kakaknya bekerja sebagai admin di UKM ).Hakim memutuskan ikat jamin diturunkan kepada rm10,000 dengan seorang penjamin. Pada waktu dan saat ini saya tidak pasti samada dia sudah dijamin atau tidak.
Kes akan dibicarakan pada 8 Januari 2019 kerana tertuduh “mengaku tidak bersalah
Untuk makluman juga waktu saya menulis ini anak saya berada dalam keadaan sihat cuma mengalami trauma,”traumatised cry” setiap kali terjaga dari tidur dan apabila melihat orang asing.Isu sudah berapa lama kejadian ini berlaku di taska, wallahuallam, ia adalah di luar batas pemikiran kita.Rakaman CCTV pula hanya disimpan selama seminggu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Syukur &Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati-hati kami untuk bertindak lebih awal sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.
p/s : mohon dipanjangkan mesej ini walau satu ayat. Tolong viralkan supaya kejadian ini harapnya tidak berulang.’Potential’ pendera/murderer ada di mana-mana
Dr CS Adam Rayqal’s Mommy Hospital Putrajaya 29 November 2018
Justice for adam ,arash, fatimah dan Khadijah
Saya buka kepada sebarang komen,pendapat juga nasihat guaman.
Isu penularan Covid-19 di Kedah baru-baru ini mencetuskan pelbagai spekulasi. Semuanya disebabkan oleh seorang individu bermastautin tetap di Jitra, Kedah, yang juga pemilik restoran Nasi Kandar berkenaan. lelaki tersebut didakwa berada di restoran milikinya dengan memakai gelang pink Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Individu tersebut itelah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun demikian, individu itu TIDAK mematuhi syarat perintah itu.
Indeks kes kluster itu merupakan seorang pemilik kedai makan, 4 pekerja kedai makan tersebut dan 1 ahli keluarga dikesan positif. 2 orang pelanggan dari restoran turut dijangkiti dan menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Pihak polis telah menggesa orang ramai yang makan di kedai nasi kandar di Napoh di antara 13 hingga 24 Julai lalu, untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, 20 kes dikesan positif COVID-19, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.
Kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.
MKN Kedah telah mengarahkan 5 buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.
Kisah suami wanita ini yang dikatakan positif kerana singgah makan di restoran berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi di laman whattsApp. Terbaru, isterinya, Noraini Mukhtar tampil menepis dakwaan dan menceritakan kisah sebenar sekali gsu menyangkal dakwaan palsu yang kian menular di media sosial kini. Menurut Puan Noraini,suami nya dikatakan kontak rapat kerana pernah berurus niaga dengan pekerja kedai itu. Disebabkan itu, suaminya diminta menjalani ujian saringan. walau bagaimana pun ketupusan ujian tersebut disahkan negatif. Kami dan covid..
Assalamualaikum
Tiba2 rasa nk buat coretan sikit. Bknnya apa, sebab rasa terkesan dgn apa yg jd.
28/7/2020 (selasa) Jam : -+ 5 lebih
Dpt call dr husband, ktnya pej kshatan call dia utk jalani saringan covid..brkaitan kes kluster SIVAGANGGA. Allah..mcm kna sakit jntung..dh knapa.. tnya hsband :’abg p mkn kt kedai dia ka’ hsband ckp :’ehh..dak aihh, x penah p pon’ Tnya lg: ‘dh tu pasaipa kna saring’ Hsband ckp..’ depa kta (merujuk pd yg call dia td) ada contack ngan nasi kndaq tu..sebab mangsa dan pekerja mai beli brg kt ctu..(tmpt qeja hsband)
Plkdh mulala x leh dok diam, call mmber yg kbetulan adik dia qeja sma dgn hsband..
Aku : wei, ___ dpt call dk? Dari pjbt kshtan? Dia : dak pon…awt? Aku : explainlaaa pnjng lebar dgn penoh ktakutan & kesedihan brsarang d hati Dia : satgi aku call adik aku tnya.. Dia : wei…dpt jgk call tu..kna p jgk..
Susah hati laaa…ish..x kan kot, x penah p mkn, tp jd mangsa, mau tu ckp hat x elok kt si tokey nsi kandaq tu bejela la..habih semua tkeluar, x tapih sikit dh pon Ya la..dr PKP per1 lg kami skluarga x penah lnggar arahan..tiba2 PKPP jd mcm ni.. sapa x marah..rasa teraniaya.. Atas nasihat seorang yg brada dlm bidang kejururawatan, mmber call la Pn PPAK kami..cerita masalah ni..bla..bla..bla.. Atas nsihat bos dan memikirkan tndakan awal lngkah berjaga2 sebab melibatkan knk2 kecil, kami x d benarkan ke tabika ( tmpt qeja la tu..lp nk habaq, qeja kami ckgu Tabika na). Ok, akur dgn arahan..aku pon ckp kt ank2, esk x yh p sek na..bg abah settle dlu apa yg patut..nasibla esk last sek dh ank2 pon.. Call mak..mntak maaf x jd blk raya haji ( walau dh planning bagai) sebab takut kesihatan mak..mak pon dh x bqapa chat 29/7/2020 (rabu) Jam 9.00 Hband dh ada d tmpat saringan, menggu hsband d sring mcm ada batu besaq d dada.. T.hari hband call ckp PPD call, soh ambik ank d asrama sebab ank dh diasingkan Sekali lg..Ya Allah..tp fhm tindakan depa..lngkah brjaga2. Mntak tlg abg ipaq ambikkan sebab dh x rasa nk kluar. Dlm jam 2ptg, hsband blk..bwk surat. Dlm surat dnyatakan hband kna kuarantin diri smpai 2/8/2020. Pg hari yg sma sy dan kwn2 dh d arahkan utk tutup premis Tabika..sebabnya..LANGKAH AWAL BERJAGA-JAGA, memandangkan kes berada di dalam kawasan dan ada kakitangan yg trlibat (sy dan beberapa rkn yg ada dlm kaw Napoh)..betulla tu..kami brurusan dgn knk2 kecil..sdh tntulah kebajikan mereka mnjadi keutamaan kami.. Apa yg nk sy kongsikan d cni brmula arahan penutupan Tabika, tiba2 bnyk plk berita lain yg smpai..dh viral sna cni suami ckgu Tabika Kg Bemban dah positif..wsp msk bertalu2..ingtkan d cni sj..rupanya dh merebak 1 malaysia..kwn2 dh mula hantar kt sy kenyataan yg viral tu..mula ingt biasa ja la..tp lma2 dh jd luar biasa..yg ckp hsband p mkn ctu..ada crita hsband p beli air kt ctu..dh mcm2 versi cerita yg kuaq.. Mulala sy dh kejang jari melayan stiap wsp yg msk..sebab nk betulkan keadaan.. Ptg tarikh yg sma sy plk yg dpt call dari pjbt kesihatan..mntak buat saringan esknya..sekali lg rasa berat ja dada..mna dgn wsp yg dok jwb x habih2 lg ni. 30/7/2020 (khamis) Jam 8.30 pg Sy drive sorang ke tmpt saringan..jnji dgn sorang kwn yg juga kna mcm sy sebab kes yg sma..bila smpai..mak oiii..ramainya org, hebat sngguh penangan SIVAGANGGA.. Petugas2 kkm dgn pakaian rasmi covid, polis, dh ada d sna..sesak rasa ramai sngat..akhirnya seorang doc buat announcement..hnya contact trdekat ja yg akn d saring iaitu org yg pernah mkn @ mmbeli mknan d kedai trsbut pd tarikh2 yg d nyatakan & org yg dpt pnggilan tel dr pjbt kesihatan.. Duppp…trmasuk sy la tu..tp contact trdekat..sy x mkn ctu..hsband pon x mkn ctu..better tnya doc dlu. Alhamdulillah..kebetulan doc tu sepupu suami..x pyh buat la dia kt..blk la, kami bkn contact dkat pon..sebab ramai sngt..takut kluster lain plk yg wujud leganya rasa.. Lewat ptg raya dia tel..ckp result ngetif, klu nk blk raya kna ambil surat utk pelepasan kuarantin..tp d sebabkan dlm surat pjbt kshatan tarikh kuarantin brakhir 2/8..kami ikutkan ja..hari ni last la tarikh tu..bila dh dpt bukti result sy pon wsp Pn PPAK..maklum..alhamdulillah..
Hsband dh sah ngetif..t.kasih pd yg wsp, call tnya khabar..tnya berita sahih walau dh viral teqok..pd yg brtnya sy jelaskan…HNYA SARINGAN..belum positif lg Pd yg x brtanya..mcm2 andaian d buat..trpulang
Harap lps bca cerita pnjg lebaq ni..clear dh kot..yg sindir2 kta lebih krg, dlm gruop wsp sy n suami..boleh dh la hentikan..yg brcerita d kedai2 mkn..tmpat2 beli ikan ka..kedai2 brg ka..boleh dh la mula cqita yg betoi blk.. Yg tngok kami mcm penjenayah pon..dh boleh mula snyum blk Trkesan jgk la dgn apa yg jadi..jd dah clear na..kes viral suami ckgu Tabika kg Bemban positif x wujud dh na.. T.kasih keluarga, Pn PPAK, kwn2 yg support..
Maaf andai luahan ni ada yg terasa hati..bkn nk kta kt spa2..cuma nk clearkan apa yg x betoi..tu ja. Ok..lega dh leh kuaq semua. MORAL OF THE STORY.. Bila dh pakai gelang pink…dok la rmh..jgn dok susahkan org len..
#JGA DIRI ELOK2 #COVID D MNA2 #1HB 8..MASK JGN LP
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga usahawan, Asyraf Khalid baru sahaja menyambut ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersama pelakon Tya Arifin, baru-baru ini.
Tular kerana menghadiahkan isterinya sebuah kereta Tesla, Asyraf mengenang kembali perjalanan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3.
Isteri memang begitu, akan siapkan kerja tanpa bertangguh. Walaupun suami menyuruh rehat tetap pastikan rumah kemas dan teratur.
Perkongsian saudara Firdaus Shakirin sungguh sweet mengenai kaum ibu.
“Ayg, esok je la buat…”
Kaum isteri ni, xbleh disuruh sambung buat keje rumah esok hari sbb dia tak bleh dduk jika nmpk rumah bersepah, kain baju penuh bakul, mainan anak berterabur, pinggan mangkuk bersusun disinki, sampah tak buang lagi dan sebagainya…
Hatta dia dah dduk berehat tgok TV sekalipun, dia boleh tiba2 bgun dan cari penyapu, pegang mop, ambik kain buruk bilamana dia ternampak sesuatu yg masih tak bersih, tak kemas dan perlu utk di kemaskan…
Dia tak tunggu esok hari utk buat…
Ini bukan sejenis sindrom atau anxiety disorder…dia tak sakit, dia xde penyakit, dia cuma xbleh biar keadaan rumah mcm tu walaupun dia tahu dlm 5 ke 10 minit nnt, rumah pasti akan bersepah kembali sbb ada anak2…dan dia akan ulangi mengemas semula…over n over again…
Mcm tu la sifat dan tingkah laku seorang wanita dlm rumahtangga bila dh jd isteri dan mak2 ni…kita yg jd suami, rasa semakkan bila kita suruh rehat dia xnak rehat, still buat keje dan keje2 tu plak nmpk mcm xpenah hbis baginya…
No worries…
Tolong ringankan beban dia, tolong dia buat keje2 tu…bila dia dh “nampak” mcm xde keje, terus ajak dia kluar jalan2 di taman, shopping kompleks, bwk p pasar mlm atau mkn kt luar…
“Larikan” dia dari rumah…
Ini adalah masa yg dia btol2 akan gunakan utk “berehat”…dia perlu tinggalkan rumah utk berehat…jika dia masih didlm rumah, maka tiada rehat bagi diri seorang isteri dan juga ibu…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pelajar cemerlang yang penuh harapan untuk masa depan telah meninggal dunia selepas koma sehari sebelum menduduki ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).