Tahniah diucapkan kepada Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru selamat melahirkan bayi perempuan pad jam 3.49 pagi tadi di Hospital Columbia Asia.
Berkongsi berita gembira itu Datuk Fizz Fairuz turut menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan isterinya dipermudahkan bersalin di akaun ignya.
Menerusi entri tersebut turut memuat naik foto bersama isteri dan bayi perempuannya. Terlihat Almy dan bayinya sihat-sihat sahaja.
Alhamdulilahhhh… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi.. terima kasih kepada semua yg mendoakan .. amin… 4-0 keputusan sekarang.. hehe
Meninjau di ruangan komen ramai yang tumpang gembira di atas kelahiran tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri ini. Antara komen yang terawal diterima adalah daripada mimi.pari dengan ucapana “Alhamdulillah ya Allah.” Kemudian turut meninggalkan komen pelawak Along Cham dengan ucapan “Alhamdulillah, syukur” dan begitu juga pelakon Johan Ariff mengucapakan rasa syukur di ruangan komen.
Sebagai makluman Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan sebelum ini telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna,4, Nur Afrina Aurora,3, dan Nur Afrina Ayra setahun, selain anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 10.
Jika aircond tiba-tiba rasa tak sejuk mesti kita rasa tidak puas hati bukan? Lazimnya keadaan ini berlaku selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang sudah menebal pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Kebiasaannya, bila terjadi seperti ini kita akan mencari pakar untuk menyelenggarakan aircond tersebut. Maklumlah selalu kita anggap bila bab berkaitan aircond kena ada ilmu dan skil untuk membaikinya.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya membersihkan aircond boleh anda lakukan sendiri dan kerja ini tidaklah terlalu susah hatta sesiapa pun boleh melakukannya.
Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Ima Shanisma hasil kerajinan suaminya melakukan tugasan tersebut. Jom perhati satu persatu agar lebih mudah difahami untuk dipraktiskan!
“Hai semua hari ni sis saja nak share sikit projek cuti hubby. Dia memang tak reti duk diam kat rumah . Bila sel-sel otak dia mula berhubung mulala nak buat sesuatu.
Hari ni dia terlebih rajin nak cuci aircond bilik. Dah 3 tahun guna aircond ni tapi tak pernah lagila bersihkan segalanya. Selalunya cuci penapis habuk itu sahaja.
Tapi dua tiga hari ni rasa aircond macam kurang sejuk dan slow je angin dia. Terus hubby kata kena service aircond ni kalau tak nanti lama-lama rosak pulak.
Berbekalkan sedikit ilmu dan kemahiran, pagi tadi terus dia mulakan kerja-kerja pembersihan. Kalau panggil orang servis aircond, silap-silap habis Rm200! Jadi jimatla sikit belanja.”-Ima Shanisma
Ini perkongsian puan Ima Shanisma Via Kelab Kaki Deko bagaimana caranya suaminya melakukan pembersihan aircond dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita bersama. Selamat mencuba!
KEADAAN AIRCOND YANG PENUH HABUK.
SEGERALA LAKUKAN INI!
2. Blower yang kotor sangat ni hubby berus guna penyapu kecil yang orang selalu guna di masjid untuk buang taik cicak tu, sebab itu je yang ada tadi. Penuh habuk kan? Maklumla tak pernah buka semuanya.
3. Tebal sgt habuk kat situ. mcm mana tak lambat nak sejuk kan..erm berbekalkan berus gigi anak yang dah tak guna. Hubby guna untuk berus cooling coil. Baru tau je benda apa tu colling coil haha. Masa sebelum nak memberus tu seeloknya spray dulu air bagi habuk tersebut mudah tanggal dan tak berterbangan. Berus hati-hati ye sebab plat besi tu lembut sangat mudah bengkok.
4. Sudah bersih. Biar kering dulu.
5. Outdoor panel pulak hubby tanggal penutup kipas tu terus. Boleh cuci kipas dan penutup depan tu sekali. Dan semua benda yang ditanggalkan cuci dan keringkan.
6. Dah siap dipasang semula. Abaikan paip hitam tu sebab paip tu guna sebagai penahan pintu grill dari menghentam aircond tusetelah hampir siap dipasang sepenuhnya. Dah nampak bersih dan macam baru.
7. Dah siap…sejuk, angin pun laju dan lebih senyap dari sebelumnya.
Sumber : Ima Shanisma via kelab kaki deko
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Terkini, Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.
“Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu,” katanya.
Jawatankuasa itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan dianggotai pakar bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undang-undang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah.
Beliau berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
Wan Junaidi berkata, kajian lanjut itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan.
Beliau berkata, tindakan itu adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip kekadaran dan keperlembagaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.
Kerajaan juga katanya akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur prapenghukuman, penubuhan Majlis Penghukuman dan pembangunan Garis Panduan Penghukuman.
Turut akan dikaji ialah penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang, pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan prinsip keadilan restoratif.
“Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan memastikan hak semua pihak terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen diberikan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian berkenaan yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif.
INFO ‘MANDATORI’
Sekadar info, ‘mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh mahkamah tidak boleh terlepas dari tali gantung. Di mana pada masa itu tiada hukuman lain atau alternatif jika disabit bersalah.
Seperti yang dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter mengenai ‘hukuman mati mandatori’ ini bermaksud pesalah dalam kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman selain hukuman gantung sampai mati.
Misalnya, suspek boleh didakwa hukuman penjara seumur hidup ataupun penjara sepanjang hayat, mengikut kepada budi bicara pihak mahkamah.
Bagaimanapun, hukuman gantung sampai mati masih kekal ada di Malaysia
TERKINI
Kerajaan bersetuju untuk mansuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
‘Mandatori’ bermaksud suspek yang didapati bersalah oleh Mahkamah, dia tidak akan terlepas dari tali gantung. Tiada hukuman lain atau alternatif jika bersalah.