Tampil sebagai taman tema yang berbentuk pendidikan, KidZania, Kuala Lumpur terkenal sebagai destinasi pusat pembelajaran dan hiburan tertutup bagi kanak-kanak yang menawarkan pengalaman pembelajaran dan hiburan interaktif!
Taman tema pendidikan yang terkenal KidZania di Petaling Jaya ini menampilkan pelbagai jenis keseronokan pembelajaran dan hiburan yang pertama sekali diperkenalkan di dunia. Ia menyediakan pengalaman pelbagai profesion untuk kanak-kanak termasuk permainan ditaja syarikat berjenama gergasi tempatan dan luar negara.
Ads
Ads
Ia menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak mencipta pengalaman sebuah bandar yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga 14 tahun, di mana mereka diberi kebenaran untuk memilih lebih daripada 100 aktiviti daripada 60 ruangan akitiviti.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19, pastinya ramai memahami mengenai segala Prosedur operasi standard (SOP). Lantaran itu, sudah tentu kita kerap berada di rumah.
Untuk menghilangkan rasa bosan tentu pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang berada dirumah. Di media sosial ramai yang melakukan perkongsian resipi baru, hasil pertukangan dan tanaman.
Cakna dengan tanggungjawab sosial, baru-baru ini Majalah Keluarga telah mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti secara virtual sehingga berjaya menarik perhatian ramai.
Aktiviti E- Keluarga Gader, Jom Mula Projek Kebun Mini Di Rumah ini telah disertai 60 orang peserta dari seluruh negeri.
Bagi yang selalu becucuk tanam tapi tak sampai seminggu pokok dah layu, program ini membantu menambah ilmu macam mana nak buat kebun mini di rumah sendiri.
Tenaga pengajar, Mohd Nor Amri Bin Mohd Nasir atau dikenali sebagai Cikgu Amri memberikan penerangan bercucuk tanam dan demonstrasi cara menanam kobis secara maya dari lokasi rumahnya di Melaka.
Untuk memeriahkan lagi program ini, turut diadakan cabutan bertuah bernilai RM100 serta soalan kuiz dan sesi soal jawab.
Program ini berlangsung pada 27 Mac lalu pada jam 10 pagi hingga 11.30 tengah hari dengan yuran penyertaan dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang.
Video dan tip cara menanam Kobis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu ada yang dah rindu nak main air kan? Apa lagi, jom ke Desaru Coast Adventure Waterpark. Lokasi pula strategik. Memang tempat riang ria untuk membawa keluarga bersantai di sini.
Selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pandemik COVID-19, Desaru Coast Adventure Waterpark telah membuka semula pintunya pada 9 Julai dengan menyediakan pelbagai tawaran istimewa kepada pengunjungnya.
Menurut Pengurus Besarnya, Shahrul Nizar Ahmad, menjelaskan bahawa Desaru Coast Adventure Waterpark tetap berwaspada walaupun jumlah covid-19 aktif telah menurun di negara ini.
Melalui kenyataan media, taman ini bakal menawarkan harga yang sangat rendah kepada pemegang Mykad yang sah sebagai sebahagian daripada penghargaan kepada rakyat Malaysia.
Utamakan keselamatan
Namun dengan normal baharu ini, pihaknya tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk semua pengunjung dan pekerja bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan terjamin.
Kapasiti maksimum harian turut dikurangkan kepada 1,500 sahaja daripada 5000 pengunjung sebelum ini bagi memudahkan SOP dipatuhi.
Sementara itu, tahap kualiti air dan klorin di semua kawasan taman tema akan dijaga dengan ketat dengan pemeriksaan dilakukan setiap dua jam.
Semua pekerja dan pengunjung juga digalakkan memakai topeng muka ketika tidak berada di dalam air. Untuk kemudahan pengunjung, topeng muka akan dijual di tempat-tempat strategik di seluruh taman ini.
Inilah masanya! Jom ke sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penularan wabak Covid-19 secara global telah memberi impak kepada politik, ekonomi, agama dan sosial dengan begitu drastik dan mencemaskan.
Rentetan itu, pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kendiri dengan duduk di rumah dan patuh kepada segala SOP adalah norma baru dalam masyarakat.
Cakna dengan tanggungjawab sosial, baru-baru ini Majalah Keluarga telah mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti secara virtual sehingga berjaya menarik perhatian ramai.
Aktiviti E- Keluarga Gader, Ceriakan Hati Dengan Buat Roti Jala Viral ini telah disertai 60 orang peserta. Lebih istimewa, kali ini Majalah Keluarga berkolaborasi dengan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) di bawah Biro Kesenian & Kebudayaan.
Terima kasih diucapkan kepada Naib Presiden PABJ merangkap Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail yang juga dikenali sebagai LadyRose serta Penasihat Biro Kesenian & Kebudayaan PABJ, Mohsen Hasbollah yang merupakan antara insan-insan yang menjadi tulang belakang yang merealisasikan kerjasama ini.
Tidak lupa dengan sokongan daripada Pengerusi PABJ, YBhg Dato Dr Sudin Haron, Setiausaha PABJ YBhg Dato Ray Imran, exco-exco dan ahli-ahli persatuan yang menyokong program ini.
Roti Jala Viral
Roti jala adalah antara kuih traditional yang masih popular sehingga ke hari ini. Cuma bezanya dulu roti jala cuma berwarna kuning, kini mengikut pelbagai warna tema majlis supaya nampak lebih menarik.
Tenaga pengajar, Noorul Huda Binti Ayob atau dikenali sebagai Cikgu Huda memberikan penerangan cara membuat roti jala secara kreatif yang mudah tapi cantik. Malah beliau juga memberi beberapa tip dan petua agar bancuhan roti jala menjadi lebih sempurna.
Akhir program para peserta dapat melihat hasilnya resipi yang dipelajari pada hari berkenaan iaitu kek roti jala dengan corak bunga rose. Siapa sangka makanan sebegini boleh dijadikan sebagai karya seni!
Aktiviti lain
Untuk memeriahkan lagi program ini, turut diadakan cabutan bertuah serta soalan kuiz dan sesi soal jawab. Program ini berlangsung pada 28 Ogos lalu pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Program ini mengunakan aplikasi Slido dengan yuran penyertaan dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang.
Antara soalan kuiz
Cabutan bertuah
Program ini juga disiarkan secara LIVE menerusi FB Majalah Keluarga yang mendapat perhatian warganet.
Program E Keluarga gader bulan september.Jom daftar sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.