Keluarga kepada seorang ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu, berasa terkejut dan seakan masih tidak percaya wanita itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik kenyataan Kakak Azi bersama Kosmo yang enggan dikenali berkata, setakat ini, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun polis sudah mengeluarkan kenyataan.
Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang semalam.
“Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita palsu tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?
“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam tadi. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya bersama wartawan Kosmo.
Ads
Menurutnya, setakat ini, keluarganya masih tidak menerima sebarang maklumat daripada polis mengenai keadaan Azi meskipun ada yang mengatakan adiknya itu sudah berada di Malaysia.
“Jika berita ini sahih, kami tidak sabar untuk bertemu dengannya tapi tolonglah beritahu di mana Azi sekarang ini,”katanya.
Manakala memetik laporan berita Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.
Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.
Ads
“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
“”Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
“Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di negara itu,” katanya.
Acryl Sani berkata, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada polis Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama serta bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa culik.
Ads
“PDRM juga menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.
Memang tidak dinafikan semua orang ingin memiliki rumah sendiri atau kereta baru serta kelengkapan rumah lengkap serba serbi. Jika boleh penapis air jenama mewah pun mesti ada.
Namun, bak kata perpatah, ukur baju dibadan sendiri. Bagi yang kurang mampu, memilik semua itu, usah rasa down ada kawan-kawan memilik semua aset itu, sedangkan kita sebaliknya.
Jika anda tidak memiliki itu, anda tetap mampu hidup dengan tenang dan gembira dengan diberikan kesihatan yang baik dan tiada masalah kewangan, jadi teruskan dengan kehidupan yang bahagia ini.
Pilihlah cara hidup sendiri, kerana bahagia pasti menanti. Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh puan Ct Syeera yang menyatakan usah bersikap down jika ada kata-kata yang mempersoalkan cara hidup anda.
Medical card, air bertapis, kereta baru, rumah sendiri dan lain-lain.
Pada yang tak mampu nak bayar bulanan untuk benda-benda di atas tu, ampa jangan down.
Sis paham bila ada dikalangan orang terdekat yang persoalkan benda tu awt ampa tak ada semua tu.
Ayat paling selalu sis dengar pasai medical card la. Penah terkena batang idung sis. “Awat tak ambil. Ambil yang bulanan paling murah pun takpa janji ada. Anak demam senang bole p private. Tak payah tunggu hosp gomen. Lambat. Pastu banyak kore”. Simple tapi makan dalam. Sebab apa sis kata lagu tu? Ampa taktau kewangan dia macamna. Ampa taktau dia struggle macamana nk teruskan hidup dia tapi ampa persoalkan benda macamtu yang dia rasa kalau dia ambil akan menyusahkan hidup dia sedangkan untuk ampa benda ni baguih.
Sama macam kes beli rumah. Ayat paling biasa dengaq “awat tak beli rumah, dari menyewa bayar bulan2, atleast nanti jadi rumah ag sendiri dah”. Kalau la dia mmpu sediakan deposit beli rumah. Kalau la bank bole bagi loan dekat dia tanpa tengok gaji dia. Sis jamin, semua orang takkan menyewa lagi dah.
Pada ampa semua. Tolong jaga setiap perkataan yg keluar dr mulut ampa semua sebab kadang2 benda tu bole mengguris perasaan org2 ini. Tu yang jadi punca dpa jauhkan diri atau erti kata lain depa akan lari bila ampa nak jumpa or jadi silent reader dalam wasap grup .
IKUT CARA SENDIRI, BAHAGIA MENANTI
Ampa mungkin taktau. Walaupun dia tak mampu ada medical card tapi dalam setiap doa selepas solat dia akan mintak Allah kurniakan kesihatan yang baik pada keluarga dia. Sebab tu anak dia tak sakit dan tak perlu masuk hospital lima bintang.
Walaupun dia tak mampu minum air bertapis tapi anak dia masih boleh minum air yang bersih. Walaupun dia tak mampu naik kereta baru tapi dia masih boleh pergi merata dengan kereta sedia ada.
Walaupun dia menyewa dia tapi dia masih tak basah bila hujan turun. Hanya Allah sebaik2 perancang. Siapa kita yang nak persoal semua tu? Hanya hambanya yang sentiasa menagih pertolongan dari yang Esa.
Daripada ampa cakap benda yang mengguris hati dia baik ampa tolong dia. Pergi melawat selalu, tanya khabar, bantu dari segi wang atau tenaga sekiranya nampak depa ada masalah. Sebab kadang2 kita tak perasan. Depa sorokkan kesusahan depa sebab depa masih nak menjaga air muka bila berdepan dengan org jenis ni .
Moga kita muhasabah diri untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya “wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang wanita yang bergelar isteri adalah mengikut acuan suaminya.
Bak kata perumpamaan, isteri adalah cerminan suami. Bagaimana baik didikan sang suami, itu yang akan ditonjolkan oleh si isteri. Begitu juga sebaliknya.
Kerana itu, menjadi tanggung jawab suami untuk memberikan ilmu agama yang cukup buat isteri dan anak-anak. Bukan sekadar menyediakan nafkah zahir batin dan juga membantu urusan rumah tangga dan sebagainya.
Perkongsian dari aktor terkenal Mustapha Kamal ini wajar dijadikan panduan buat pasangan suami isteri dalam melayari alam rumah tangga. Ringkas namun cukup padat dan bermakna bagi kita semua.
Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya.
Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .
” Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
Betullah… Kasih ibu bawa ke Syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pengorbanan seorang ayah bernama Basri mengundang sebak ramai bila mana kisahnya dimuat naik menerusi laman TikTok milik jafnyelias_founderbbd.
Demi membolehkan anaknya meneruskan pengajian di sekolah agama, beliau tidak memilih kerja dan sanggup menjadi tukang sapu sampah.
Biarpun gaji pokok yang diperoleh hanya sekitar RM1,500, namun bapa itu tidak mengeluh atau pun kecewa. Sebaliknya, beliau mengganggap itulah rezeki yang halal buat anak-anak dan isterinya.
“Sudah dua tahun saya melakukan pekerjaan ini. Saya tidak memilih kerja yang penting halal untuk keluarga saya terutama untuk sekolahkan anak.
“Anak saya sekolah agama, yuran sahaja RM500. Kalau saya tidak kerja, kasihan anak nak sekolah. Sebab itu saya sanggup bertungkus lumus,” katanya dalam video tersebut.
Paling memilukan tatkala mendengar kata-katanya: “Saya tidak pandai, jadi nak bagi anak saya pandai sikit.”
Lebih mengharukan, beliau juga memberitahu tentang kesanggupannya berulang-alik menaiki motosikal setiap hari sejauh 20 kilometer (km) dari rumah ke tempat kerja semata-mata mencari rezeki buat keluarga.
Sementelah isterinya tidak bekerja dan hanya menjaga dan mengambil anak sekolah sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan kagum dengan pengorbanan seorang ayah sanggup bersusah payah demi memastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik.
Memang sebak tengok video ini, min sendiri pun menitis air mata. Terus teringat arwah abah.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki kepada ayah-ayah di luar sana yang keluar mencari rezeki.
Sumber video: TikTok jafnyelias_founderbbd
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.