Hal hukum hakam agama ni jangan dibuat main! Kalau ada sebarang pertanyaan atau sangsi, sebaiknya rujuk pada pakar. Kan?

Baru-baru ini tular tentang isu anak tidak sah taraf yang dipetik dari drama yang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu Suami Lelaki Pendosa. Tertarik dengan isu yang dibangkitkan ini, Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli, yang aktif dalam perkongsian berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam dan pengurusan Harta Orang Islam memberi penerangan penuh dalam perkongsian di laman Facebook miliknya. Jom kita tambah ilmu baca dengan teliti tentang isu ini.

Keliru Dengan Status Anak Tak Sah Taraf? Peguam Syarie Bagi Jawapan Lengkap Beserta Dalil!

Tak boleh cakap Anak Tak Sah Taraf kalau isteri zina dengan lelaki lain

Siapa ada menonton drama Suamiku Lelaki Pendosa? Lepas drama tu trending, saya pun cuba la nak ikut juga. Daripada jam 10 malam sampai 4 pagi saya tonton di Disney Hotstar. Mujur ada lepas cari merata laman web.

Saya tak nak ulas tentang isu suami ada nafsu songsang. Sebelum ni pun saya dah pernah kongsi.

Tapi, saya tertarik dengan satu isu berkaitan dengan watak Cahaya Malaika yang dikatakan Anak Tak Sah Taraf disebabkan ibunya pernah terlanjur dengan bos di tempat kerja.

Then, yang membuatkan isu ini menarik saya untuk ulas adalah berkaitan dengan pernikahan dua akad. Satu diakadnikah dengan menggunakan Cahaya Malaika bt Abdullah secara wali hakim.

Yang keduanya, akad nikah kononnya olok-olok menggunakan ayah kandung, Firdaus, watak Fauzi Nawawi dengan nama Cahaya Malaika bt Firdaus.

Apa status Cahaya Malaika sebenarnya?

Anak tak sah taraf dari sudut undang-undang dan Hukum Syarak adalah anak yang lahir kurang daripada 6 bulan Qamariah selepas perkahwinan atau dalam masa 4 tahun Qamariah selepas perkahwinannya dibubarkan disebabkan kematian lelaki atau perceraian serta tidak berkahwin semula.

Kalau ikut cerita ini, Cahaya Malaika dilahirkan dalam perkahwinan Firdaus dan isterinya. Cuma, selepas dilahirkan, ada tanda-tanda yang anak tersebut tidak serupa sifat fizikalnya dengan bapanya.

Kemudian dikuatkan lagi dengan semakan DNA yang menunjukkan tidak ada darah/genetik Firdaus. Meskipun, isterinya mengakui yang dia ada terlanjur dengan lelaki lain, namun mereka tidak bercerai kerana demi melindungi maruah keluarga serta maruah anak tersebut.

Keliru Dengan Status Anak Tak Sah Taraf? Peguam Syarie Bagi Jawapan Lengkap Beserta Dalil!

Apa dalil Cahaya adalah Anak Sah Taraf?

IKLAN

Walaupun diketahui yang isteri Firdaus itu telah terlanjur dan anak itu mungkin benih lelaki lain, namun kita tidak boleh katakan itu anak orang lain. Meskipun DNA membuktikan yang mungkin tidak ada genetik si suami, anak tersebut masih boleh dinasabkan kepada lelaki yang dianggap sah sebagai suami.

Keputusan analisa DNA walaupun lebih saintifik dan moden, ia tidak boleh digunakan untuk MENAFIKAN NASAB. Tetapi, kalau nak digunakan sebagai bukti MEMBUKTIKAN NASAB ia dibenarkan.

Ini kerana hukum Syarak telah menetapkan cara khusus untuk menafikan nasab iaitu melalui kaedah Li’an. Penafian nasab bermakna suatu tuduhan (qazaf) isteri berzina dengan lelaki lain. Ini berpandukan kepada Firman Allah swt di dalam Surah An-Nur ayat 6 hingga 9 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menuduh isteri-isterinya berzina dan tiada mempunyai saksi lain selain dirinya, maka kesaksian seseorang itu (dapat diterima) dengan empat kali bersumpah dengan Nama Allah bahawa ia dari orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima ialah bahawa kutukan Allah akan ditimpa keatasnya jika ia dari kalangan orang-orang yang berdusta. Dan isteri pula terhindar dari hukuman (had) jika ia bersaksi (bersumpah) sebanyak 4 kali dengan nama Allah bahawa suaminya dari kalangan orang-orang yang berdusta. Dan sumpah yang kelima ialah bahawa kemurkaan Allah akan ditimpakan kepadanya jika suaminya termasuk orang-orang yang benar.”

Perkara ini juga dikembangkan oleh Imam Khatib al-Syarbini dalam Mughni Muhtaj, jilid 3, hlm 373-374

“Seseorang suami berhak qazaf isterinya yang diketahuinya berzina atau dengan jalan zan yang diperkuatkan seperti tersebarnya cerita perzinaannya dengan sifulan berserta dengan Qarinah seperti dia melihat isteri dan lelaki itu berkhalwat. Sekiranya isterinya melahirkan anak dan ia meyakini bukan anaknya, maka wajib ia menafikan. (sambungan panjang lagi)

 Apa undang-undang yang dirujuk?

Ini juga bertepatan dengan Seksyen 111 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008 yang menyatakan “Jika seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya dihadapan Mahkamah.

Kes berkaitan dengan penafian nasab ini ada dilaporkan di dalam Jurnal Hukum Jilid 40 Bhg 2 dari halaman 238-250 (Nama kes dirahsiakan daripada penulisan ini demi menjaga maruah Perayu dan Responden). Siapa yang berminat boleh akses bahan bacaan tersebut kerana ia adalah dokumen rujukan awam.

IKLAN

 Apa kesan Li’an?

Sumpah lian bermula dengan tuduhan zina (qazaf) oleh suami tersebut, dan jika suami tak mampu bawa 4 orang saksi lelaki, maka selepas itu barulah masuk kepada proses Sumpah Lian.

Ia adalah salah satu jenis perceraian dalam Hukum Syarak. Namun, kesan cerai lian lebih berat daripada kesan cerai lain. Ia akan menjadi Talak Bain Kubra. Mereka akan menjadi haram selamanya untuk berkahwin semula meskipun isteri telah berkahwin dengan lelaki lain selepas cerai.

Keliru Dengan Status Anak Tak Sah Taraf? Peguam Syarie Bagi Jawapan Lengkap Beserta Dalil!

Siapa wali perkahwinan Cahaya Malaika sepatutnya?

Memandangkan Firdaus tu dah tahu, tapi dia tidak pun bercerai apatah lagi menafikan nasab secara Cerai Li’an terhadap isterinya, maka sepatutnya dia masih wajib menjadi wali kepada perkahwinan Cahaya Malaika. Bukan secara Wali Hakim.

Pelik juga kalau tiba-tiba ada wali hakim yang approve. Bila masa pula Mahkamah Syariah boleh luluskan Wali Hakim dalam isu sebegini.
Mujur buat akad kali kedua. Sepatutnya, tak boleh ubah nama binti anak tu kepada Abdullah ikut sedap saja. Nanti jadi orang lain pulak.

Kesimpulan,

IKLAN

Dalam isu sebegini, sepatutnya kena ada pengkajian yang lebih mendalam sebelum dibawa kepada orang awam. Bukan apa, bimbang orang awam jadikan drama sebagai panduan.

Ingat yer, nak menafikan Nasab keturunan, bukan dengan cara pembuktian DNA. Nak menafikan itu bukan nasab kita, ia mesti dilakukan dengan Sumpah Li’an. Jika tidak, anak tersebut tetap sah dinasabkan kepada suami yang sah, walaupun bukan benih lelaki tersebut.

Drama yang complicated dan luar biasa ni bagus, cuma dapatkan nasihat terlebih dahulu jika ia melibatkan hukum dan undang-undang.

Saya mohon agar perkongsian saya ini dipanjangkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga memberi manfaat.

Sumber : Khairul Fahmi Ramli

Khairul Fahmi Ramli, penulis adalah Peguam Syarie yang aktif dalam perkongsian berkaitan hal ehwal kekeluargaan Islam dan pengurusan Harta Orang Islam.

Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!

Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Keliru Dengan Status Anak Tak Sah Taraf? Peguam Syarie Bagi Jawapan Lengkap Beserta Dalil!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI