Ketika kaki kiri kebas, goncangkan dan ayun telapak tangan dengan sekuat tenaga, dan jika kaki kanan kebas, goncangkan dan ayun tangan kiri dengan kuat.
Kena simpan dan cuba praktikkan ni bila terjadi pada keluarga kita.
Kredit: Twitter Ustaz Kazim Elias
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bayi mirip Tengku Mahkota Pahang, Muhammad Arshaka popular di media sosial, Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju. Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, tidak menyangka perkongsian video anaknya, Muhammad Arshaka Idraki di TikTok meraih perhatian ramai.
Warga maya menyamakan wajah anaknya itu dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Muhammad Arshaka Idraki Azizi yang baru berusia lapan bulan mula mengecap populariti di laman sosial dan mendapat perhatian warga maya selepas perkongsian video oleh ibunya.
Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.
“BAGAIMANAPUN, WAKTU UMUR LIMA KE ENAM BULAN, SAYA ADA KONGSI SATU VIDEONYA DI TIKTOK DAN RAMAI TINGGALKAN KOMEN MENGATAKAN WAJAH ANAK SAYA MIRIP TENGKU HASSANAL.
“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.
“Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya.
Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.
LEBIH MEMBUATKANNYA TERHARU APABILA MENDAPAT KOMEN DARIPADA BONDA TENGKU HASSANAL IAITU TENGKU AMPUAN PAHANG, TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.
“Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“SETAKAT ITU SAJA DAN JUJURNYA, SAYA DENGAN SUAMI BERHARAP DAPAT BERTEMU TENGKU HASSANAL, KALAU BOLEH NAK BERGAMBAR SAMA UNTUK KENANGAN CUMA BELUM ADA KESEMPATAN,” KATANYA.
Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial.
“Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).
“Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti,” katanya.
Nak cuba buat sendiri Muffin Ala Kenny Rogers? Anda harus mencuba resipi ini. Sesuai sekarang anak-anak cuti sekolah, jadi ajak mereka buat bersama pasti lebih menyeronokkan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Fainda Farahin Fainda Farahin. Rasanya yang enak dan cara buat yang simple pasti si ibu puas dan gembira dengan hasilnya.
CHOCLATE HEAVEN MUFFIN Assalamualaikum… Arini sis nak share resipi yg seeenang sgt Bahan Pon mudah utk sediakan…. Cuti2 Ni boleh la baking dgn anak2.. Sedap mcm Muffin Kenny Rogers hampa Jom start
*Semoga Kita sama2 dimurahkan rezeki Aminnn
Bahan A
2 Biji telur
100gm minyak jagung
150gm gula perang
130gm susu segar
Esen vanilla
Bahan B
200gm Tepung gandum
1sdt Baking powder
1sb Serbuk Koko
Choclate chip
Cara membuat:
1)campurkan kesemua Bahan A, Gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.
2)Masukkan Bahan B Gaul sehingga rata jangan terlalu lama.
3) Masukkan sedikit choclate chip Dan selebihnya letak diatas muffin
4) Senduk kan 3/4 kedalam muffin cup, tabirkan choclate chip mengikut citarasa anda.
5) Bakar dengan suhu 200° selama 30 minit atau sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.
Selain dari memiliki suami yang baik dan memahami, dapat ibu mertua yang menyayangi pun dah dapat menggembirakan hati seorang menantu wanita. Apatah lagi jika menganggap menantu itu seperti anak kandung sendiri!
Baru-baru ini, ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa bangga apabila beliau memiliki tiga orang menantu yang hebat seperti Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana dan Aeisyah Zainal.
Perkongsian tersebut didedahkan oleh Patimah menerusi IG storynya baru-baru ini namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah nama Ira Kazar iaitu isteri kedua Syamsul Yusof tidak dinyatakan dalam hantaran itu.
“Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat. Cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana dan Aeisyah Zainal,” tulisnya.
Sebelum ini, Patimah yang juga isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam mengatakan dia tidak mahu memaafkan keluarga Ira Kazar atas tindakan yang dilakukan oleh mereka kerana telah meruntuhkan kebahagiaan menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Malah, Patimah juga pernah memaklumkan kepada umum bahawa Puteri Sarah hanya satu-satunya menantu kesayangan dalam keluarga.
Terdahulu, dunia hiburan telah dikejutkan ramai apabila Syamsul Yusof membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Kazar Saisi.
Bukan itu sahaja, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada 16 Januari lalu dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.
Sumber: Instagram @dpatimah012
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.