Kerjasama, persefahaman dan komunikasi yang baik adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Memahami akan pentingnya aspek ini dalam kekeluargaan, maka #keluargagader, Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Treasure Hunt di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh Perak pada 6 April yang lalu bersama 40 ahli keluarga.
Ads
Ads
Ads
[Best_Wordpress_Gallery id=”12″ gal_title=”LOST WORLD OF TAMBUN”]
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sememangnya LEGOLAND Malaysia Resort sentiasa mahu memberi yang terbaik kepada pengunjungnya. Memang benar! SEA LIFE Malaysia merupakan tarikan terbaharu di sini. Ia adalah akuarium interaktif pertama dengan elemen LEGO yang unik.
Dibuka secara rasmi 9 May 2019 yang merupakan tarikan terbaru LEGOLAND Malaysia Resort, SEA LIFE Malaysia menjanjikan pengalaman penerokaan yang mempesonakan dan interaktif. Ia juga menjadi bahagian yang menceriitakan mengenai laut dan habitat hidupan laut secara mudah difahami oleh pengunjung.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SEA LIFE Malaysi menjanjikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan mengenai hidupan laut. LEGOLAND Malaysia Resort percaya bahawa tarikan terbaru ini akan meningkatkan jumlah pengunjung yang akan memberi inspirasi untuk kita menghargai hidupan laut.
Dengan jumlah lebih 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dan 11 zon habitat, sudah tentu menjanjikan keseronokan kepada keluarga. Antara hidupan marin yang dipamerkan di 25 buah akuarium adalah pari, Zebra Sharks, Black Tip Reef Sharks, kuda laut dan obor-obor.
Akuarium yang paling besar adalah Ocean Tank yang mempunyai ruang pandangan 180 darjah yang membolehkan pengunjung melihat jerung dan hidupan laut lain yang berenang di dalam 385,000 liter air.
Untuk memastikan pengalaman pembelajaran itu lebih berkesan dan menjadi kenangan, SEA LIFE Malaysia juga menerapkan elemen interaktif setiap zon habitat.
Contohnya, kanak-kanak yang melawat bahagian ‘Rockpools’ berpeluang memegang dengan tangan untuk merasai sendiri habitat itu.
Siapa sangka di SEA LIFE, anda urut berpeluang menikmati hidangan makan malam secara eksklusif dengan pemandangan bawah air digandakan dengan keunikkan batu karang dan hidupan laut lain.
Juga rasai keseronokkan selama 45 minit untuk lawatan VIP dan sudah tentu akan terpukau dengan keunikkan lebih 13,000 hidupan laut.
Tampil sebagai taman tema yang berbentuk pendidikan, KidZania, Kuala Lumpur terkenal sebagai destinasi pusat pembelajaran dan hiburan tertutup bagi kanak-kanak yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan hiburan interaktif!
Taman tema pendidikan yang terkenal KidZania di Petaling Jaya ini menampilkan pelbagai jenis keseronokan pembelajaran dan hiburan yang pertama sekali diperkenalkan di dunia. Ia menyediakan pengalaman pelbagai profesion untuk kanak-kanak termasuk permainan ditaja syarikat berjenama gergasi tempatan dan luar negara.
Ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak mencipta pengalaman sebuah bandar yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga 14 tahun, di mana mereka diberi kebenaran untuk memilih lebih daripada 100 aktiviti daripada 60 ruangan akitiviti.
[Best_Wordpress_Gallery id=”21″]
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, seni, dan tradisi masyarakat berbilang kaum. Keunikan inilah yang diraikan secara besar-besaran menerusi Festival Budaya Malaysia (FBM) 2025 yang akan berlangsung dari 12 hingga 16 September 2025, selama lima hari bermula Jumaat hingga Selasa, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Festival ini dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam, manakala Majlis Perasmian Rasmi akan diadakan pada 13 September 2025. Tahun ini, festival membawa tema “Wow Malaysia” yang bukan sahaja menjanjikan hiburan, tetapi juga pengalaman budaya yang mengujakan.
Tema “Wow Malaysia” dipilih sebagai gambaran rasa kagum dan bangga terhadap kepelbagaian budaya negara yang begitu unik. Setiap aktiviti seni dan budaya yang dipersembahkan akan mencerminkan kekayaan warisan pelbagai kaum yang hidup dalam suasana harmoni serta saling menghormati antara satu sama lain.
Lebih daripada sekadar hiburan, keunikan seni budaya Malaysia berperanan sebagai produk pelancongan yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat tempatan, sekali gus mengangkat martabat budaya kita ke persada dunia.
Festival Budaya Malaysia 2025 akan lebih istimewa dengan kehadiran barisan pimpinan tertinggi negara yang menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memartabatkan seni budaya tanah air.
Antara yang dijangka hadir termasuk YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, turut hadir memberi penghormatan ialah YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, serta YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Kehadiran pucuk pimpinan ini menzahirkan komitmen kerajaan dalam menjadikan seni budaya sebagai pemacu perpaduan nasional dan juga tarikan pelancongan utama negara.
Festival Budaya Malaysia 2025 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Sepanjang lima hari penganjurannya, lebih daripada 68 aktiviti seni dan budaya telah disusun untuk memberi pengalaman penuh warna-warni kepada pengunjung.
Dari persembahan tradisional dan kontemporari, pameran interaktif, hinggalah ke pertandingan seni mempertahankan diri serta seni persembahan, setiap segmen direka khas untuk memikat hati pelbagai peringkat umur.
Di samping itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai tarikan gastronomi melalui demonstrasi dan pameran kulinari. Salah satu acara yang bakal mencuri tumpuan ialah “Rasa Layan Curry Fiesta”, sebuah pesta makanan yang menonjolkan keunikan rasa tempatan yang pastinya memikat selera.
Festival ini turut menjadi pentas buat artisan dan penggiat seni tanah air mempamerkan hasil karya mereka, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat setempat.
Antara acara kemuncak yang paling dinantikan adalah Gala Night, sebuah malam persembahan bertaraf bintang yang menghimpunkan artis-artis terkenal tanah air. Ia bukan sahaja menjadi persembahan hiburan, malah simbol kepada kehebatan bakat seni negara yang mampu menyaingi pentas antarabangsa.
Majlis perasmian rasmi yang akan disempurnakan oleh pemimpin negara pada 13 September turut menambah kemeriahan festival ini sebagai acara kebangsaan yang berprestij.
Festival Budaya Malaysia 2025 bukan sekadar pesta seni, ia adalah wadah penyatuan rakyat. Di sinilah masyarakat berbilang kaum dapat bersama-sama meraikan kepelbagaian budaya sambil memupuk rasa saling hormat dan bangga terhadap identiti Malaysia.
Dengan jangkaan kehadiran lebih daripada 350,000 pengunjung, festival ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kebersamaan, malah menjadi bukti bahawa seni budaya adalah nadi penting yang mengikat perpaduan nasional.
FBM 2025 juga berperanan penting sebagai platform menjana momentum untuk Visit Malaysia Year 2026, dengan harapan membawa lebih ramai pelancong antarabangsa merasai keindahan budaya tempatan. Ia adalah sebuah perayaan yang menggabungkan tradisi dan moden, menghubungkan rakyat tempatan dengan dunia luar, serta memastikan seni budaya Malaysia terus segar dan relevan sepanjang zaman.
Dengan kepelbagaian aktiviti, kehadiran pemimpin negara, serta penyertaan ribuan penggiat seni dan masyarakat, Festival Budaya Malaysia 2025 dijangka meninggalkan pengalaman luar biasa kepada setiap pengunjung. Inilah masanya untuk kita meraikan keindahan warisan, menyokong pembangunan budaya, dan mengukuhkan identiti sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan akar tradisi sendiri.
Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif MOTAC dalam memartabatkan budaya Malaysia, NU Ideaktiv turut tampil dengan rangkaian aktiviti menarik sepanjang lima hari penganjuran Festival Budaya Malaysia 2025.
Di bawah Grup Family & Parenting, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai program khas seperti Himpunan Martial Art, Konsert BK Fantastic X Kewpie, serta kelas sandwich Kewpie yang direka khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun bagi merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Tidak ketinggalan, Majalah Rasa juga membawakan sentuhan istimewa dunia kulinari dengan pelbagai acara unik seperti Kenduri Kari Malaysia 68, Demo Masakan Kari X Tumix, Pertandingan Roti Jala Jelita, Pertandingan Teh Tarik King & Queen OKI, serta Pertandingan Roti Canai Terbang. Kesemuanya menjanjikan suasana meriah sambil meraikan kekayaan cita rasa warisan Malaysia.
Menariknya lagi, NU Ideaktiv memperkenalkan kelainan melalui Larian Warna Budaya yang dijangka menghimpunkan sehingga 1,000 peserta. Para pelari bukan sahaja akan menamatkan larian sejauh 5 kilometer, malah akan tampil dengan persalinan budaya pelbagai kaum di Malaysia yang menjadi sebuah simbol perpaduan dalam kepelbagaian yang cukup berwarna-warni.
Dengan adanya kerjasama ini, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan kanak-kanak dan remaja, dapat menanam rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air. Pada masa yang sama, penganjuran ini juga memberi peluang untuk memperkenalkan jenama-jenama hebat di bawah naungan NU Ideaktiv Sdn Bhd kepada masyarakat luas, sekali gus memperkukuh peranan media dalam membina generasi yang berbudaya, kreatif dan bersatu padu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.