Semestinya ini berita gembira buat semua yang ingin bercuti ke Legoland.  Mulai khamis lalu iaitu 25 jun secara rasminya Legoland Malaysia Resort telah di buka semula selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19.  Namun begitu ia beroperasi pada kapasiti lebih rendah sebagai langkah pencegahan.

Pengarah Bahagian, Lim Choong Sean berkata taman tema itu mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotelnya selain SEA LIFE Malaysia, tarikan di dalam air yang interaktif.

Beliau berkata dengan pembukaan semula operasinya yang sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan, tetamu dijangka berdepan protokol baharu dan perubahan operasi di seluruh resort di samping perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.

“Kami perlu mengehadkan kapasiti resort kepada hanya 30 peratus daripada operasi normal. Kami turut menyediakan platform urus niaga tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan di antara tetamu dan pekerja. Kami turut menutup sebahagian aktiviti untuk sementara bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya lagi.

Bagi memastikan hasrat ini tercapai, Legoland memperkenalkan kemudahan, proses dan tenaga kerja baharu sesuai dengan protokol dan prosedur keselamatan termasuklah. Sementara itu, Legoland juga mengumumkan pelbagai tawaran menarik dan fleksibel di mana pengunjung boleh membuat tempahan awal dan merancang percutian mereka. Promosi disertakan dengan jangka masa lanjutan daripada pakej biasa dan ini adalah sebahagian usaha Legoland untuk menghidupkan kembali industri pelancongan.

10 PERKARA BARU DI LEGOLAND

IKLAN
  1. Wajib menggunakan penutup mulut sepanjang berada di kawasan taman tema dan hotel.

Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!

2. Pengambilan suhu dan pendaftaran pengunjung. Proses ini akan berlaku tiap kali keluar dan masuk di Taman Tema ataupun di Hotel.

 Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!

IKLAN
  1. Sekira kebiasaanya sarapan pagi disediakan di Brick family Restaurant tetapi kini pengunjung diberikan pilihan samaada mahu sarapan di hantar ke bilik ataupun makan di restoran tetapi hanya di berikan masa 40 minit sahaja.

Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!

  1. Perlu belajar untuk bersabar ketika ingin menaiki atau merasai permainan yang ada kerana selain dihadkan kapasitinya protokol kebersihan dan pembasmian kuman di lakukan setiap kali untuk memulakan permainan. Oleh itu, sedikit masa di ambil untuk proses ini.

Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga! Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!

  1. Pihak Legoland sentiasa memastikan adanya penjarakkan sosial dan kawalan pengunjung. Jadi pastikan anda patuhi ya!

Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!

IKLAN
  1. Bagi yang dah penat bermain dan ingin merasai makanan di Kafe di dalam taman tema tiada masalah kerana kafe telah di buka sepenuhnya. Namun harus diingat juga kapasiti untuk memasuki restoran juga di hadkan hampir separuh daripada jumlah normal.

Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga! Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!

  1. Ini antara yang wajib di grab sekarang iaitu lanjutan 3 bulan untuk semua Pas Tahunan – Pas yang telah tamat atau akan berakhir antara Februari – Disember 2020

8. Bagi yang ingin membuat pembaharuan pas tahunan masa terhad – Pas Tahunan yang diperbaharui mulai sekarang dan seterusnya akan sah sehingga Disember 2021

  1. Tempahan Hotel Percuma Masa Terhad – Tempah 1 malam dan dapatkan malam ke-2 secara percuma. Memang berbaloilah kalau tempah sekarang!

10. Bukan sahaja hotel di tawarkan promosi istimewa malah akses untuk Taman Tema juga menarik. Beli tiket 1 Hari dan dapatkan tiket ke-2 secara percuma.

Tunggu apa lagi! Bawalah keluarga anda merasai pengalaman menarik dan baru di Legoland. Namun jangan lupa ya patuhi semua SOP yang ditetapkan.   #kitajagakita.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI