Memiliki haiwan comel sebagai binatang peliharaan di rumah pastinya menggembirakan. Terutama apabila melihat telatah manja yang ditonjolkan haiwan tersebut ketika dibelai. Setiap orang memiliki haiwan peliharaan yang berbeza-beza. Kebiasaan gemar menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing untuk dimanja. Namun, ada juga golongan yang ekstrem yang mengemari haiwan lainnya seperti ular, kura-kura dan sebagainya untuk dipelihara sebagaimana keluarga Puan Maizura Eliana ini.
Sememangnya beliau tidak menyangka akan mempunyai haiwan peliharaan eksotik. Namun, anak sulungnya Mirza yang menjadi pencetus yang membuatkan keluarga ini memiliki lebih 30 koleksi haiwan eksotik. Lebih istimewa kesemua haiwan peliharannya itu, diletakkan di ruang tamu rumahnya.
Ibu kepada Mirza Mohd Zaini, 11 tahun dan Misha Mohd Zaini, 8 tahun beranggapan cara sebegini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan secara sihat, sekali gus dapat mengelak anak-anaknya daripada terdedah kepada permainan gajet.
“Apabila ada haiwan peliharaan ini, memang mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ia bukanlah aktiviti seorang sahaja seperti main permainan video atau gajet dan internet.
“Ia melibatkan kerjasama semua ahli keluarga dan tolong menolong dan ada sahaja cerita mengenai keletah haiwan tersebut yang akan dikongsi bersama setiap hari. Apabila ibu bapa menyokong hobi anak, pastinya anak-anak rasa dihargai dan dipedulikan, sedikit sebanyak mengubah sikap anak-anak menjadi lebih penyayang kepada ibu bapa,” jelasnya.
Minat haiwan eksotik
Bercerita lanjut bagaimana timbulnya ilham memelihara haiwan eksotik ini, Mirza menjelaskan ia berlaku setelah membawa anaknya ke taman haiwan ketika anaknya kecil lagi. Bermulanya dari situlah anaknya mula menunjukkan minat dan memintanya untuk memelihara haiwan berkenaan.
“Saya sejak kecil memang tidak pernah ada haiwan peliharaan jadi tidak pernah terfikir untuk ada, sehinggalah dapat anak pertama pada 2007, Mirza yang menunjukkan minat terhadap haiwan. Bermula dengan membawa dia ke tempat haiwan seperti Zoo, Petting Zoo dan Taman Haiwan, lama kelamaan makin bertambah minat dan suami mula beri anak pelihara ayam katik ketika umur lima tahun. Memang sejak kecil dia sangat natural bersama haiwan.
“Ketika usia sembilan tahun, Mirza mula meminta untuk pelihara haiwan eksotik iaitu Hedgehog sehingga mampu membiakkannya dan menjual hedgehog tersebut. Dengan hasil jualan itu pula Mirza mula menambah haiwan peliharaannya dari jenis reptilia seperti Bearded Dragon, Leopard Gecko dan juga berbagai jenis ular.
“Dan sehingga kini dia sudah ada lebih 30 jenis koleksi haiwan peliharaan. Haiwan-haiwan ini kami beli dari penjual yang mengimport atau membiakkan sendiri haiwan tersebut. Anak kedua, bernama Misha juga menunjukkan minat sama mengikut jejak langkah abangnya.”
Dalam pada itu, tambahnya lagi, anaknya mahu memiliki pelbagai jenis haiwan atas keinginan untuk memelihara haiwan berkenaan.
Ads
“Saya rasa kerana minat terlalu mendalam terhadap haiwan menyebabkan anak saya, Mirza ingin memiliki sebanyak mungkin haiwan yang boleh dipelihara.
“Dia suka membaca terutama buku berkaitan haiwan dan timbul keinginan untuk memiliki dan mengalami sendiri bagaimana memelihara haiwan tersebut. Mirza bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Haiwan, jadi pengalaman memelihara sendiri haiwan tersebut diharap dapat membantunya kelak,” jelasnya.
Ruang tamu jadi penempatan haiwan
Sebagaimana yang dilakukan oleh sebuah keluarga penyayang ini yang sanggup mengorbankan separuh ruang tamunya menjadi ruang penempatan lebih 30 haiwan kesayangan keluarganya.
“Oleh kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama haiwan, saya mengambil keputusan untuk mengorbankan bahagian ruang tamu rumah untuk dijadikan ruangan khas haiwan peliharaannya. Ini untuk memastikan kami sekeluarga sentiasa melakukan aktiviti bersama dan saya dapat pantau aktiviti anak-anak. Ia juga bagi memastikan keselamatan haiwan-haiwan tersebut, jadi perlu ada di dalam rumah. Ia juga menjadi tarikan utama apabila tetamu datang ke rumah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Hamiza bersyukur suami menyokong minat beliau dan anaknya. “Pada permulaannya, suami agak membantah untuk memelihara haiwan eksotik, apatah lagi reptilia seperti ular. Tetapi lama-kelamaan dia sendiri nampak kesungguhan anak saya dalam menjaga haiwan-haiwannya, mempunyai ilmu mengenai haiwan tersebut dan juga menjana pendapatan dari hobinya itu.”
Kebersihan
Ads
Mengakui kebersihan memainkan peranan utama dalam memastikan persekitaran dalam keadaan baik agar kediaman tersebut selesa dihuni dan sekali gus turut tidak mengganggu jiran-jiran.
“Rumah saya adalah jenis corner lot, jadi terdapat bahagian laman tepi rumah yang bertanah lapang di mana haiwan seperti ayam, itik, kucing dan arnab di letak di bahagian luar rumah dalam kawasan sangkar masing-masing. Lain-lain haiwan adalah dari jenis haiwan kecil dan ditempatkan di dalam ruang tamu, juga dalam sangkar atau akuarium masing-masing.
“Setakat ini tiada masalah kebersihan atau bau kerana kawasan laman rumah saya luas dan terbuka dan setiap hari akan di pantau. Kami pastikan kolam itik dicuci dan ditukar air baru serta kandang arnab di sapu bersih setiap hari.
“Manakala sangkar dan akuarium haiwan kecil perlukan cucian sekali seminggu. Tidak semua haiwan perlu mandi, kami hanya mandikan kucing, hedgehog dan guinea pig sekali sebulan. Haiwan lain seperti arnab, sugar glider, burung dan hamster hanya perlu mandian spray syampoo yang khusus.
“Haiwan reptilia seperti bearded dragon, ular dan lain-lain hanya perlu disediakan bekas air untuk mereka berendam atau melembapkan badan bagi memudahkan apabila proses salin kulit. Sememangnya tugas menjaga semua haiwan ini dilakukan oleh semua ahli keluarga termasuk, suami dan anak-anak. Jika tidak, putus asa juga saya kalau seorang saja yang uruskan. Lagipun haiwan-haiwan reptilia contohnya, hanya Mirza sahaja yang berani memegang dan beri makan,” jelasnya yang menetap di Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor
Peruntukkan bulanan
Memelihara haiwan yang banyak memerlukan sejumlah peruntukkan bagi memastikan haiwan-haiwan peliharaan dalam keadaan baik dan sihat. Keluarga penyayang ini tidak lokek menanggung kos bulanan bagi haiwan-haiwannya.
Ads
“Haiwan-haiwan eksotik dan reptilia ini memang diketahui bernilai tinggi, kos untuk membeli pun sudah bernilai ratusan hingga ribuan ringgit. Oleh itu penjagaan haruslah bersungguh-sungguh juga. Setiap haiwan memerlukan habitat berlainan, ada yang berasal dari kawasan panas jadi memerlukan lampu dipasang 12 jam setiap hari, ada kawasan lembap dan berair, begitu juga pelbagai jenis diet makanan berbeza untuk reptilia, mamalia, burung dan amfibia.
“Oleh itu kos penjagaan agak tinggi pada permulaan kerana perlu sediakan habitat yang sesuai, sangkar atau akuarium dan aksesori yang sesuai, manakala kos bulanan pula lebih kurang RM500,” jelasnya.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Januari 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malang ta berbau, siapa sangka pokok hiasan yang dibeli untuk mencantikkan ruang di rumah boleh mengundang bahaya kepada anak sendiri.
Demikian yang berlaku kepada anak kecil berusia 4 tahun. Kisah ini dikongsikan oleh ibunya dalam facebooknya.
Hanya pegang dan gigit sikit, namun kesannya hingga mengalami kekejangan sampai terpaksa dikejarkan ke hospital. Begitulah yang dialami oleh seorang kanak-kanak setelah bermain dengan pokok keladi yang sering dijadikan hiasan di rumah-rumah.
Mungkin ramai ibu bapa di luar sana yang masih belum tahu mengenai bahaya pokok hiasan ini. Ianya mempunyai racun berbahaya yang boleh membawa kepada kematian bukan sahaja kepada kanak-kanak malah orang dewasa sekalipun. Lebih baik mencegah sebelum parah.
Semoga menjadi ingatan kepada ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati kelak. Dalam kita ghairah menghias rumah, hati-hati jangan sampai tersalah pilih pokok hiasan yer.
TOLONG BUANG POKOK BERACUN INI! JANGAN TANAM!
Semoga adik Nashwa sihat dan ceria selalu, jadi anak yang baik. Aamiin…
Guys, just want to share with you all. Mungkin ada yg dah tahu mungkin yg belum.
Kalau ada kt rumah kita tanam pokok keladi seperti gambar ni dan ada ank kecik, eloklah dibuang saja pokok tu sebab BERACUN!
Kejadian petang kelmarin. Nashwa main kt luar rumah dia ambil pokok tu dan gigit sikit. Just a tiny bit. Masuk rumah menangis mcm luka teruk but tak nampak luka atau apa2 kesan sakit. Panik ibu pun tak tahu punca apa.
This 4 years old girl taknak bagitau takut ibu marah dia. Lepas diasak tanya Nashwa dia ckp dia gigit daun tu. Terus suruh adik google n jumpa dekat website mynewshub bout this plant.
Dieffebachia. Pokok hiasan yg sering di perkarangan rumah. Getah dan daun mengandungi calcium oxalate yg mnyebabkan gatal2, kekejangan bibir dan lidah. Yes betul pokok tu! Nashwa nangis sambil mulut ternganga xleh tutup mgkin sbb kejang bibir. Air liur pun menitik xhenti.
Terus start kereta bawak ke klinik. Doktor tanya ada telan tak. Ibu dah la xtahu, nashwa pulak takleh cakap. Doc cek bibir bengkak skit pernafasan semua ok. Doktor kata kalau dia telan, bengkak kt kerongkong, boleh mnyebabkan saluran pernafasan tersekat. Doktor bg ubat sapu bengkak, alergik dan charcoal untuk serap racun klau ada yg masuk perut. Alhamdulillah hari ni dah okey
Tanya Nashwa kakak makan ka daun tu. Then dia cerita dia amik satu tangkai dan koyakkan daun tu. Ada dia gigit sikit je. Lepas tu dia ludah balik dan lari masuk rumah minum air. Katanya pedih. Luckily sikit je. Kalau tertalan banyak? Nauzubillah moga dijauhkan.
Hus nak pesan kt semua yang ada tanam pokok ni, eloklah dibuang je. Risau budak2 yang xreti apa lagi ni amik masuk mulut. Kids being kids kan.. Dorang curious. Semua menda nak explore. Kita yang kena sediakan safe environment untuk diorang.. Sentiasa pantau apa budak2 kecik ni buat. Lagi2 musim raya ni merata2 kita ziarah saudara dan kawan2. If anything happen always go straight to doctors ok.
Silakan share supaya semua orang alert. Semoga posting ni bermanfaat.
-Husnulkhotimah-
14.06.2019
Kredit: fb Husnul khotimah Fahmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang benar, apabila sudah berkahwin, ramai wanita yang tidak mempunyai cukup masa terutama dalam hal menguruskan rumahtangga. Biarpun ada suami yang membantu, mereka tetapi memastikan urusan rumah ‘settle’ sebelum masuk tidur. Selagi tak siap, tak lena tidur.
Begitu juga dengan perkongsian ini yang tidak menafikan ada isteri yang bersikap begitu. Mereka fokus kepada apa yang dilakukan untuk memastikan rumahtangga terurus dengan sempurna.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Lepas je tol kulai suasana dalam kereta terus senyap sepi.
Padahal sebelum tu rancak juga berbual. Sambil sambil memandu tu nak bagi hilang ngantuk ajak la isteri borak pasal kerja, pasal bisnes dan pasal anak anak.
Sedang sedap berborak tu tiba tiba isteri mengadu,
“Syg tak boleh tidur dalam kereta ni, sakit pinggang ni tidur menegak”, katanya..
Saya balas sedapkan hati “Iyee syg, Memang la sakit tak biasa tidur duduk”
Borak borak punya borak. Tak sedar sampai sudah tol kulai. Pandu masuk lorong touch n go.
Kalut punya pasal tak perasan baki ada berapa. Kalau tak cukup kena la berhenti topup dulukan. Cuba la tanya isteri mana tahu dia perasan,
“Syg nampak tak tadi baki touch n go ada berapa?”
“Syg.. syg..”
Hampeh, dah lena rupanya. Sakit sakit pun tidur juga. Huh!
Orang perempuan ni kalau masuk kereta mesti mudah lena. Kereta ni boleh di ibarat zon “lena” diorang.
Anak kalau dah lena mak comfirm akan lena juga. Sudahnya memandu sorang diri juga sampai ke melaka.
Tapi kasihan juga. Nasib baik dia sempat lena dalam kereta.
Sebab sampai je rumah dia terus bertukar masuk zon “kalut” para mak mak
Masuk rumah, buka tudung, lipat lengan baju terus ambil baju kotor dalam bagasi masuk dalam mesin basuh.
Lepas sumbat baju dalam mesin tu dia pergi pula mandikan anak. Sorang sorang dia mandikan.
Lepas tu dia siapkan makanan pula untuk saya dan anak anak. Sorang nak kicap sorang nak mee. Berkicap kat dapur, kasihan.
Sudahnya dia la orang terakhir yang masuk bilik tidur.
Gambar hiasan
Itu pun bukan terus tidur. Terkebil kebil mata nak melenakan diri. Barangkali ada terfikir kerja yang belum settle.
Dalam hati saya terdetik. Patut la dia senang lena dalam kereta tadi rupanya “mental state” masa dalam kereta ni sangat tenang dan lapang.
Bila sampai je rumah “mental state” terus berubah jadi fokus pada tugas dan amanah.
Itu la frontliner setiap rumah. Komited pada tugas dan amanah. Rumah ni ibarat medan perang. Susah nak lena, kasihan pada semua mak mak.
Khabar gembira buat pencaruman KWSP yang setelah sekian lama menuntut permohonan untuk pengeluaran di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Terbaru, menerusi persidangan Dewan Rakyat semalam (1 Mac 2022), Ahli Parlimen, Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.
Beliau berkata hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.
Tidak nafikan fakta tapi cakna kesusahan rakyat.
Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol)
Malah dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua dan bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.
“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik Covid-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini.” -Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol).
Kerajaaan harus kaji semula tuntutan rakyat
Justeru, Mohd Salim berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di