Semalam berlangsungnya sambutan hari jadi Putera Rayfal Ramli Rizal Ashram, anak sulung aktress Fasha Sandha. Majlis bertemakan watak animasi berwarna merah hitam, berlangsung meriah di Kizsport & Gym, Ampang.
Seperti kebiasaan saban tahun setiap kali sambutan raya mahupun aktiviti anak-anak, pasti Jejai tidak pernah miss untuk turut serta. Namun tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran Aidil yang kini sah menjadi suami Fasha.
Hubungan baik antara 3 selebriti ini menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen memuji keharmonian keluarga ini kerana boleh berbaik demi anak-anak.
Ads
Walaupun hubungan antara Fasha dan Jejai sudah berakhir dan pelakon cantik itu sudah pun membina kebahagiaan sendiri, namun, demi anak-anak mereka tetap bersatu meraikan hari yang bermakna untuk zuriat mereka.
Sebelum itu Fasha Sandha terlebih dahulu memuat naik beberapa keping gambar Rayfal ketika lahir dan pada setiap ulang tahun kelahirannya. Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Fasha dan Jejai masih menyambut hari lahir anak mereka walaupun sudah berpisah.
Rata-rata netzien memuji sikap baik yang ditunjukkan oleh Jejai dan Fasha yang tidak berbalah demi anak. Bahkan, ada yang mengharapkan selebriti lain mengikut contoh pasangan ini.
Matang demi anak-anak
zyetin Inilah kematangan dalam kehidupan, walaupun dah tiada kena mengena,fasha still upload photos anak dengan ayah dan kenangan masa lalu, itulah ayah tiada siapa yang boleh pisah mereka kan, yg lepas biarkan ia berlalu, hari mendatang kena tempoh dengan tabah, selamat hari lahir rayfal, semoga jadi anak yang soleh, saya tabik pada fasha ,semoga berbahagia selalu.
kamelilias Ya allah berkatilh insan2 ini.punya hati yg cantik baik ikhlas.lihat inilah nilai sebenar sebuah silaturrahim.moga anda semua mendapat kebaikan didunia dan diakhirat amin….
zaiemma_06 Tanggungjawab sebagai ayah tu kuat.. ??.. X mcm separuh.. Dah cerai anak pn d abaikan.. Jejai n fasha sgt matang demi anak2.. ??
Hubungan dengan ayah kandung tak terputus
Ads
einamuor Terbaik bro @itsaidilaziz n sis @ fashasandha bapanya raykal is coming. Eratkn hubungan silaturahim….
azreennnnnnnn_ Walaupun dah berpisah, hubungan dgn ayah kandung tetap takkan terputus..tetap wajib bagi Jejai untuk bg nafkah pada anak2 dia..Sanah Helwah Rayfal..moga besar nanti jadi anak yang berguna, baik, Soleh dan seorang anak yang menyenangkan orang tua kamu.
mahana_n.asyikin Abgnya rayfal dan jemima pon ada.. Air dicincang xkan putus.. Ais dikisar jd abc.. Happy birthday rayfal.. Moga jd ank soleh kebanggaan keluarga, abg dan adik yg penyayang..
qaseh_zarra Happy birthday Rayfal… Untung dia thn ni dpt celebrate dgn big family. Ada Dada, ada Ayah, Ada Ibu, Ada Abg Rayqal, ada Adik Jemyma… Moga family @fashasandhasentiasa berada dalam rahmat Allah swt. Aamiin…
Keluarga yang baik
alwanisofiaabdullah Ok done airmataku menitis.. Moga semua menemui kebahagiaan masing2?
s.a.z.a Love sgtt tgk smua pic dlm ni.. Different fmily but still one happy fmily.
izzah_abdulwahid Bagusnya fasha ,jejai pun ada…keluarga yg baik.
Dalam pada itu, Jejai turut memuat naik ucapan berbentuk surat buat anak sulungnya itu. Seperti tahun-tahun sebelum ini, daddy Rayfal dan Jemyma tak pernah miss menulis surat ‘cinta’ untuk anak-anaknya.
bibiana.gabriel Happy birthday Rayfal. Semoga menjadi anak yg terbaik utk kedua org tua mu dan semoga ikatan adik beradik lebih erat di dunia dan akhirat. Tiap tahun daddy buat surat ‘cinta’ untuk anak2. I guess im not the only one who waits for it?.
ziahrahim Same here, been waiting for your posting for Rayfal…alhamdulillah and aamiin to all your doas…Happy Birthday Rayfal..
zatil.hidayah Same goes here…always waiting for ur love letter to ur kids..very sincerely from ur heart…happy birthday putra rayfal❤️❤️❤️
muzz_636 Mmg kita tggu every year.. Happy birthday Rayfal.. Semoga menjadi anak yg baik dan anak yg soleh..
nadiahazuan happy besday rayfal.. slalu baca surat2 dri daddy utk anak2.. sweet msg yg mana bila besar nanti or if u dah xde.. diorg still boleh baca lagi and know how much daddy love you kids.
neytapitt Salam always looking forward for this lovely letter from a dad yang mempunyai hati yang mulia to his lovely kids semoga Allah swt sentiasa memberkati @rizalashramrntsekeluarga amin amin
Kaletahnya sering mengundang tawa warga maya. Dengan wajahnya yang comel, ada-ada saja gelagat anak padangan Amar Bahrain dan Amyra Rosli ini yang mencuit hati.
Aqeef Anaqi merupakan abang kepada Ayra Aryssa ini sering mendapat perhatian warganet.
Terbaru Amar Baharin memuat naik sekeping gambar Anaqi menarik perhatian netizen. Gambar yang menunjukan Anaqi sedang duduk dihadapan mesin cuci pakaian dalam keadaan memakai kain tuala sahaja sambil memegang telefon.
“Pastikan “sahih” baru kongsi.
“Ni memang sahih anak aku… Abang buat apa ni sayang? @aqeefanaqi 🤣🤣🤣
Tengok sahaja gambar Popia Reben Viral ini pasti kita rasa teruja, inikan pula anak-anak kita. Popia berbentuk kipas atau reben ini sebenarnya dihasilkan tanpa resipi tetapi sebaliknya hanya gunakan dua bahan sahaja. Wow hebat!
Kalau bahannya hanya dua, dah tentulah kosnya pun sedikit sahaja. Sambil sediakan makan tengahari, boleh suruh anak-anak buat reben berbentuk kipas ni.
Menurut pemilik popia viral ini, Zura Zul yang berkongsi di grup Makan Apa Hari Ni (MAHN), resipi popia reben ini memang simple nak disediakan tetapi sedikit renyah. Maklumlah nak bentukkan kulit popia menjadi kipas, tentu ambil sedikit masa. Jom cuba cara yang dikongsikannya.
Simple..tapi sedikit renyah nak buat Popia Riben/bunga. Anak-anak memang suka. Laju jer deme makan..☺
Bahan:
Kulit popia
Sosej
Caranya:
1. Potong sosej. Potong agak-agak, tak nipis tak tebal.
2. Ambil straw besar dan tekap pada sosej. Buatkan lubang seperti dalam gambar.
3. Pilih kulit popia saiz kecil dan potong dua.
4. Lipat dan buat macam kipas.
5. Ambil sosej tadi dan masukkan di bahagian tengah kulit popia. Kembangkan dan jadikan bentuk kipas.
6. Panaskan minyak dan goreng kekuningan. Boleh cicah dengan sos cili, makan begitu saja pun sedap. Rangup.
Selamat mencuba.
Sumber: Zura Zul
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar makanan laut, tentunya bila masakan berasaskan ketam terhidang di atas meja pasti sukar untuk dilepaskan. Tentu akan makan berselera.
Umumnya kita ketahui, terdapat pelbagai jenis ketam yang boleh dibeli dipasaran untuk dijadikan menu yang istimewa untuk keluarga. Antaranya adalah ketam bunga, ketam biru, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan banyak lagi.
Namun timbul juga keraguan sesetengah antara kita, berkenaan ketam batu atas asbab dua alam. Adakah ia halal atau haram dimakan dan persoalan ini telah menarik perhatian Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk memberi penjelasan kepada umum.
Ini perkongsiannya.
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Maksudnya: “Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”[1]
Ayat ini menunjukkan bahawa dihalalkan segala benda-benda yang berasa elok pada jiwa dan enak pada tabiat manusia, melainkan terdapat dalil lain yang menyatakan bahawa ia adalah haram. Begitu juga diharamkan segala apa yang jijik pada jiwa seperti bangkai dan darah, serta orang yang memakannya dianggap fasik. Dalam kata lain, semua benda yang dianggap kotor pada tabiat manusia dan dirasakan jijik pada jiwa adalah diharamkan kerana ia menjadi sebab kepada sakit. Lalu apa sahaja yang memudaratkan hukum asalnya adalah haram. Justeru setiap yang jijik pada tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum sebaliknya.[2]
Definisi Ketam Batu (Stone Crab)
Ketam ialah haiwan yang diliputi oleh cengkerang keras dan mempunyai kaki bersendi. Ia hidup di perairan cetek di sepanjang pantai dan juga di perairan dalam. Terdapat lebih kurang 4500 jenis ketam yang berlainan.[3] Kebiasaannya ketam batu (stone crab) merujuk kepada sejenis ketam yang terdapat di Florida. Ia juga boleh ditemui di tengah laut dan perairan pantai dari Belize hingga Carolina Utara. Ketam batu ini terdiri daripada dua spesies iaitu Menippe mercenaria dan M. adina. Walau bagaimanapun, M. adina sering dilihat sebagai subspesies kepada M. mercenaria. Cengkerang keras atau carapace ketam batu adalah kira-kira 4 inci lebar, manakala panjangnya pula adalah kira-kira antara 3 hingga 3.5 inci. Selain itu, carapace ini juga adalah licin, berbentuk bujur dan cembung. Ketam betina mempunyai carapace yang lebih besar berbanding ketam jantan, manakala ketam jantan pula mempunyai penyepit yang lebih besar berbanding ketam betina. Ketam ini hidup di dasar teluk, jeti batu dan terumbu tiram. Ia juga boleh dijumpai di batu kapur dan padang rumpai laut (seagrass beds). Ketam ini suka menggali dan mencari perlindungan daripada pemangsa mereka. Namun anak ketam tidak menghabiskan banyak masa untuk menggali, sebaliknya ia bersembunyi di rumpai laut atau di tengah-tengah batu. Anak ketam pada peringkat larva memakan zooplankton kecil. Kemudian, ia membesar dengan tingkah laku karnivor oportunistik (opportunistic carnivore) tetapi dengan beralih kepada sumber makanan yang lebih besar. Manakala ketam batu dewasa biasanya memakan kima bercengkerang keras, moluska kecil, teritip acorn, conch dan pelbagai jenis krustasia.[4]
Sebelum membahaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, kita hendaklah mengetahui bahawa sebahagian ulama silam menamakan ketam di dalam kitab-kitab mereka sebagai kala jengking air (عَقْرَبَ الْمَاءِ) dan ketam itu juga diberi gelaran sebagai Bapa Laut (أَبُو بَحْرٍ).[5]
Haiwan air
Pada asasnya, haiwan air ialah haiwan yang tidak dapat hidup melainkan berada di dalamnya. Apabila ia keluar dari air, hidupnya seperti haiwan yang disembelih atau ia dapat hidup tetapi hayatnya tidak kekal lama — untuk berada di atas darat.[6] Haiwan air kesemuanya adalah halal untuk dimakan tanpa perlu kepada sembelihan melainkan terdapat nas yang menyatakan sebaliknya atau memudaratkan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran.”[7]
Begitu juga, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”[8]
Selain itu, Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari juga ada menukilkan pendapat Imam al-Mawardi yang menjadi dhawabit (garis panduan) dalam menentukan kategori suatu haiwan itu apabila berhimpun pada dirinya darat dan laut, iaitu:
Maksudnya: “Haiwan yang berhimpun padanya antara laut dan darat (dapat hidup di kedua-duanya), sekiranya ia dapat tetap (berterusan) hidup pada salah satunya menurut kebiasaan dan hidupnya lebih banyak di situ. Maka, hukumnya mengikut kebiasaannya.”
Oleh itu, apa-apa haiwan yang tidak dapat hidup melainkan di dalam air sahaja atau apabila ia keluar dari air, hidupnya seperti haiwan yang disembelih, maka hukumnya adalah halal dimakan, walau bagaimana keadaannya pun serta ia dinisbahkan sebagai hidupan air. Kemudian, jika suatu haiwan itu tidak cenderung kepada mana-mana antara keduanya (air atau darat), maka hukumnya adalah seperti haiwan darat mengikut pendapat yang sahih serta tidak halal untuk memakannya melainkan setelah disembelih, jika ia termasuk dalam jenis haiwan yang boleh disembelih. Sekiranya tidak, hukumnya adalah haram — untuk memakannya.[9]
Tambahan pula Imam al-Syafi‘i juga ada menyebutkan bahawa untuk menentukan haiwan tersebut dalam kategori haiwan buruan yang mana, maka lihatlah haiwan itu hidupnya lebih banyak di darat atau di laut. Termasuk juga dalam kategori haiwan yang mengambil hukum haiwan laut ialah haiwan yang tinggal di dalam air perigi, paya, air tawar, air masin, air sedikit, air banyak dan lain-lain.[10]
Hukum Memakan Ketam Batu (Stone Crab)
Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa sebahagian ulama berpendapat ketam halal dimakan kerana ia tidak dapat hidup lama di atas darat, akan tetapi yang sahihnya — menurut mazhab Syafi‘i — ia adalah haram.[11] Hal ini kerana ia dianggap kotor dan jijik serta padanya ada mudarat (racun).[12]
Selain itu, Imam al-Nawawi ada menyatakan bahawa terdapat satu pendapat yang lemah yang menghalalkan katak dan ketam. Begitu juga, al-Baghawi telah menukilkan daripada al-Halimi mengenai kehalalan ketam. Kemudian, Imam al-Nawawi telah menyimpulkan dengan menyatakan bahawa pendapat yang sahih lagi muktamad ialah semua haiwan di laut, bangkainya adalah halal — yakni untuk dimakan — kecuali katak. Lalu dapat difahami apa yang disebutkan oleh ulama-ulama mazhab Syafi‘i atau sebahagian daripada mereka mengenai keharaman penyu, ular dan nasnas adalah yang berada di dalam air selain air laut.[13] Dalam erti kata lain, adanya kebarangkalian bahawa terdapat faktor lain yang mendorong kepada pengharaman tersebut seperti nas yang melarang, memberi mudarat kepada pemakannya atau lain-lain.
Hal ini dapat difahami dengan lebih jelas melalui kenyataan daripada Dr. Muhammad al-Zuhaili yang menyebutkan bahawa katak haram dimakan kerana ada nas yang melarang untuk membunuhnya. Manakala ular dan ketam kerana racunnya serta kedua-duanya dianggap haiwan yang jijik. Selain itu juga diharamkan untuk memakan buaya kerana ia memburu dengan taringnya.[14]
Sebahagian ulama yang menghalalkan ketam seperti mazhab Maliki[15] menyebutkan bahawa diharuskan untuk memakan katak, serangga, ketam dan penyu kerana tidak ada nas yang mengharamkannya daripada dimakan. Adapun mengharamkannya kerana ia dianggap haiwan yang jijik dan kotor mestilah dengan apa yang telah dinaskan oleh syarak. Oleh itu, tidak boleh mengharamkan haiwan itu semata-mata ia dianggap jijik dan kotor oleh jiwa, yang mana tidak ada nas mengenai hal tersebut. Mazhab Hanbali pula berpendapat setiap haiwan yang hidup di darat yang mana berasal daripada hidupan laut, tidak halal dimakan melainkan setelah disembelih seperti burung air, penyu, anjing laut, melainkan hidupan yang tidak mempunyai darah merah seperti ketam sebagaimana pendapat Imam Ahmad.[16]
Oleh itu, kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa ketam termasuk haiwan yang halal dimakan selagimana tiada nas yang jelas mengharamkannya dan tidak memudaratkan kepada pemakannya. Tambahan lagi, apabila kita meneliti pendapat sebahagian ulama yang mengharamkannya, ia diharamkan kerana dua sebab, iaitu kerana memudaratkan (beracun) dan dianggap jijik. Justeru, jika dua sebab ini tiada, maka hukumnya kembali kepada hukum asal iaitu harus. Hal ini adalah sebagaimana kaedah menyebutkan:
إِذَا زَالَتِ العِلَّة زَالَ الحُكُم
Maksudnya: “Apabila hilang ‘illahnya (sebabnya), maka tiadalah hukum tersebut”
Lebih-lebih lagi, perkara ini dikuatkan lagi dengan satu pendapat Ibn Qasim yang menyatakan telah berlaku Umum al-Balwa[17] bahawa danilas (sejenis siput) dimakan di Mesir dan ketam dimakan di Syam.[18] Begitulah juga keadaannya di Malaysia, negara kita di mana ketam merupakan haiwan laut yang dimakan oleh masyarakat tempatan dan tidak dianggap sebagai jijik.
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa ketam batu (Stone Crab) termasuk dalam haiwan laut yang halal dimakan berdasarkan kepada kemumuman nas yang menghalalkan semua hidupan laut selagimana tiada dalil lain yang menunjukkan kepada pengharamannya dan tidak memudaratkan. Selain itu ‘uruf dan adat setempat di negara kita menunjukkan bahawa ketam dimakan dan ia tidak dianggap sebagai haiwan jijik.
Namun, sekiranya ketam batu yang dimaksudkan ialah ketam-ketam kecil yang biasa ditemui di celah-celah batu di kawasan pantai dan seumpamanya, maka kami juga cenderung kepada pendapat yang menghalalkannya sebagaimana ketam-ketam yang lain dengan syarat tiada dalil yang menunjukkan sebaliknya seperti beracun dan lain-lain.
Alhamdulillah, mutakhir ini, isu makan ketam bukanlah menjadi pelik, ganjil atau asing, tetapi ia sudah menjadi perkara yang umum oleh kebanyakan manusia. Menariknya, walaupun kita berada di bumi Malaysia tetapi zaman kini, kita juga dapat merasa ketam yang berhampiran dengan lautan Artik dan Antartika. Sebagai contoh, ketam Alaska. Justeru, isu seperti ini sudah dterima pakai oleh kebanyakkan masyarakat.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.