Bagi yang mengikuti perjalanan seni pelakon jelita Emma Maembong, pasti anda menyedari yang pelakon ini memang akrab dengan keluarganya.
Malah peribadi Emma sentiasa menjadi perhatian. Dari cara dia melayan keluarga, anak malah rakan-rakan. Emma Maembong sememangnya seorang yang humble walaupun statusnya sebagai pelakon popular.
Emma yang baru sahaja mendapat anak kedua, baru-baru ini telah memuatnaik gambar outing bersama suami dan anak-anak. Turut kelihatan adalah semua pembantu rumahnya video tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila melihat Emma melayani pembantu-pembantunya itu. Tidak ada jurang antara majikan dan pembantu.
Ads
Emma langsung tidak kekok melayan mereka, malah kelihatan gembira dan ceria. Siap bergosip dan ketawa bersama-sama lagi. Untung betul ada majikan seperti Emma dan Shazli ini.
Pada hari raya yang lalu, Emma dan suaminya pernah memberikan hadiah Iphone untuk para pembantunya sebagai duit raya.
Ads
Apa-apa pun, semoga Emma sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan.
Dalam pada orang ramai sibuk dengan isu semasa tentang poligami, setia suami isteri, lain pula bagi pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, 34, menyifatkan tindakannya yang saling memberi dan membahagiakan keluarga sebagai antara tuntutan agama.
Baru-baru ini, Aeril berkongsi kejutan dibuatnya untuk isteri tercinta Wawa Zainal, 32, dengan menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition sempena ulang tahun wanita itu.
Cemburu dengan kejutan yang diterima oleh ibunya, anak sulung Aeril dan Wawa, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa terima kejutan yang sama untuk meraikan sambutan hari jadi ke-8 tahun oleh bapanya itu.
Menerusi hantaran video di Instagram itu, Aeril dilihat melayani Hayla seperti seorang ‘puteri’ dengan memberinya jambangan bunga, membeli permainan baharu, membuat rawatan kuku dan menaiki helikopter bersama ibunya, Wawa dan abang, Ahmad Fakhruddin Attar, 9.
Malah, majlis sambutan hari jadi Hayla juga dianjurkan serba meriah dengan tema ‘Barbie’ yang kini menjadi pilihan ramai.
Ditambah, Hayla juga disolek cantik dan anggun persis ‘Barbie’.
Mengulas kejutan dibuat itu, Aeril berkata, pemberian suami kepada isteri yang dilakukannya sebelum ini sebagai menghargai Wawa yang selalu ada dan setia bersamanya dalam apa jua keadaan dihadapi mereka.
“Saling memberi dan membahagiakan pasangan memang tuntutan agama. Apa lagi kepada seorang isteri yang saya saksikan jerih payah dan pengorbanannya untuk keluarga kecil kami dan bisnes yang dibangunkan bersama.
“Apa yang saya lakukan itu sebagai menghargai isteri yang selalu ada dan setia dalam apa jua keadaan. Jadi, selaku suami wajar untuk saya menzahirkan kesyukuran dengan memberi hadiah mengikut kemampuan,” katanya kepada Harian Metro.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, dia juga memperlakukan perkara sama kepada anak-anaknya demi kegembiraan mereka.
Katanya, anak-anak juga membawa rezeki dalam keluarga yang dibina.
“Bukan isteri saja yang saya raikan dengan hadiah. Anak-anak juga saya gembira dan bahagiakan mereka selayaknya. Hadiah bukan semestinya berbentuk material dan fizikal, tetapi yang lebih utama adalah penghargaan.
“Apatah lagi, layanan hebat isteri (Wawa) terhadap saya, anai-anak dan keluarga kami. Meskipun dia tidak meminta, tetapi menghargainya terlebih dahulu akan selalu memperteguhkan ikatan cinta dan kasih sayang kami sebagai suami isteri,” katanya.
Pasangan Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Selain Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dua lagi anak mereka ialah6 Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri, kini berusia dua tahun.
Bagi orang yang bukan dalam dunia selebriti mungkin memandang kehidupan mereka indah. Namun, sebenarnya tidaklah seindah yang difikirkan.
Salah satunya perlu berhadapan dengan tentangan ahli keluarga demi kerjaya, seperti yang dilalui oleh pelakon, Diana Amir yang mendedahkan permulaannya dalam dunia lakonan mendapat tentangan daripada bapanya.
Membesar dalam keluarga yang memahami agama Islam, Diana memberitahu bapanya bimbang tentang soal pemakaian dan pergaulannya ketika berlakon.
“Memang ayah saya tak bagi… saya membesar di Johor, ibu bapa saya bukan la macam ustaz, ustazah tapi memahami agama la.
“Lepas tu bila nak mula berlakon tu, ayah tak suka la sebab dia tahu berlakon ni tak boleh nak tutup aurat dan nak kena bergaul,” kata Diana.
Diana berkongsi perkara tersebut ketika sesi live bersama pendakwah terkenal Ustazah Asma dan rakan selebriti Elfaeza Ul Haq yang turut berhjirah menjadi lebih baik.
Malah, Diana turut mengakui dia sememangnya memakai tudung dari zaman remaja namun kerap ‘on off’ tanpa pengetahuan ibu bapanya.
“Masa sekolah, on off… itu pun tanpa pengetahuan la,” ujarnya dalam keadaan
sebak apabila mengimbau semula kisah silamnya.Sementara itu, Ustazah Asma berkata perkongsian mengenai perjalanan kehidupan Diana bukanlah membuka pekung sendiri namun ia boleh dijadikan sebagai inspirasi.
“Bukan membuka pekung, ramai anak muda yang sekarang ni sedang mencari-cari. Diorang kenal Diana Amir macam ini, diorang tak tahu Diana Amir pernah mengalami konflik zaman remaja yang sangat dahsyat.
“Jadi, bagi diorang.. ustazah nak cerita, ustazah memang dari dulu, berpakaian macam ini… Mungkin bila Diana cerita, mereka akan rasa lebih dekat.
“On… off, pandai belakang tak pakai tudung. Tapi bila sekarang Diana berpenampilan begini, boleh menjadi inspirasi,” kata Ustazah Asma.
Mencipta ruangan dapur yang kemas dan cantik tentunya perlu diolah dengan sempurna pada susun atur dan perletakan barang-barang.
Lantas tidak hairanlah ramai antara kita gemar menggunakan bekas yang pelbagai untuk diisi dengan bahan masakan dan rempah ratus agar nampak serasi dan kemas tersusun.
Pun begitu, dalam keterujaan menghias ruangan dapur dengan menyusun rapi rempah ratus di dalam bekas, elok hadam tip yang dikongsikan ini dan semoga bermanfaat.
Saya rasa seronok dan bangga dengan kawan kawan yang sama sama nak berubah kearah pengurusan dapur yang lebih kemas, sistematik dan bersih.
Kebersihan dapur bukan pada makanan semata mata tetapi turut termasuk susun atur peralatan sedia ada, penyusunan stok bahan kering sehinggalah penyisihan (declutter) barang barang yang tidak dipakai lagi.
Sudah menjadi satu trend bagi kaki deko/ibu ibu/suri rumah yang suka dengan keseragaman balang rempah ratus/stok makanan kering di dapur. Dari bekas kaca sehinggalah ke dalam tupperware/tipuware, stok bahan kering seragam tersusun.Namun timbul satu isu keselamatan makanan bagi saya sebagai seorang community nutritionist apabila ada yang bertanya ” macam mana nak tahu barang tu dah expired bila simpan dalam balang macam ni?”– itu adalah satu soalan yang perlu dipandang serious.
Seperti yang kita sedia maklum, tarikh luput makanan adalah salah satu elemen penting yang perlu dilihat pada pembungkus makanan. Walaupun rempah ratus dan bahan kering kebiasaanya mempunyai tarikh luput yang panjang, kita tidak boleh sesekali mengambil mudah untuk membuang terus tarikh luput tersebut.
Antara yang saya lakukan pada botol rempah ratus saya adalah :
✍🏻 Gunting tarikh luput pada pembungkus makanan dan tampalkan semula pada bahagian bawah balang dengan salotep jernih kalis air.
✍🏻 Amalkan prinsip FIFO (First In,First Out) di dapur, selagi serbuk rempah ratus atau stok makanan kering sedia ada di dalam balang belum habis, jangan sesekali melakukan isian semula(refill) balang berkenaan kerana ini akan menyebabkan makanan yang berbeza tarikh luput bercampur di dalam bekas yang sama. Ini sangat tidak digalakkan.
PS: Selain tarikh luput, sila baca semua perkara penting yang ada pada label pembungkusan makanan seperti :
✍🏻arahan penyimpanan yang betul
✍🏻 fungsi produk
✍🏻label kelulusan seperti tanda halal
✍🏻label alergi
✍🏻kandungan serta fakta nutrisi
sebelum menukar makanan anda ke dalam bekas lain. Harus diingatkan ya, keselamatan makanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah walaupun dalam mood “berdeko”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.