Baru sahaja menimang cahaya mata selepas hampir tujuh tahun menanti, namun siapa menyangka Allah menjemput lebih awal sebelum sempat membesarkan zuriat yang dinanti sekian lama.
Pemergian suami, Mohammad Isma Azwa Mohd Salleh, 33, yang disahkan maut selepas terbabit kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Changi Beach Park, Singapura meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi isterinya, Nur Shahirah Nabihah Mohammad Azan.
Menceritakan kejadian itu, kakak Nabihah, Nur Shahirah Nadiah Mohammad Azan, 37, berkata, Mohammad Isma yang bekerja sebagai juruukur hidrografi berulang-alik dari rumahnya di Danga Bay, Johor ke tempat kerja di Singapura.
“Ketika kejadian, dia menunggang sebuah vespa di jalan lurus sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mahu membelok.
Ads
“Dia kemudian dibawa ke Hospital Changi untuk menerima rawatan. “Namun sebaik tiba di hospital itu, Nabihah dimaklumkan suaminya meninggal dunia akibat pendarahan dalaman kira-kira jam 11 pagi, semalam.
“Selepas pelbagai dugaan dilalui mereka selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata, kini Nabihah perlu berdepan hakikat kehilangan suami tercinta.
“Saya harap dia kuat menghadapi dugaan ini demi anak tunggal mereka,” katanya yang memaklumkan jenazah Mohammad Isma akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan.
Difahamkan van membawa jenazah Mohammad Isma sudah dalam perjalanan dari Singapura ke Tanah Merah dan dijangka tiba awal pagi ini.
Ads
Cari telefon bimbit untuk tunaikan nazar
Dalam pada itu, Nadiah berkata, sebelum kejadian, Mohammad Isma ada memberitahu isterinya mengenai nazar serta beberapa urusan yang disenaraikan di dalam nota telefon bimbitnya.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis memaklumkan tiada telefon bimbit ditemui pada adik iparnya sebelum semakan menerusi aplikasi mendapati peranti itu berada dalam sebuah bangunan berhampiran lokasi kejadian.
Ads
“Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan telefon bimbit itu tetapi tidak berjaya.
“Telefon bimbit itu amat penting untuk mendapatkan senarai urusan dan nazar yang dinyatakan adik ipar dalam peranti berkenaan.
“Kami mohon supaya telefon bimbit itu dipulangkan kerana ia adalah kenangan bagi keluarga arwah,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terkejut Terima Duit Palsu, Jual Telefon Nak Rolling Berniaga, Luahan Lelaki Ini Undang Simpati.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sudah tentunya ada yang melakukan pelbagai pekerjaan untuk menambah pendapatan keluarga.
Malah ada yang terpaksa menjual barangan peribadi untuk menampung kehidupan. Namun siapa sangka, dalam berhati-hati ada juga yang menjadi mangsa penipuan.
Inilah yanga berlaku kepada saudara Asyraff Akra yang tidak menyangkan urusan jual beli bertukar menjadi detik yang menyedihkan buat dirinya apabila menerima wang palsu.
Dia yang menjual sebuah telefon pintar berjenama untuk dijadikan pusingan modal bagi perniagaannya meluahkan rasa kecewa apabila hasrat itu tidak kesampaian.
Ia diluahkan menerusi hantaran di facebook miliknya yang telah mengundang simpati warganet.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Dugaan terkena atas diri sendiri. Jual phone nak rolling mula meniaga sekali kena tipu.”
“Note RM100 tu duit palsu. Note RM50 je betul.”
“Serius aku tak perasan. Silap aku terlalu percaya manusia bertudung litup. Sama bangsa pun nak tipu.”
“Tak apa la kakak &abang. Selamat maju jaya merangkak mencari aku dan isteri aku di padang mahsyar nanti. Nanti kita gather gather balik yer.”
JADI PENGAJARAN
Dalam pada itu, dia turut berkongsi nombor telefon pembeli tersebut sebagai peringatan buat orang ramai.
“Itu sahaja yang aku ada. Silap tak snap gambar atau apa sebab sepanjang aku buat jual beli tak pernah kena macam ni. Lesson learned!
“isteri aku dan aku masih positif. Ada la tu rezeki atau hikmah lain nak datang. InshaAllah.”
Difahamkan telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan.
TITIP DOA DAN DIMURAHKAN REZEKI
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati kepada pasangan suami isteri itu. Ramai yang menitipkan doa semoga mereka dimurahkan rezeki. Ada juga yang berkongsi turut melalui pengalaman yang sama.
“Ya Allah kau gantilah rezeki berlipat ganda hamba mu ini. Kau permudahkan segala urusannya.”
“Allahuakhbar. Kes berat ni kalau main bab duit. Kita jual sebab nak pakai duit boleh plak dia buat macam ni. Sabar cap insyallah Allah nak bagi yg lagi baik tu.”
“Saya berniaga pasar malam, juala makanan, itu pun ada yang bayar guna duit palsu, bab makan pun buat main, haram masuk dalam badan jadi darah daging.”
“Ingat lagi, ada seorang pelanggan bayar guna wang kertas RM50 palsu masa beli baju, akhirnya ‘boss’ semak, sekali aku yang kena ganti balik harga baju tersebut. Salah aku, sebab tak semak betul-betul.”
Memiliki ruang dapur yang selesa dan berhias indah tentu menjadi impian ramai antara kita. Maklumlah di ruangan dapur inilah banyak masa ibu-ibu habiskan untuk menyediakan makanan.
Pun begitu, kita juga sedar untuk merias ruang memerlukan bajet tertentu hingga boleh mencecah beribu-ribu ringgit. Hal ini kadang-kadang membantutkan keinginan untuk transform ruang dapur menjadi ruang yang lebih cantik.
Namun Mcyah Joanjett mengambil pendekatan lain, bermodalkan RM 200 sudah mampu untuk dirinya menjadikan ruang dapur kediamannya berubah wajah 360 darjah.
Jom lihat apa yang telah dilakukan.
Actually rumah aku ni takde dapur (biasalah rumah orang have-have mana masak?).
Jadi aku ubahsuai bilik kosong jadi dapur. Semua barangan yang digunakan adalah dari kedai eco RM2 dan Mr.Diy sahaja. Bajet keseluruhan lebih kurang RM200 termasuk wallpaper.
Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri je hehe.
Setiap harga dan detail barangan ada pada setiap gambar. Wall paper beli kedai eco Rm2.
Sebelum
Selepas
Ternyata jika kita pandai merias ruangan, tentu hasilnya nampak wow walaupun hanya menggunakan barang-barang berharga ekonomi.
Kredit: Mcyah Joanjett via Ilham Dekorasi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sembahyang adalah tiang agama. Jika kita gagal melakukannya dengan sempurna, ia akan menunjukkan kita bukan seorang hamba Allah yang bersungguh-sungguh beriman dengan Allah.
Apa pun, manusia memang tak lari daripada melalukan kesilapan termasuk bab solat. Tahukah anda, tanpa ada sedari terdapat beberapa hal yanh boleh menjadikan solat kita tidak sempurna. Mungkin menjadikan solat kita tidak diterima Allah. Yang Allah yang maha mengetahui.
Bagaimana pun, kita harus berusaha untuk memastikan solat kita sempurna.
Perkongsian ini amat berguna untuk dimanfaat bersama.
Solat mempunyai 13 rukun dan lima syarat sah solat. Ia tunjang yang menjadikan solat yang dilakukan itu teratur dan sempurna. Namun selain itu, ada perkara-perkara lain yang dapat mengganggu kesempurnaan solat bahkan mungkin dapat membuatkan solat yang dilakukan terbatal. Berikut antaranya:
#1- Terlalu Cepat Dalam Pergerakan (Tidak thuma’ninah)
Erti thuma’ninah bererti tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud, Thuma’ninah adalah rukun dalam solat dan tidak sah solat tanpanya.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
Daripada Abu Hurairah R.anhu, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak mendirikan sembahyang, maka bertakbirlah, kemudian bacalah sesuatu yang mudah yang ada bersama kamu dari al-Qur’an. Kemudian ruku‘lah sehingga kamu thuma’ninah dalam ruku‘. Kemudian bangunlah (dari ruku‘) sampai kamu tegak berdiri (i‘tidal). Kemudian sujudlah sehingga kamu thuma’ninah dalam sujud. Kemudian bangunlah (dari sujud) sampai kamu thuma’ninah dalam duduk. Dan lakukanlah demikian itu dalam setiap sembahyangmu.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
#2- Tidak Betul-Betul Sujud Dengan Tujuh Anggota Sujud
Anggota sujud itu ada tujuh sepertimana yang telah disebutkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang, iaitu: pada dahi dan Baginda menunjuk dengan tangan Baginda kepada hidung Baginda, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua telapak kaki….” (Hadis riwayat al-Bukhari – Hadis Sahih)
Perlu diperhatikan adakah ketujuh-tujuh anggota sujud ini mengenai sejadah apabila kita sujud – contohnya telapak jari-jari kaki perlu ditekan sedikit sehingga benar terasa pada sejadah dan bukan sekadar di bucu jari sahaja.
#3- Pergerakan Lebih Cepat Daripada Imam
Pergerakan yang mendahului imam boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk…” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
#4- Bangun Dari Duduk Terlalu Cepat Sebelum Imam Selesai Memberi Salam Pada Penghujung Solat
Seharusnya, makmum yang bersolat bersama imam dalam keadaan masbuk perlulah menunggu sehingga imam benar-benar selesai memberikan salam barulah dia bangun dari duduk untuk menyelesaikan rakaat yang belum cukup.
#5- Mengenakan Pakaian Nipis
Sebahagian wanita mengenakan pakaian yang dipakai sahaja tanpa memakai telekung atau baju sembahyang. Tidak ada masalah jika aurat ditutup sempurna, namun masalah tentang aurat biasanya pada penggunaan sarung kaki. Kadang kala ia terlalu nipis dan dan ternampak jelas warna kulit.
Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”
Syeikh al-Syirwani dalam Hasyiah Tuhfah al-Muhtaj (2/112) juga menyebut: “Dan hendaklah digunakan kaedah demikian dengan tidak memberi mudarat (pada kesahihan solat) apabila dilihat kulit dengan medium (suluhan cahaya) matahari atau api yang apabila tiada maka tidak boleh dilihat.”
Justeru, pihak Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa stoking wanita yang kelihatan nipis tetapi tidak boleh dilihat warna kulitnya, dan tidak boleh dibezakan warna kulit hitam atau putihnya, dalam jarak kira-kira 1.5 meter, adalah boleh dipakai oleh wanita semasa solat.
#6- Tidak Melakukan Takbiratul Ihram Ketika Mendapati Imam Sedang Rukuk
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, kemudian barulah mengikuti imam yang sedang rukuk.
#7- Tidak Langsung Mengikuti Keadaan Imam Ketika Masuk Masjid
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.
Rasulullah bersabda: “Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!” (Hadis riwayat Abu Daud).
#8- Memejam Mata Ketika Solat
Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, contohnya jika ada gangguan di sekitar seperti gambar, dan perbuatan menutup mata boleh membantu menambahkan kekhusyukan maka ianya dibolehkan.
#9- Tidak Rukuk Dengan Sempurna
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari hadis Abi Qotadah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang paling buruk adalah orang yang mencuri dari solatnya”.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimanakan seseorang mencuri dari solatnya?. Beliau bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya”. Atau beliau bersabda: Dia tidak menegakkan tulang punggungnya pada saat dia ruku’ atau sujud”
Tanda rukuk yang sempurna boleh dikenal pasti apabila badan anda membentuk kira-kira 90 darjah apabila rukuk dengan tangan diletakkan di atas tempurung lutut dan kaki diluruskan (tidak dikendurkan atau bengkok).
#10- Tidak Melurus Atau Merapatkan Barisan Ketika Berjemaah
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Merapatkan saf juga akan membuat syaitan tidak menempati celah yang kosong. Dari Abu Umamah RA, Rasulullah SAW ketika merapatkan saf, beliau mengatakan,
“Tutup setiap celah saf, kerana syaitan masuk di antara saf kalian seperti anak domba.” (HR. Ahmad, 5: 262. Kata Syaikh Syu’aib Al-Arnauth hadits ini sahih lighairihi).
Moga kita muhasabah diri agar dapat memperbetulkan solat kita dengan baik.
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.